Sunday, August 29, 2010

DIMANA ADA KAMERA,DISITU JUA LA KAU MUNCUL

aku ade sorang kawan baik kat sini.nama dia ainul hana.kitorang ade hobi yang sama,gila bergambar.tapi dia punya gila bergambar ni pelik sikit.


jadi,biar la gambar yang menceritakan segala2 nya.hahaha




*pura2 belajar 1*



      *pura2 belajar 2*



*pura-pura belajar 3*



*pura2 belajar 4*

aku baru nak feeling2 bergambar konon2 tengah khusyuk dalam kuliah.dia datang dah....

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!







T_T


dia berusaha sedaya upaya

!
!
!
!
!
!


*asyik gambar nak control cun je.bagi gambar idong kembang satu.haha*



dalam hati aku - (over dah ni) haha

*setiap kali pon dia memang begini.aku terima seadanya -___-"*

jadi kepada rakan2 yang lain,sebelum nak bergambar sila perhatikan dulu orang sebelah anda.supaya dalam gambar takde orang enteprem.hahaha.ok la ok la japgi dia merajuk pulak dengan aku.haha!



gambar bajet wajib ade la kan kat setiap entry.hihi.


ok bye!



Sunday, August 22, 2010

SAYA ADA KAWAN BEST MACAM MEREKA,KORANG ADA?

Entry nih istimewa kutujukan buat sahabat tersayang Nik Sara Saza @ timah tonggek yang jauh dimata dekat di ketiak.hihihi.sempena hari lahir ko semalam,ada beberapa ucapan,syarahan.perbahasan yang aku nak sampaikan pada ko. sorry la timah aku da terlambat sehari nak post entry nih.ni semua gara2 aku terlalu sibuk semalam.sibuk tido sampai petang.haha.nak buat camne,semalam nia datang  jumpa aku.ok la sebelum tu izinkan aku membahasakan diri ko sebagai 'kakak' sempena birthday ko T_T.



Kakak Timah,
Akhirnya kak timah sudah mencecah ke usia 25 tahun.cepat sungguh masa berlalu.rasa macam semalam baru aku kenal kau kak timah.kak timah,aku taw umur kak timah 3 tahun lagi tua dari aku, tapi aku dengan gengster nye tak panggil kak timah,kakak.ade aku kesah?hihihi.biadap nampaknye disitu ye.aku mintak maap la kat kak timah kalau selama nih kak timah terasa aku tak panggil kak timah,kakak.aku taw adek kak timah pon baya aku.tapi aku kan gengster.so what?haha.


Kakak Timah,
ingat tak saat2 aku dah tak tahan sangat nak berhenti keje dari celcom?kak timah,kak emy ,abang alep n ika la suruh aku bertenang n keje sampai bulan 4.kalau takde korang,dah lama aku berhenti keje.kak timah la yang menenangkan aku bila aku kena marah dengan customer.aku taw kak timah memang sayang semua customer celcom mak datin,dato',indon,mat salleh celup,orang tua dan pranker yang call hari2 tuh.disebabkan sayang kat dorang,tu yang kak timah selalu transfer semua call english kan?kak emy n abang alep jugak yang jujur dalam melakukan tugas.hahaha.


 tengoklah kak timah saya ni.sambil keje sempat main2.dia memang ade masalah dengan etika kerja.haha.

tengok lagi apa dia buat kat office,


bergosip...


tepek bedak...


 percubaan menjadi...


monyet!hahahhaaha


Kakak Timah,
aku ingat lagi time aku takde duet,kak timah selalu belanja aku makan.kak emy n abang alep pon selalu belanja aku.tapi aku je tak pernah belanja korang.haha.err perlu ke?hihi.aku kan muda dari korang.harus la korang yang tua yang belanja aku.haha.aku malu gila ada satu hari tu,kak timah n kak emy macam taw2 je poket aku tengah semput.lepas makan aku cari purse aku tetibe hilang.kak timah n kak emy pegi bayar makanan aku sekali.pastu baru korang bagi balik purse aku.pandai korang nak maen sorok2 kan.korang taw tak aku malu gila weyh korang yang bayar T_T korang bertiga memang baik gila tak pernah berkira ngan aku.tapi aku taw,aku selalu berkira gula2 masam dengan abang alep.aku marah kalau dia amek gula2 aku.hahaha.

Kakak Timah,
aku ucap kan bebanyak terima kasih dekat kak timah,sebab kak timah dah tolong bawak aku pegi penang untuk interview masuk usm.tanpa kak timah,siapalah usm.eh salah salah!haha.tanpa kak timah,tak pegi la aku interview tu.aku ingat lagi aku tak taw nak pegi usm macam mana.nak pegi sorang,bapak aku tak harap.dia suruh ajak kawan teman.mana la ade kawan nak temankan aku pegi jauh2 ni.dorang pon bz.dengan mak aku sakit lagi kat hospital,tiket bas tak beli lagi,nak kena cari teman pulak.nasib baik ade kak timah superhero yang sudi membantu.kak timah la penyelamat keadaan.akhirnya sampai jugak kita berdua kat usm menaiki viva merah kak timah yang bersepah2 kat dalam tuh,hahaha.


Kakak Timah,
terima kasih diatas jasa kak timah selama ni.walaupon kita kenal tak sampai setahun lagi,tapi perhubungan kita seperti air dalam kolah yang takkan terpisah sampai bila2.peribahasa apa aku pakai ni -___-" aku harap persahabatan kita ni berkekalan sampai bila2.sampai kak timah dah ade anak laki,aku ade anak pompuan,kita kawen kan dorang.kalau anak kak timah tak ensem,kak timah kawen kan ngan anak orang lain la taw -,- haha.aku takkan lupakan semua jasa baik kak timah kat aku.sob sob terharu =')

so sempena birthday kak timah,aku ucapkan,

SELAMAT HARI LAHIR KE 25!
semoga panjang umur dan murah rezeki

"usia yang tuhan kurniakan ini,
hiasilah ia dengan amalan yang murni,
semoga ia menjadi temanmu di akhirat nanti.. :) "
sayangggggggg kak timah :DD haha.


oh ye kak emy,abang alep n ika, aku pon sayang kat korang gak.geli tak aku panggil korang kakak n abang?hahaha.aku nak buat selingan jap.

ni la abang alep,


*amek kau gambar tak boleh cari makan aku tepek.hahaha.*
ok la aku letak gambar kau yang elok sikit,
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


hahahaha,lagi...


lagi...


lagi,lagi...


dan lagi...


*gigi tu trademark dan prop terpenting bila bergambar*

hahahahahaha ok ok cukup.rasa bersalah pulak aku kat kau.haha.
dia tidak la sedahsyat seperti yang digambarkan kat atas.
ok kali nih serius.
nah awekk2,khas untuk tatapan anda semua,


kasi suspen sikit sama awek2 yang nak tengok.haha




dia single lagi.sape yang nak berkenalan sila klik sini, facebook alep.boleh add dan berkenalan dengan dia.hihi.

ni pulak gambar kak emy kesayangan.
(jangan risau gambar kau aku letak yang elok2 je)
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


hahahhahahahaa.
ok ok tak.nanti kau taknak belanja aku makan dah pasni.


cina celup.


*mualap.hahaha*

kesayangan saya =') 
selalu jadi tukang login bila aku,timah,n alep lambat datang keje.
selalu jadi tukang cover line dari bos bila aku nak masuk office sorok2.hihi.

ni housemate tersayang time kerja,


 ika syg =')

sayang korang sangat.memandangkan skang aku dah jadi student balik,so?paham2 laa.pasni setiap kali kita jumpa korang kena belanja sebab korang orang tua dan sudah berkerjaya.haha.(khas untuk timah,alep n emy je)


setiap entry wajib ada muka penulis.mana boleh letak gambar korang je.haha.
ok bye!

Wednesday, August 18, 2010

NUR INSOMNIA

kepada reader2 dan follower yang disayangi dan dirindui selalu.maaf kiranya membuat kalian tertunggu2 dengan entry terbaru ku.aku taw kalian merindui aku.errr wtf wwf www.facebook/ hahahaha.wah tak beragak la kan berangan ade readers n follower.hihihi (gelak malu) ^_^.alaa berangan kejap je.bagi la can.okeh la lupa nak bagi salam,bagi salam jap.salam ramadhan almubarak rakan2.hebat tak salam tuh?haha.

petang semalam aku dah ponteng kelas dr.nik.ni semua gara2 nur insomnia sayang ataw pon nama manjanye nia.ala2 nia ramadhani gitu.nia nia..kenapa la dalam ramai2 orang aku jugak kau nak buat kawan?kenapa nia?!tengok ape dah jadi kat aku sekarang.mata dah macam hantu,lebam itam.kepala sakit macam ada batu.mata pon sakit bila nak pandang kiri n kanan.last2 aku tak dapat bagi perhatian time lect ajar.ni semua sebab kau nia.sejak kau hadir huru hara hidop aku.


  tengok nih 3 jenis ubat aku kena makan disebabkan nia.how dare u nia!

malam semalam disebabkan susah sangat nak tido,aku amek nota subjek psychology buat2 baca dengan harapan aku akan mengantuk.aih tak menjadi.then aku bukak la lagu lama dalam hp aku.'antara sutra dan bulan' dari kumpulan damasutra.wtfishh lagu apakah ini? T_T lagu ni memang ada dalam hp aku masa aku beli hp ni.tokei kedai masukkan.ok fine terima kaseh tokei.kau masukkan lagu ape nih.aku ingat pasang lagu mendayu2 boleh buat aku mengantuk.buat aku nak nanges ade la.terkenang kan lagu yang tak sedap.sebak tiba2 aku time tuh.eh pahal lak aku nak sebak.haha.yek la sebak la weh,tak pasal2 meleleh sikit air mata.satu sebab susah sangat nak tido,satu lagi sebab lagu nih.tahniah la kepada komposer yang mencipta lagu nih.berjaya buat aku tido hasil dari tangisan aku sebab lagu nih tak sedap -___-" 

jadi aku dah belajar satu teori malam semalam.nak senang tido kena menanges dulu.ish2 kalau kawan2 roomate aku datang bilik,mesti dorang pikir budak nih sawan ke ape.asal datang bilik je menanges atas katil.


"tak,saya tak sawan.saya cuma terkena kenan nia"

kelmarin aku gi berbuka kat masjid.masa lalu kat tempat makan orang lelaki,aku dah tersengeh2 sebab nampak orang laki bawak ayam dalam pinggan dorang.ayam percik woh.sampai je kat tempat perempuan,musnah nafsu makan aku.asal lauk perempuan tak sama nih dengan orang lelaki?perempuan makan daging kari dan sayur labu.musnah angan2 aku nak tambah ayam dua ketul -_-




ok la tu,bersyukur la jugak dapat makan dari orang kat palestin yang tak dapat makan tuh.walaupon daging kari tapi tetap buat aku makan dengan fokus.masa tengah tunggu azan,tiba2...

ade satu babak belakang meja aku.ade sorang pakcik tengah marah2 budak laki kat meja tuh.alkisahnye budak laki tuh duduk semeja dengan kawan2 perempuan dia,ade la dalam 8 orang semua.mungkin pakcik tuh marah sebab budak laki tuh dah la duduk kat khemah perempuan pastu duduk semeja pulak tuh.tapi bagi aku tak salah,budak tuh cuma join kawan2 dia untuk berbuka sama je.ok la tuh dari dia berbuka berdua2an dengan gf dia kat taman ke,itu berbuka ke ape?kan.lagi pon dia tak ade pon bersentuhan dengan kawan2 dia.dan duduk pon bukan dengan jarak yang rapat.mungkin la tak manis bila dipandang orang sebab budak tuh tak duduk dekat tempat lelaki.

tapi pakcik,pakcik kenapa nak marah2 sampai semua orang pandang?pakcik nampak seperti orang yang baik2 dan dihormati.dahi ada tanda hitam.keluarga pakcik pon sopan2 semuanya.tapi kenapa ye pakcik marah budak tuh macam orang takde adab?dengan cakap kuat2.saje nak tarik perhatian ke pakcik?kalau ye pon nak menegur,tak perlu la dengan cara kasar.ape salahnya pegi sebelah budak laki tu dan tegur pelan2,tak pun panggil budak laki tu sekejap ke tepi.pakcik taw tak pakcik dah memalukan budak tuh?kesian budak tuh semua orang pandang dia.dia pon puasa jugak macam orang lain.sikap pakcik melambangkan peribadi pakcik dan orang akan pikir orang yang berperwatakan macam pakcik semua sama.taw tak pakcik?ish2 nih la orang kata ade ilmu tapi tak beradab.saya taw niat pakcik baik,tapi cara tuh tak betol ye pakcik.pakcik jangan buat macam tuh lagi taw!amboii biasa pakcik nih.hihihi.

da la penat aku membebel.bukan pakcik nih taw pon.kalau aku taw alamat pakcik nih,dah lama aku anta surat layang :P heeee.

ok laa nak tido.nur insomnia dah mula cari2 aku nih.sebelom dia jumpa aku,baek aku tido.selamat berpuasa semua.jangan korek idong di siang hari.saja buat2 lupa alasan nak buka puasa kan?heypp jangan!


lihatlah penulis.walaupon penat berpuasa,masih tabah ke kelas dan aktiviti bergambar walau dimana berada tetap berjalan seperti biasa.ee gelabah bahasakan diri penulis.teeheee.eh dah2 bye belog!

Sunday, August 15, 2010

SIAPA PUASA ANGKAT TANGAN!

hai bersama saya hari ini kita ke udara kembali dalam rancangan 'aku puasa,ko puasa tak?" hihihi ape punya rancangan daa.ko pikir ada orang nk tengok ke rancangan macam tuh.haha mana la taw ade kan?membincangkan topik2 bagi orang puasa dan tak puasa.kalau puasa,buka nanti nak makan apa?murtabak daging ke ayam.kalau tak puasa,tadi tengahari makan apa,roomate nampak ke tak.hahhahaha.eh dah la mengarut je,pikir klaka la -__-.

hmm setiap kali weekend sangat la membosankan.semalam aktiviti aku cuma tido sepanjang hari.ish puasa ape la macam nih.langsung tak buat benda yang berfaedah.mana tak nya,semalam aku start tido pukul 8.45am.bantai tido sampai pukul 3.50pm.bangun2 terus sembahyang zohor n fb.lately nih penyakit imsomnia aku dah makin menjadi2.mula2 tido lambat start pukul 3 pagi,4 pagi,5 pagi,sekarang dia dah lompat terus pukul 7 pagi ke atas je.teruk dah nih.padahal time tak tido bukan buat ape pon.godek internet je.start malam nih aku dah kena menstabilkan balik time tido aku.sebab besok dah start kelas.tak nak pegi kelas ngantuk2 n pening2 pastu tak paham ape lecturer ajar.tak nak tak nak :( 

taw tak today aku nak buka puasa kat mana?haa teka cepat!

eh macam ada orang baca belog aku kn aku nak suruh teka2 pulak.hahahah.eh tuh ada tuh.ada 5 orang follower yang sebenarnye aku yang suruh diorang follow.tak malu betol aku.haha eh tak tak.empat orang je.tapi lagi sorang tuh aku sendirik yang follow dari belog selendang aku.hihi.thanx la ye rakan2.memahami kehendak aku.hehehe.hari nih aku nak buka puasa kat masjid laa.sebab free n orang kata makanan kat masjid sedap2 -__-" huu suka2.tapi takdela pegi makan saja.pegi teraweh sekali laa.kalau sedap,besok lusa sampai dah nak balik kl nanti boleh berbuka kat masjid hari2.jimat duet n tenaga,tak payah pegi bazar ramadhan.haha.

aku sebenarnye nak cite tujuan aku buat belog nih.tah la aku pon tak taw kenapa.dari dulu lagi nak buat tapi tak buat2.lagi pon sekarang aku rasa hidup aku dah masuk ke satu fasa yang baru.wahh fasa baru.hihi.yela sekarang kan aku dah duduk kat usm penang sambung degree.ade la dah sebulan lebih aku duduk sini.so aku nak mencatatkan semua kisah suka duka aku sepanjang aku kat sini n kat mana2 la.kata dah masuk fasa baru.fasa2 lepas pon banyak jugak suka n dukanye.but past is past.sekarang bermula perjalanan hidop yang baru.so fasa yang baru mesti lebih baek dari yang lepas2.lagi pon nanti kalau boring2 boleh baca balik apa yang aku dah tulis.boleh tunjuk kat cucu2 aku nanti."ni belog nenek,vouge tak nenek masa muda2?" hahahaha.



*selingan jap.kata nak tunjuk kat cucu kan.haha.
pikir dah abes vouge la nih?tak tak,aku tak vouge macam korang korang :)

dah la nak pegi mandi sambil telan air sikit.haha gila apa aku nak buat macam tuh.nanti aku update pengalaman pertama berbuka puasa kat masjid.eh makan kat masjid kalau sepinggan tak cukup,boleh mintak tambah tak? (-,-). oh ye,dalam belog nih aku tak ucap selamat berpuasa lagi kat rakan taulan sahabat handai semua.walaupun takde orang baca,sebab belog baru (sedapkan hati) tapi aku nak ucap jugak.selamat berpuasa semua,manfaatkan la bulan puasa nih dengan ibadah dan amal sebanyak mungkin.setan dah kena ikat tapi nafsu masih bebas.jadi kawal la segala nafsu dalam diri anda.nafsu makan ke n nafsu lain2.aku cakap untuk diri aku jugak :) okeh bubye!

SELAMAT BERPUASA!



eh2 salah masuk gambar.hahahah.


kan best kalau dapat pergi teraweh bersama2 dengan tersayang macam ni =')

Saturday, August 14, 2010

BELOG MASIH DLM PEMBIKINAN

masih bnyk yg nk dibuat kt belog nih supaya menjadi cantek dan tertarek.wah gitu!penting sgt la belog aku nih dr esaimen2 yg melambak T_T haha ye belog dh menjadi salah satu list yg penting sekarang.hihi.sama penting dengan esaimen.wtfishh?haha

HYE BELOG! :)

hee suke nye dh ade blog sendirik.haha.da lme da teringin nk berbelog.tp mls btol nk buat.asal nk buat je malas,asal malas je nk buat.tah kenapa kali nih perasaan nk berbelog tuh meluap2 lebih dr perasaan nk makan -__-" haha.asek baca belog org je,nk gak ade belog sendirik.tp mcm la ada org nk baca belog aku nih?ehh lantak la,baca sorang2 je.haha.owh ye kbtln skrg pon bln puasa kn.so slmt berpuasa utk diri sndrik,shbt handai,sanak saudara,tok nenek,jiran tetangga.ari nih da ari keempat pose tp first day utk aku.so ari prtama pose nih bakal dipenuhkan dgn aktiviti tido spnjg ari.haha.memandangkn aku dh xtdo spnjg mlm td.penyakit imsomnia aku nih smkin menjadi2 -___-.mcm mana yek nk hilangkan penyakit nih?bawah mata dh jd kaler itam,lebam teruk :(