Thursday, May 26, 2011

bosan wehhhh

bosannye kehidupan kat ofis hari ni. hari ni tak banyak keje sangat. just buat proposal. bila banyak keje aku merungut, bila tak banyak keje pon aku merungut jugak. hehe.

bila takde keje, mula laa gua ngantok. pastu untuk elak ngantok keje aku makan, makan, makan. aku sorang je yang dok krup krap krup krap -____-" da laa fb tak boleh bukak. atoiyaii bosan laa. semua belog orang aku dah baca. tak taw nak baca apa dah.

owh ye tadi kan time lunch, department aku ade buat makan2 sempena farewell party untuk dua orang staff yang akan berhenti. sedap gila weh makanan dia. nasi beriani, lasagna, mashed potato, kek, n kueh2. atoiii lasagna n mashed potato tu sedap to the max. aku malu nak tambah. kang orang cakap budak praktikal ni over plak makan banyak. heeeee.

bosan laa department ni. orang2 dia takde la annoying. tapi jenis tak berapa ramah. da laa aku sorang kat sini takde kawan. staff2 lain ni macam tak boleh dibawak borak. serius je buat kerja. fokus abes.

memandangkan aku praktikal kat bangsar south ni, so aku kene la sewa umah kat bangsar jugak. aku sewa bilik. bilik tu boleh tahan mahal harga dia kalau duduk sorang. tapi aku ade roomate. so jimat sikit. yang penting kos tambang gi keje memang dah jimat. sebab takde tambang pon. hehe. aku jalan kaki je gi keje. ofis depan rumah. kurang 10 minit dah sampai. owh sukenye. sesuai untuk aku yang selalu siap lambat ni =)

dah balik keje lagi laa bosan. tak taw nak buat ape. nak keluar bercinta, ombu takde pulak. haihhh. cepat laa besok. besok jumaat. then cuti sabtu ahad. tapi tapi tapi. aku terlibat dengan event yang takaful buat sabtu ahad ni. dua2 hari plak tu :( huwaaaaaaaaaa.

Tuesday, May 24, 2011

muka ada manis, senyum laa sikittttt

kenapa supervisor aku taknak senyum :( why so serious? let me put some smile on ur face. hahaha. (sambil pegang pisau n toreh2 dekat tangan)

aku baru start praktikal semalam dekat takaful ikhlas HQ. hmm so far ok laa. aku duduk kat bahagian Corporate Comm, under PR exec. so ofkos laa aku buat kerja2 PR. masalah sekarang yang aku tak paham ni, kenapa semua orang buat kerja muka serius ni? takde senyum2 langsung? lagi2 supervisor aku. aiyyooo so takut laaa :( my big boss, Puan Raihan sorang je yang bila aku pergi dekat dia, dia  senyum n ramah. yang lain, nan hadooo.

first day practical dah dapat kerja susah. kena handle project untuk event Program Amal. hmm takpela, belajar n kumpul pengalaman sebanyak yang boleh :)

lantak laa orang kat sini semua taknak senyum n muka masam je. yang penting, aku bagi je senyuman aku yang paling manisss. hahaha.

btw, hari ni aku dah dapat pc, internet, n telefon sendiri. lalalala. tapi facebook tak bole bukak. huwaaaa.


opss my supervisor is around here. ok laa bubye!

Friday, May 13, 2011

:(

ya Allah permudahkanlah segala urusan.. please :"(

Tuesday, May 10, 2011

:))

seronoknye cuti apabila ombu pon turut cuti.

baru laaa cuti saya bermakna. hahahaha. okbai.


p/s : i love u sooo much :)

Friday, May 6, 2011

tamat sudah.

berakhirlah sudah exam aku hari ni.

soalan tah pape yang keluar tadi. langsung takde dalam note. disebabkan aku pergi dewan tadi dah bawak bekalan peluru yang cukup, so...tembak jela jawapan yang aku tak taw. hahahahahaheyyyy.

si adam yang dok belah kiri aku, setiap lima minit duk paling kiri kanan. haha hang tengok pa adam oii??


ok semester ni dah habis. segala nota dah boleh bungkus n simpan kemas2 dalam kotak. junior, kalau nak note let me know ya? harga boleh runding. ok kedekut. hahaha.




 buat note guna pen kaler2. bukan masuk otak pun.






dan yang pasti, yang paling dirindui lepas ni dah tentu lah..










katil bersepah yang tercinta sob sob :"(


tanpa katil ni, tak lena lah tidur aku. keenakan tidor atas katil ni mak oiiiii macam enaknye dapat makan benda yang korang suke taw takk?? ok over.

kalau boleh aku nak bawak balik sume. comforter, bear, bantal peluk. huwaaaaa apakan daya balik naik bas. kalau bapak aku amek pon, takde maknenye aku boleh bawak balik. mau kene pelangkung. mengade2 sangat macam kat rumah takde sume ni. 


ok nak sambung kemas barang2. malam karang nak bercinta. ehikss.

Thursday, May 5, 2011

at last

yeayyy akhirnye berkat kesabaran didalam jiwa yang tinggi, ecehhhh. dapat jugak praktikal kat takaful. mari menari. lalalalala. tangan macam shin chan. lalalalala~~~

dah dapat jawapan dari takaful minggu lepas lagi, tapi lecturer pulak tak bagi n suruh pegi telekom jugak, disebabkan salah info sikit dari kerani. tapi aku settlekan sendiri dengan pegawai HR telekom, dengan lecturer n jugak dengan kerani tu sendiri. akhirnyeeee reveal sudahhh yang kerani tu bagi salah info. dan dengan senang hati aku reject telekom, n hello takaful!

bolehlaaa aku cuti dengan ber yeayyy lepas ni. tak payah serabut otak dok pikir telekom takaful telekom takaful. lalalalalala ayuh goyang2. kiri kanan, ewahhh goyang goyangggg.


amboiii suke hati sangat kau ye.

Monday, May 2, 2011

2 may


 
happy birthday awak =) sweet 23. may Allah bless u, semoga panjang umur dan murah rezeki. semoga awak berjaya dalam setiap bidang yang awak ceburi dan segala yang dicita2 kan akan tercapai. especially ur hockey. harap dengan pertambahan umur mematangkan lagi usia awak. 
sorry we can't celebrates together =')