Tuesday, December 28, 2010

my status in year.

okeh entry ni dah berkepuk duduk dalam draft. ingat malas nak publish sebab nak citer pasal benda lain. tapi sebab dah penat menaip panjang berjela, publish la jugak. owh ye! amaran, entry ni panjang tanpa ade gambar hot. kalau bosan, jangan teruskan teheeee.

my status in year? ok ni application kat facebook tu laa. kalau tak taw boleh search kat facebook. tapi rasanye semua orang pon taw kan. dia keluarkan semua status yang korang dah tulis kat facebook sepanjang tahun ni. n seperti biasa, bab2 application merepek ni, aku tak terkecuali laa. sana-sini update pasal status pilihan dalam tahun 2010 ni. aku nak gak buat teheeee :D

moh laa tengok!

1. asal aku boleh tak taw ari neh public holiday? aku dah gi keje pakai skema nih. maluuu :( hahahaha

- ok aku sangat sengal. boleh tak taw hari tersebut adalah public holiday. memang aku kena keje on that day, but! kalau aku taw hari tu public holiday, tak perlu pakai formal pun. pakai jeans pon takpe. semua pon pandang2 jeling2 kat aku. mesti diorang ngumpat, "eyy ape budak ni semangat sangat? cuba nak jadi pekerja cemerlang ke?"  -_____-"


2. congrats to my sayang for winning the first place and the best hockey player for razak cup championship ;))

- im proud of him. 


3. kenapa la orang melayu sendiri nak sangat sokong india? sebangsa dan seagama ni ade taknak sokong. yang kapir jugak nak disokong.

- emosi terlebih waktu pilihanraya dekat kawasan hulu selangor. kan bukit beruntung termasuk. biasala aku kan, nak gak berpolitik. hahaha :") kesiannn.


4. eeee rasa nak tampar je muka kau nih!!!

- aku marah dekat someone. tapi tak ingat siapa.


5. awak ramai yang minat..nak wat camne.. paling penting hati.

- hahahaha ini bukan aku tulis. ni encik sayong yang bukak fb aku then buat status camni. dia tujukan ayat ni untuk aku, tapi pergi tulis as my status pulak. gilak.


6. mase kecik2 dulu aku selalu dengar orang cakap jangan main time senja2, nanti kena tangkap dengan hantu tetek. dia selalu nyorok dalam longkang. betol ke  -___-"

- korang pon mesti pernah dengar benda yang sama kan?


7. macam siiiiiiiiiiii.....

- macam sial la tu. haha


8. HABIBAH MAT

- beliau kacau encik sayong. saya marah lalu saya buat status tulis nama beliau. takde pekdah betol. beliau tetap kacau  -___-"


9. perasaan jeles sudah menular dalam diri. rasa macam nak gigit orang pon ade. ape nak buat yep?

- wrote my feeling about his relationship n im sooo jealous. yes really. i saw his relationship status on facebook n i was like, oh marahnyeeeeee!! jeles wehhhh! n he text me on that night n ask about this. haha


11. hari ini saya dan aienul hana dah ponteng kelas. baru seminggu kuliah dah pandai ponteng. ape nak jadi ni. sangat menyesal dan berjanji tidak akan melakukannya lagi. hahaha. ini semua gara2?

- gara2 keluar pergi karok dengan kakak kawasan. time ni ponteng kelas titas yang start pukul 8 pagi. biasala baru seminggu masuk memang skema n menyesal tak pergi kelas. padahal titas je pon. lama2 boleh kira dengan jari berapa kali je pergi kelas. haha


12. kantoi sudeh. ko ni buat ape pon nampak aje bodohnye kan? hahaha kan?

- diujukan untuk SAIFUL AZZAM si playboy usm. sape tak kenal. opsss tertulis nama secara terang-terangan. blog aku kan, sukati laa :)


13. ponteng kuliah techno comm hari ini. janji tak buat lagi :|

- tipu. aku buat lagi berapa kali lepas tu. siap tak amek kuiz pon ade.


14. saya pon nak cincin jugak macam dia dapat :(

- speak about him again. as usual, jealoussss.


15. perot saya rasa ketat.

- baru lepas berbuka.


16. eeee Wang ko ni dah kenapa?!

- melepas tensen pada lecturer.


17. macam mana nak sorok dagu yang kedua ni -___-

- aku ade lemak yang melampau bawah dagu. sekian.


18. rasa nak kawen laa. 

- sengal. tapi memang pon. setiap masa pon rasa macam tu. booo tak malu.



19. ey kenapa hari ni rasa kenyang je dari bangun tido tak rasa nak makan. skang nak telan sekeping roti pon lambat nak habis. mungkinkah kerana..? emm dah taw :)

- kahkah penangan cinta. habis kena bahan dengan member time ni. serius bila jatuh cinta n juga putus cinta, memang selera makan hilang. 



20. lantak ko laa setann. haa kan dah kena. 

- haha sape tah aku marah ni.


21. kadang2 mata sakit tengok, tapi hati cakap biar. 

- dah dua bulan pon macam ni. dah biasa :) heh.


22. FRUSTRATED

- sebab tiba2 ombu mesej cakap tak dapat pergi zoo. dulu laa, cerita lama. tapi dia dah pon tunaikan janji n bawak saya pergi zoo. hihihik (gelak gedik)



23. gusi ku ditebuk dan terkopek lalu berdarah-darah.

- status nak horror je. kejadian sebenar tak la seteruk macam yang ditulis. dentist yang cuci gigi aku tu kasar sangat. sampai terkopek sikit gusi. grrr sakit. nanti aku jadi dentist pulak, aku tebuk gusi anak dia guna gerudi.



24. i love you, not only for what you are, but for what i am when i am with you.

- i love you. hihi


dah cukup la 24. malas nak taip lagi. tata!


Monday, December 20, 2010

RESULT

hari ni result keluar. tapi cuma keluar status setiap subjek je dulu sama ada lulus ataw gagal. 24hb baru keluar gred n pointer penuh. sumpah bangun je  tidur pagi tadi, dup dap dup dap jantung aku. gigi tak gosok, taik mata tak buang lagi (heh geli) terus mengadap internet nak cek result. aku tak mengharap yang tinggi pon. aku cuma nak lulus setiap subjek je. jumaat ni nak keluar berapa pon pointer aku, lantak laa. itu belakang cerita.

bukak2 je..haishh berdebar betol. masa diploma dulu pon tak takut macam ni. sebab ape aku takut? sebab aku belajar main-main  T_T







klik untuk penglihatan yang lebih jelas. hehe

yeay! sudah pandai print screen. cik fsakinah yang ajar. hehe kesian aku baru nak reti print screen. orang lain dah lama pandai -___-"

hee semangat nye aku benda ni pon nak tunjuk. akak2 abang2 senior, rakan2, adek2, saya memang macam ni. semangat laen macam sikit lepas taw sume subjek lulus. kesian kan saya :")  

yang penting aku lulus tanpa ade star kat status tu. contoh, LULUS*. owh aku pon tak taw ape maksudnye. tapi senior cakap, maksudnye itu lulus, tapi c- . jadi ade pilihan sama ade nak repeat ataw tidak, tapi kena bincang dengan penasihat akademik. maknanye, aku takde c- laa. haa nak menanges laa sekarang. nak buat kenduri kesyukuran 40 hari, tumbang 10 ekor lembu :") hehe.

kenapa aku takut sangat sebelum result keluar? sebab aku sedar usaha aku tak seberapa. banyak main, main, main. tidur, shopping, karok, tengok wayang, merayap. huh itu je aktiviti aku sepanjang kat usm. pergi kelas malas. kelas titas jangan cite la. boleh kira berapa kali je pergi (-,-)

nampak tak subjek yang aku highlight tanda pink tu? itu laa subjek yang aku target failed. killer subject tu. lagi2 techno comm. malam sebelum exam, aku pergi bilik kak zul. mengadu n menanges dekat dia. aku takut tak dapat jawab. padahal orang laen pon amek paper sama. lek jee. eee cengeng lebeh laa aku. haha. booo untuk diri sendiri. 

sekarang dah mampu untuk tarik nafas lega. dah berjaya habiskan satu sem :") tak dapat bayangkan kalau kena repeat. aku n kawan2 lain yang seangkatan dari diploma kan cuma dua tahun dekat usm. nampak tak dalam gambar tu unit yang dah dikecualikan? kitorang dapat transfer semua subjek tu sampai jimat dua sem. so kalau aku failed satu paper, elok2 dapat dua tahun, terus jadi dua tahun setengah semata2 untuk repeat. ohh aku taknak benda tu. nehi nehi! saya mahu betol2 abes dalam masa dua tahun. saya mahu kerja, mahu beli kereta, mahu kawen, mahu kawen, mahu kawen, mahu kawen. ok cukup laa tu empat kali aku ulang nak kawen. haha. dan nak beli baju yang comel untuk anak2 nanti. eh ape kene mengena nak habis belajar cepat dengan nak beli baju anak?
-___-" kesiannn.


sekarang tinggal lagi tiga sem iaitu setahun setengah lagi..insyaAllah :")


disebabkan aku excited, nak upload laa gambar diri tengah excited. ni masa wedding kakak aku, tapi belah lelaki. lebih kurang macam ni laa aku excited bila tengok result tadi. tapi lebih dahsyat sebenarnye. ala-ala kera. hehe





ceiss tak semenggah punya adek. beliau tutup idong ketika aku mengembangkan sayap. lawak kasar yer kau.


yippiiiiiii saya LULUS semua subjek!! :DD


okeh laa babai!





Thursday, December 16, 2010

perbualan dengan si bongsu


beberapa jam sebelum keluar rumah tengok muvie :


aku : cepat2 pilih nak keluar pergi mana?

adek-adek : mana2 pon takpe. asalkan kita tengok muvie.

aku : ok baby (si bongsu), baby pilih nak pegi mana? klcc, mid valley ke time square?

baby : emmm... (agak lama berpikir)...haa LOWYAT? ape kate pergi situ pulak?

aku : (mata menjeling pandang2 yang lain)..dan, 


HAHAHAHAHHAHAHAHAAHAHAHAHAHA

apasal laa sengal sangat adek aku ni. ok next time wajib bawak dia pergi low yat. kesian dia. hehe


dalam wayang :


aku : ayyokk baby, dia tulis cerita ni untuk 13 tahun ke atas je. bawah 13 tahun boleh keluar sekarang.

baby : eh mana ade. dia tak tulis macam tu pon.

aku : iye laa. dia tulis macam tu tadi. tak nampak ke? haa pegi2 cepat. baby dengan adek kene keluar sekarang. cepat la, kejap lagi ade orang datang cek.

baby : eh tapi tadi baby nampak dia tulis bawah 13 tahun boleh tengok. tapi kena ade bimbingan?

aku : itu kalau ade orang nak bimbing. sape nak bimbing kau?

baby : emmm...(berpikir)...
bimbing diri sendiri?



hmmmmphhhhhhhhhh

=..="


Monday, December 13, 2010

selamat pengantin baru buat kakak!

waaa lamanye tak update! berhabuk dah belog neh. meh tiup sikit habuk. phuhhh. hehe.

kehadapan kakak sulung ku,

tahniah la weyh sebab lu dah berlaki. wa harap dengan dapatnye wa abang ipar, pendapatan poket wa jadi double la lepas neh. hahahahahaha. wa tumpang gembira la lu da kawen dengan abang ajai. wa harap abang ajai dapat tahan sama lu punya perangai. lu kalau nak menari 'mat cool', lu tak payah la menari depan dia. japgi dia kata lu gila. lu balik umah, kita menari sama2 laa. tapi kena tunggu sabtu ataw ahad waktu tengahari baru aiskem 'mat cool' tu lalu. baru asikkk nak menari bila dengar lagu aiskem tuh. hahaha.

da la wa malas cite panjang. lu orang layan laa ini gambar.












ada muka macam misha omar ke kakak wa? suma orang pon kata itu macam oo. wa pon tataw tang mana macam misha omar.


serupa kah muka kami?

nikah pagi, then tengahari bersanding. dan pengapit beliau? sudah tentulah aku! bab2 mencapub ni bagi kat aku laaa. bila tengah berarak tuh, banyak betol kamera. tuh yang aku suka. hahaha. gila glemer betol i  :)





"eh excited nye bini aku neh. nak laju2 ke mana. nak gi meja makan je pon." kata suami didalam hati.




woahh hensem tak aku n pengapit laki berjalan? hahaha. time ni aku tengah jalan tercover2 sebab takut jatuh. kasut tinggi sangat -_-"



pengantin lama. this is my abah n emak :')

ni dialog yang kawan aku post lepas dia tengok gambar ni dekat fb aku,

maknyer;' a ah apaknyer..abg nsem mase muda kini n selamyer...tp tgkla si eida tu..sy da xthn nk bela die da..ape kater kiter crik calon tuk dier nk???'


apaknye;"iyea..sy tau sy hensem..jgn disebut byk kali..ha..molek jgk tu..dpt pak haji tuk si ieda tu lega hati sy"


wahahahaha eyy sengal sungguh. pak haji ye untuk aku? emm kalau janggut je macam pak haji ataw kambing ok tak? haha ombu.. senyum2 kenapa? :')


aku pakai heels 5 inci semata2 nak nampak tinggi masa jadi pengapit. kesian aku kan? ish2 dah pendek taknak terima kenyataan -__-"



cousin kesayangan. 4 tahun tak jumpa. akhirnye bertemu kembali di hari yang mulia, hari raya. sob sob.


gedik automatik apabila bertemu. ok aku sorang je yang gedik. beliau dah tak gedik sekarang, sebab...


beliau sudah ade anak. jadi sifat keibuan lebih menyerlah dari sifat menggedik yang dulunya, dimonopoli oleh kami. hahaha. eyy advanced kau kan, kawen awal, ade anak awal, kau dah langkah bendul tahu tak? tahu tak? patotnye aku kawen dulu sebab aku lagi tua. ee tak menghormati orang tua langsung. takpe, sekarang kau ade dua anak, lagi 10 tahun, anak aku dah lima. hebat kan? aku tercabar neh. haha :")



thanks alep sudi datang. datang jugak kau walaupon gaduh ngan timah. haih macam monyet bertemu monyet la korang. hoho :p

masa tengah jalan, alep tengok kaki aku. n dia nampak kasut aku tinggi. dia cakap, patot la jalan terkedek2 macam itik -____-"

F u aleppppp! hahahaha


ehem


ehem ehem


ehem ehem ehem lagi


dan lagi, ehem ehem ehem ehem hahahhaha


ehem ehem ehem ehem ehem.

ok cukup la tuh. penat dah batuk. saje je nak bikin kontroversi letak gambar ni banyak2. bajet artis la, ade paparazzi curi2 amek gambar. haha.

ni ke encik ombu? eyy bukan2. encik ombu hanya untuk tatapan saya sorang je. ewahhh. :")

ni ex boyfie gue dong! haha cinta cintun zaman muda remaja time sekolah. masa couple dengan dia dulu, tak pernah panggil manja2 ni. tak rock laa. haha. kitorang panggil "aku kau" je sampai sekarang. actually bukan bercinta mana pun dulu, biasa la budak2. orang ade pakwe, mula laa tergedik2 nak ade pakwe jugak. konon macam bila ade pakwe, dah habis cool la, nak2 pakwe bukan satu sekolah. ape barang pakwe satu sekolah. haha n boleh berlagak dekat orang lain. aku ade boipren, dia bukan budak sekolah ni laa tapi. kau ade? =..="

hmm kesian aku. hahaha

sape nak berkenalan dengan beliau, sila nyatakan di fb saya. jangan malu2. sementara peluang masih ade. macam mamat korea ni . feewitt2. saya akan tolong rekemenkan pada beliau. haha. berbakat jugak aku ni jadi agen mencari jodoh. kena bukak la satu agensi mencari jodoh bila dah habis degree nanti. ye mesti! hihi.




kesayangan2 aku :")



kakak kawasan juge turut datang. thanks kakak!

dan encik sayong juga datang. tapi tak perlula letak gambar beliau disini, demi menjaga kesejahteraan bersama. hehe :)

habis kenduri bermain2 diluar rumah bersama kesayangan2 i. motif sebenar nak melarikan diri dari buat kerja2 mengemas meja dan kerusi, dan menyapu, dan mengutip sampah sarap, dan membungkus makanan, eh semua laa.








eee joyah




ya ampun inai bersepah.


 ya habibi ya maulana. mashaAllah mashaAllah. hehe



taw tak kenapa talipon genggam bercorak leopard pink ni tak pernah lepas dari tangan saya setiap masa? haa jawapannye ade dalam gambar di atas. sape betol, i bagi u olls 10 markah. hihi


eh ni entry untuk pengantin ke untuk pengapit ni? gambar pengapit je yang banyak. hehe. padahal dalam fb pon dah letak berpuluh gambar wedding. emm biarla, saya memang suka syok sendiri :))

okeh laa babai!