Saturday, April 30, 2011

saya mahu pulang bercuti walaupun tinggal lagi satu paper belom habis.

semalam exam psychology. n aku tak boleh buat sangat. ade 120 soalan, n dalam 20 soalan je kot yang aku confirm betol sebab aku baca. yang lain? aku hentam kromo ikut logik akal n agak2! bagus, kalau mak baca, sedeh dia dengan perangai aku.

owh ye japgi aku nak balik kl dah. pukul 9.30 pagi bertolak. sampai kl nanti, terus gerak gi melaka dengan ex-housemate aku time diploma. kawan aku kawen.

sampai sekarang aku tak tidor lagi. ingatkan tadi sempat kalau kemas lambat2. dan dengan senang hati aku melewey2 tengok drama Asmara 2. skali dah kemas,amek kau sampai dah pukul 6 aku tak tidor lagi. barang aku mak aihhh banyaknye -____-"

mau terhuyung hayang aku bawak luggage yang boleh tahan laaa besar. luggage besar ni cuma bawak masa awal sem dan bawak balik bila akhir sem. haaa boleh bayang tak kebesaran dia? banyak gile barang aku bawak balik. dengan beg usm lagi -___-" dah macam pelarian pon ade aku ni. confirm nampak macam orang burma bila aku bawak barang2 ni besok.

nak buat camno, abah tak dapek nak amek kat penang haaaah. torpakso la eden bawak balek sendiri barang2.

Tuesday, April 26, 2011

perlu ke exam subjek yang susah dua hari berturut2? tak paham laaa aku -.-

ok hari ni dah lepas paper ini,




eh bukan kena jawab dalam exam siapakah nama beliau? beliau tinggal dimana, suka makan apa, dan blabla. ohh ini lecturer aku yang mengajar subjek Komunikasi Kuasa dan Konflik.

Dr Mahyuddin, saya nak lulus subjek Dr. tak tinggi pon takpe, janji lulus huuuuuu -,-"





besok kena jawab paper ini pulak,




aaaaa besok subjek Papa Musss. Komunikasi Budaya. jawabnye malam ni aku tak tidor lagi sampai laa nak pergi exam besok.


Dr Mus, saya pon tak mintak banyak. mintak bagi saya lulus je.

hahaha ape sedeh sangat aku ni, orang mintak dapat gred bagus. A ke B ke, ni mintak lulus je. heh itu kalau aku tak boleh jawab. jadi lulus pon ok laa nok. aku malas nak pikir dah.

eh korang perasan tak muka lecturer aku ni macam muka atok dalam Kampung Boy?

sama kan? -___-"




eh motif sangat kan aku pergi google gambar lecturer aku n letak kat sini. hahaha. kalau lecturer aku tengok ni mesti dia cakap aku psycho T_T

dua hari berturut2 kena exam subjek yang susah. eyyy tension laa den camni ngan sapo yang buat jadual exam ni. 


ok dah bye nak study!



Saturday, April 23, 2011

hahahahahachummmm

"b cantik macam bunga rose" 


waaaaaaa hahahahahahahahaktuihh  =')


macehhhh hehehehe eeee geli.

Friday, April 22, 2011

3 sebab buat aku marah hari ni!

hari ni ade beberapa sebab yang buat aku sangat2 marah, bengang, kecewa, nak hempuk muka orang n ape2 jelaa eyyyyyy!

1. hari ni aku baru start exam. n pagi tadi dah selesai satu paper, iaitu paper English. ok yang ni aku betol2 frust sebab aku tak cukup masa nak buat essay :( maybe aku terlalu fokus jawab bahagian reading comprehension tuh. yeklaaa semangat cari jawapan satu2. last2 time nak jawab essay dah tak cukup masa. aku takut Failed. ye, memang laa kawan2 kata takkan failed. tapi kalau essay pon dah lingkup, takkan nak harapkan carry mark? aku banyak point nak buat dalam essay tadi. tapi masa tak cukup. aku buat sikit je. huwaaaa sedeh laa weh. aku harapkan subject english n SHE je untuk naikkan pointer, sebab tiga lagi subject adelah killer subject! ok benda dah lepas pon, so tawakal jelaa.


2. kau ingat kau dah bagus sangat? blah laaa kau. kau ni kan dari dulu lagi perangai macam gud-gud. padahal kau pon sama je. tak payah nak bajet BEST sangat laaa. kite sama je k? owh aku tujukan dekat someone. sape yang terasa, sila lah terasa ye. yang tak terasa, tak payah nak berteka-teki sangat laa aku cakap kat sape.



3. ni lagi satu yang buat aku bengang sangat2! dah lama aku apply untuk praktikal kat takaful ikhlas HQ kat bangsar south tu. first email aku bagi dekat ketua HR tu pada 14mac. aku hantar resume, surat fakulti n result aku. then aku update melalui emel dengan dia every week. no respon.

bila aku call, boleh dia cakap "ooo bile u hantar ek? send lagi skali bole?"

ok fine laaa kan. aku hantar lagi skali. hantar lagi skali tu pada 3 minggu yang lepas ye. dari 3 minggu yang lepas dia janji nak fax surat kat fakulti aku. kekdahnye bila aku dah penat2 jalan pegi fakulti, haram satu surat pon takde sampai hari ni. bila aku call asyik2 cakap "ooo surat awak saya akan fax n settle dis week gak".

minggu lepas aku call lagi dua kali, tak ado pulak dia kat ofis. seharian plak tuh! haihh. n kelmarin aku call, nak taw pegawai tuh boleh cakap ape kat aku? "errrr ooo awak, sebenarnye awak praktikal bila ye? bulan ogos kan?"


WHAT??? ehh hello encik?? kalau bulan ogos baru aku nak praktikal kat situ, takde aku terhegeh2 mintak sekarang taw tak?? baik aku tunggu lagi dua bulan baru aku apply. nampak sangat laa pegawai ni tah2 tak semak pon lagi resume n surat dari fakulti yang dah dua kali aku send kat dia. pastu aku siap call every week lagi. nampak sangat kau bagi alasan je nak fax nak fax. ehh kalau nak fax, fax jelaa. bukan susah sangat pon.


baru jap tadi aku call lagi, dia boleh cakap, "saya tengah tunggu persetujuan dari bos saya, nanti dah siap semua surat kami akan fax kat fakulti awak, n kami akan hantar kat email awak jugak".


deyyy encik! awat ang cakap macam keling? kejap surat dah ade, tinggal nak fax, pastu bole tak taw plak bile aku nak praktikal, n now tengah tunggu persetujuan dari bos? lu ni betol2 buat wa menyirap laaaa.

 pastu aku jawab la, "saya kena dapatkan jawapan cepat untuk bagitaw pada lecturer saya. sebab saya dah tunggu lama. minggu depan saya last exam, jadi saya kena settle semua hal berkaitan praktikal before semester break encik. dan senang untuk saya buat perancangan nak cari umah sewa."



dan ini dia jawab pada aku,

"ye betol. saya taw awak dah tunggu lama. tapi bukan awak sorang je, ramai lagi yang mintak n tengah tunggu"


dah taw macam tu, awat tak habaq dari dulu encik oiii? perlu ke nak main2 cakap nak fax nak fax, tapi tak fax. oiii nak dekat dua bulan dah aku tunggu taw tak??


kalau aku tak update ngan pegawai tu, tak call dia tiap2 minggu, aku tak kisah lagi. ni aku berusaha kot. gigih seminggu dua kali aku call. n setiap kali aku call dia bagi janji palsu. n last2 macam tu kau punye jawapan?


kau taw tak aku ni nak kena survey tempat tu, survey public transport untuk ke situ, cari umah sewa lagi. banyak perancangan taw tak. sampai bila aku nak kena tunggu macam ni. first aku mintak kat telekom, laju je dorang jawab. dalam 3 4 hari aku dah dapat jawapan dari dorang. sangat professional. siap cc email kat aku, lect dan dekan. surat persetujuan pon dorang fax kat fakulti. tapi takaful ikhlas? hmmm :(


aku nak praktikal kat situ sebab kak zul cadangkan dekat aku. ketua PR dekat situ kawan ngan mak kak zul, n dia cakap sekarang memang banyak kerja n nak pakai orang. mestilaa aku nak, sebab aku nak merasa buat kerja PR yang sebenar. dulu praktikal kat ASWARA, hmm faham2 jela kalau dah tempat gov ni. mana ade keje. sia2 je masa, tenaga, n duet aku praktikal kat situ.

second, ofcourse laa sebab elaun. aku dimaklumkan praktikal dekat situ dapat elaun. tipu laa sape2 yang pilih tempat praktikal taknak elaun. melainkan dah takde choice sangat. rumah aku jauh, nak pegi praktikal pon kene cari umah sewa. mana mungkin aku nak pergi praktikal free2 je? banyak duet nak kene pakai. duet makan setiap hari, tambang tren, duet umah sewa lagi. nak2 tinggal dekat kl. memang la duet elaun tu tak banyak mana, tapi at least duet elaun tu bole laa jugak membantu n menampung kos aku nak praktikal sepanjang dua bulan nanti.. kurang laa sikit beban bapak aku..


tapi bila dah pegawai tu buat macam ni kat aku, aku jadi tawar hati dah :(


aku bukan taknak terima Telekom tu, tapi Telekom tak provide elaun. itu pon lagi satu hal. buat keje dah pro dah. tapi elaun punye laa kedekut. harap company je besar. takpela, pegawai Takaful tu cakap dia akan fax surat tu kat aku isnin minggu depan. kalau takde jugak, aku malas nak call2 tanya2 lagi. sudah laaa. buat keje pon cincai. macam ni first impression yang kau bagi pada trainee?

so wait n see je la monday nanti. kalau takde, aku terima jela telekom. mungkin takde rezeki aku nak praktikal kat takaful, n takde rezeki jugak nak dapat elaun kan. haha. wop2, aku nak elaun bersebab ye. bukannye mata duitan. mungkin kat telekom lebih bagus, banyak ilmu yang aku akan belajar. sape taw? ;)







dah laaa penat aku membebel. eh rajin yee kome yang baca sampai abes? hehe.



ok bye!

Tuesday, April 19, 2011

buat 'kawan baik' saya :)

hye kawan baik saya! kau dan engaku. awak2 ni betol2 dah buat saya terluka taw :) awak2 sedar tak? ke tak sedar pon yang awak2 dah buat saya terasa hati?

takpela, sebab awak2 kawan baik saya kan, saya telan jelaa ape awak2 buat.

aku memang ramai kawan baik. n dalam ramai2 kawan baik, aku taw ade jugak yang amek kesempatan kat aku. kesempatan macam mana? kalau korang kawan baik aku, n rasa korang ade amek kesempatan kat aku dalam apa cara sekalipun, korang mesti taw kan amek kesempatan yang macam mana :)

ye, aku memang diam. dengan kawan2 aku agak berlembut n menjaga hati kawan. aku tak pandai nak melahar kawan2 sendiri. tapi tu tak bermakna bila aku begitu, kau boleh buat sesuka hati ataw cakap sesuka hati kat aku atas dasar 'kawan baik'.

belajar la respect orang lain, terutama kawan baik sendiri. kau ingat disebabkan aku kawan baik kau, kau boleh cakap ataw buat apa kau suka? tak kira la kau muda ke, tua ke dari aku, yang penting respect. tak semestinya aku tua dari kau, aku mintak kau respect aku macam kakak kandung kau. tak perlu macam tu pon. dan tak semestinya kau tua dari aku, kau boleh suka2 cakap n buat ape kau nak. maksud aku, hormat biar kena pada tempatnye. aku hormat kau, dan kau hormat aku.

kite sama je. kalau kau rasa aku kawan baik kau, layan la kawan kau dengan sepatutnya. kalau kau taw ape aku tak suka, jangan buat. macam tu jugak aku. aku taw ape kau tak suka, aku takkan buat. susah sangat?

owh ye, kepada kawan2 yang taw kisah peribadi aku. aku percaya kat korang sebab tu aku luah pada korang. kisah peribadi aku tak perlu la dibuat entry di blog kau ataw pon ape2 jela kan kan.. :) kalau kau rasa tak setuju dengan setiap keputusan yang aku buat dalam hidup aku, cakap straight je kat aku.

kau buat macam tu (kau tahu apa kau buat), buat aku terasa dengan kau. bukan sikit, tapi banyak. yela sebab kau tahu bila kau buat macam tu, aku takkan cakap ape, aku takkan membantah, aku takkan melawan, aku takkan marah, sebab aku bukan jenis macam tu. sebab tu kau senang2 buat aku macam tu kan? :)

lagi satu, kau hidup kat dunia ni berkawan dengan semua orang. berkawan buat laa cara berkawan. kena la give n take. kau bagi nasihat kat orang, nak orang dengar. bila orang bagi nasihat kat kau, kau taknak dengar. nak kena semua orang dengar cakap kau sorang. setiap cakap kau, semuanya betul. semuanya kau nak menang. aku taw laa dah perangai kau memang macam tu. tapi tak perlu laa kau nak suruh semua orang terima perangai kau tu. kalau macam tu, baik kau hidup sorang2 je. tak payah berkawan dengan orang lain. sebab kau tu selfish. kau tak sedar ke?? aku dah bosan menurut semuanya cakap kau.







kawan baik, u know who u are ;)


bye!

Thursday, April 14, 2011

super emak.

hari ini aku menggantikan tugas super emak sepenuh masa, sehingga lah hari ahad. apakah itu super emak? super emak adalah gelaran buat emak aku yang tersayang, yang sangat super menguruskan rumah tangga. beliau sangat super dalam memasak, mengemas, mendobi pakaian, menjaga anak2, membebel dan seangkatan dengannya.

ketiadaan super emak selama empat hari dirumah ini, sangat lah dirasai. sebab setiap kali aku balik ke rumah, emak la tempat aku mengadu masalah cinta, masalah dengan friend, dengan enemy, dan ape jua masalah yang datang. dan emak pon layan kan aje, sambil sesekali memberikan nasihat2 yang pedas lagi tajam menusuk kalbu.

mana super emak pergi? super emak pergi hospital untuk rawatan kimo lagi. semalam emak pergi tengok result untuk rawatan kimo yang dia buat sebulan lepas. dan doktor cakap takde perubahan :( aku sangat sedih. tapi aku taw emak mesti lagi sedih sebab dia yang menanggung sakitnye :( disebabkan tiada perubahan, maka emak kena kimo lagi.

setiap bulan emak wajib kena kimo. maka rambut emak mulai gugur sikit2. kadang2 effect dari kimo, kulit sekeliling usus emak merekah2 macam terbakar (usus emak berada di luar perut). aku tak sanggup nak tengok sebab aku takut.

kadang2 orang tengok emak sihat, boleh pergi pasar, dan buat kerja rumah dengan ligat, orang cakap emak dah baik. tapi orang tak taw hakikatnye emak sakit. tapi emak memang macam tu. dia tak boleh duduk diam. kadang2 bile abah nak pergi mana2 dan abah cakap "takut mak tak larat nanti". huiii marah betol emak. emak cakap selagi dia boleh berjalan, dia masih kuat untuk buat ape2.

tahun lepas, seminggu lepas emak operate, dia dah boleh keluar wad. sampai2 je rumah, tak letak bontot lagi, emak terus pergi dapur bukak peti ais dan cuci peti ais. what the what??? aku jadi nak marah tengok kerajinan emak di tahap maksimum sebegitu. baru lepas operate boleh pulak cuci peti ais. sebab tu aku panggil emak aku super emak. emak aku memang hebat. dalam keadaan sakit masih tak duduk diam.




owh ini lah saya ketika kecil bersama super emak


ini pon saya yang muka cebek tu. sebelah saya yang ala2 tomeynye dia muke putih melepak, tu sepupu saya. kami sebaya. apesal kecik2 muka kau putih gebus2 tapi dah besar tak ensem pon? -___-"
bole tak aku cakap macam tu? haha


*abah, super emak, leen, aku yang ketot, along dan bibik.

ini family aku sebelum kewujudan 3 orang adik2 yang eyyy nak bergaduh je hari2.

jarak aku dengan adik bawah aku agak jauh, 6 tahun. kira sempat gak laa merasa jadi bongsu lama sikit. hehe. tapi itu tak bermakna aku anak manja kepada super emak. no no no.


ini saya bila dah besar sikit.

eh ni nak cerita pasal super emak ke pasal aku? haha ok takpe. selingan je. tiba2 terjumpa gambar ni. so upload jela :) ni baju favourite aku la kot mase kecik. seminggu dua tiga kali ulang pakai. hahaha. ape yang best tah.


dulu emak kerja jugak macam emak orang lain. tapi super emak berhenti sebab nak jaga kakak aku yang no dua. kakak aku down syndrom. jadi perlukan tumpuan sepenuh masa. opah aku pon tak dapat jaga kakak dah sebab atok sakit waktu tu. makanye, berhenti laa emak dari kerja kat Telekom.



alahaiii kakak saya tomey2


jaga seorang kanak2 down syndrom bukannye mudah. memerlukan kesabaran yang tinggi. emak memang seorang yang sabar. bila kakak aku menangis tanpa sebab, contohnye tengok tv. orang tengah gelak2, tiba2 dia menangis. memang kena marah laa kan ngan kitorang. hehe. tapi emak tak marah. emak marah kitorang sebab marah dia. emak cakap kite tak taw n tak paham perasaan dia, nape dia nanges. mungkin sebab dia sakit gigi ke, ade ulser ke. tapi dia tak pandai nak mengadu. jadi ade sebab kenapa dia menangis tiba2. baiklah emak. minta maaf  T_T



super emak hantar kakak saya pergi sekolah, Kiwanis Down Syndrome School.


emak cerita, dulu kadang2 sampai dia tak dapat pergi kerja sebab tumpu pada kakak aku yang sorang ni. emak aku memang emak yang baik. layan saje kerenah anak2 dia. yela emak mana yang tak sayangkan anak =')


waktu sukaneka sekolah kakak =)


waktu konvo diploma. waktu ni sebelum emak operate. emak tak duduk dalam dewan pon tengok aku amek scroll. sebab emak tak boleh duduk lama2, sakit. jadi dia tunggu dekat masjid. takpe, janji emak datang :")



second day dekat USM. ni masa orientasi.

time ni emak baru sebulan lebih lepas operate. n time ni tengah dalam rawatan kimo. tapi aku ajak jugak emak pergi penang hantar aku. abah tak bagi, takut emak tak larat. tapi emak nak ikut jugak :")


 saya sayang super emak. eh jap2 korang perasan tak parut kat dahi aku tu? parut yang jadi bahan ejekan rakan2. 

nak taw punca?

nah, ni haaa aku tunjuk. pasni jangan tanya lagi, "eh dahi kau kenapa? berparut dowh. macam kena parut kelapa. macam nandek keling pon ade" 

ok fine T_T



sebab main panjat2 menatang ni laaa aku dapat parut kekal. 

time ni tak jatuh lagi. kejadian di hari lain. disebabkan keyakinan yang tinggi, maka aku pon panjatlah yang atas sekali tu. ek eleh bukan tinggi mana pon. hahaha. tapi sebab aku ketot, mana lah kaki aku sampai nak jejak lantai. gayut punye gayut, terlepas pulak. padan muka aku =) 

sakit dowh. berlubang dahi. doctor tak jahit, tapi dia buat ape tah, macam stepler kat dahi aku nak bagi stop darah. kira ganti kan dengan jahit laa.


eh entry ni nak cerita pasal super emak sebenarnye. tapi macam banyak cerita pasal aku la pulak. kesian emak, malam ni dia tidur dekat hospital. selalu dia tido dengan adik2 aku :(

tapi kan kan kan, walaupun tugas2 emak, aku yang amek alih bila emak pergi hospital, satu je yang emak tak buat tapi aku buat. maen Facebook. hahahaha.

dah laaa penat la bebel panjang. aku cuma harapkan kesihatan yang baik untuk emak, sampai bila2 :") amin...




emak saya memang super emak! emak korang? super tak? hehe.





Monday, April 11, 2011

bisakah yang dusta dimaafi?

serabut kepala otak laaa dua tiga menjak ni. tak taw nak buat keputusan dan tak taw mana betul dan mana yang salah.

Tuesday, April 5, 2011

hari ni aku tak gosok gigi pegi kelas. okbye.

hari ni dalam sejarah. first time aku pegi kelas tak mandi! eh padahal selalu je pon tak mandi pagi. dah petang baru terhegeh2 nak pegi mandi. tapi tu kalau takde kelas. ni ade kelas, dan aku tak mandi. boleh paham tak kenapa busuk sangat perangai aku -____-"

semua gara2 buat video english dari malam tadi sampai pagi ni. tak tido weh. kelas pukul 10 pagi, boleh pulak laptop aku hang mase 8.30am. terima kasih, memang aku suka laptop aku hang time2 macam tu kan.

kau boleh bayang tak, aku terpaksa buat balik semua susunan video tu semula?? nasib baik buat sama2 ngan emy n syida. abes buat video, aku lari balik bilik aku. sebelah bilik emy je pon.

ketuk2 pintu takde orang bukak. aku call rumate aku, tak angkat. boleh pulak si amey ni pegi kelas kunci pintu. amey kau tak taw ke aku ade kat sebelah je?!! T_T

time tu dah pukul 10.45, dah lambat gile. tapi nak taknak kena pegi kelas jugak. sebab ni last kelas english, n video tu wajib kene present hari ni jugak. n dalam kelas aku tadi ade buat pot luck pulak tu. tanggungjawab membawak nasi lemak terpikul di bahu kitorang. ecece. jadi kena pergi, untuk mengedarkan nasi lemak sorang satu.

last2, terpaksa pakai jeans n tshirt syida, n cardigan emy. juga tudung syida =) semua disponsor.
aku GOSOK GIGI pon tak wehhh. nasib baik aku tak tido lagi time tu. jadi bau nafas masih boleh dibawak berbincang. hahahahahhaha cehh pengotor!

nasib baik ade kak zul. dia tolong hantar sampai kat kelas. masuk kelas pon lambat. pukul 11 baru sampai. sebelum tu kitorang dah call miss sherline, bagitau pasal problem video. miss baik gile. dia langsung tak marah. aku rasa kalau lecturer lain, mau kene penampau dah. nak2 lecturer comm.

sampai kelas, nyanyi lagu birthday untuk miss n emy, potong2 kek, susun makanan, tengok budak2 laki yang sengal buat chicken dance, n pastu pasang video kitorang. group aku ade 8 orang semua. so semua macam tak sabar nak tengok hasil video yang dibuat pukul 8.30am  T_T.

 walaupon video tu edit bodoh2 je, tapi sempat gak laaa siap. n semua suka dengan video tu. yang penting, miss pon suke =)

ok dah laaa penat aku bebel. bubye! aku tak gosok gigi n tak mandi pegi kelas. kau boleh? eeeeuww hahaha.

Monday, April 4, 2011

boleh tak aku nak mencarut dekat belog sendiri? aku tengah marah ni. marah marah! eyyyy berbulu betol laaa!


bodoh bodoh bangang! eeeee bodoh laaa! bodohhhhhhhhh! aaaaaaa setannnnnn :( bodoh la kau ni!


haaaa dah laa cukup. bye