Monday, October 31, 2011

jambu lagi

rasa nak tumbuk ombu kuat2 sampai pecah perut dia. dia asyik gelakkan aku pasal jambu tu. ini boleh mendatangkan kemarahan dan kemaluan. eh? haha.

bukan salah aku tiba2 aku amek jambu tu dan ngap. spontan laa. aku tak bersalah. jambu tu yang bersalah. sape suruh jambu tu ade kat depan aku. hehe.
rindu dekat emak malam ni :'(


tadi menangis depan amer. sangat malu rasanya. aaaaaa. bilik ni kecik sangat. nak menangis pon tak tahu nak sorok celah mana. huk :'(

jambu dan polis

tengah highway kena tahan dengan polis terus pura2 amek jambu dan makan. buat muka tak bersalah. hahaha. eyyy macam mana laa aku boleh spontan tiba2 buat macam tu. malu dengan ombu -___-" perangai di luar kawalan. padahal sebelum tu aku langsung takde feel nak makan jambu tu. dan2 plak angkat dan ngap depan polis. haha kbye.

Friday, October 28, 2011

deepavali deyy. saya raya di rumah juga

owhh cuti seminggu di rumah ni sangat laa membosankan. terlalu banyak date bersama gurlfrens terpaksa dibatalkan. date dengan eshta, hazra, emy nyet2, geng kepochi ku FUCA, semua batal batallll. hazra convo, bukit cerakah, taman layang2, bbq, bb, sungei wang dan segala plan hanya laa berlaku dalam mimpi (-..-)

rutin harian sepanjang cuti adalah menjadi bibik sepenuh masa. dikala mak jauh kat negara orang ni, aku kena amek alih tugas semua keje. kalau keluar, kesian pulak kakak aku buat keje umah sorang2, nak jaga baby dia lagi. jadi hasrat untuk berfoya2 bersama rakan taulan terpaksa dilupakan seketika. family first bebeh. ececeh. cuba kalau mak abah ade kat rumah, ada orang jaga rumah, hmm tak melekat jugak laa aku dekat rumah.

jadi kepada gurlfrens yang dah ajak i dating,

sorry uolls. kita plan next cuti plak ok? minggu depan aku cuti raya haji pulak seminggu. aku cuba mencuri waktu untuk berfoya2.

aku taw mesti korang cakap aku macam keling, bz macam menteri n wat eber laa. keling pon keling laaa. next cuti laa ek? haha kbye.

tapi aku tak dapat tahan nafsu nak pergi shopping kat bb. haaa camne camne? mesti pergi. kene pergi jugak! -__-"

esaimen prof ramli tak settle lagi hoiii. bagi settle baru shopping!
taste kau sangat makcik2 dow. handbag kau, kasut kau, n semua laa yang kau pakai. kau baya2 aku kot. cepatnya selera kau menjadi tua. kau ni hormon orang tua ke? sungguh tak paham. HAHA. nak stalk kau pon boring. rasa macam stalk makcik tua -___-"

Tuesday, October 18, 2011

besok dah kene present. ahhhh i'm so scared. buat keje sikit aku bukak fb twitter blog tumblr youtube n segala mak nenek ni. serius aku kena tutup semua ni hari ni. hari ni jeeee. besok dah present suka hati laa nak bukak hari2. dah kbye. eh aku macam dengar fb panggil aku -___-" eh tumblr pon panggil. youtube pon sama. ahhhhhh tidakkkk. dah2 kena tutup!!!!!

dapat cakap sekejap pon jadi laa :')

tadi aku try call mak. sebelom ni nak call mak je mesti tak dapat. tiba2 keluar suara operator arab dok bebel2 then putus. call abah pon mesti macam tu. tadi try call dapat pulak. yeyyy :)

tapi dapat cakap kejap je, sebab tiba2 takde line. mak tengah masuk lif. then call abah pulak, pon dapat cakap sekejap je dengan abah. sebab kredit aku dah abes. tapi takpe, dapat jugak dengar suara diorang :')
i misss both of u...

hari ni pakcik dan makcik aku, pok li n mok teh pon pergi haji. pok li ni abang abah. harap mereka selamat pergi dan pulang. semoga Allah permudahkan segala urusan mereka disana. Aminn...





mak ni memang taw. kalau amek gambar mesti muka dekat ngan kamera. dia confused nak kena pandang mana. hehehe.




Monday, October 17, 2011

lecturer english aku, ape tah nama dia

hari ni ada kelas english. dan lecturer aku sangat comel. sebab dia selalu kena buli dengan kitorang. haha. hari ni kelas english sejam je. madam bukak topik pasal oral speaking yang dia nak buat. dia tanya bila semua nak start. dia nak buat isnin minggu depan. tapi semua taknak. sebab selasa dah start cuti deepavali. semua nak balik awal dari hari jumaat ni laa konon2.

then madam cakap tak boleh, kena buat kelas jugak. sebab kitorang dah banyak sangat cuti. cuti deepavali, raya haji, n last week pon takde kelas english. semua membangkang dengan bersungguh2. lepas tu semua gelak. madam muka terpinga2 je. haha. kesian dia selalu kena buli. asal dia nak buat kelas ganti je, semua taknak.

bincang pasal kelas ganti je, dah nak dekat setengah jam. semua layan je borak dengan dia pasal kelas ganti tu. sebab nak cepat habiskan kelas so that kelas akan berakhir begitu saja tanpa dia perlu mengajar. hahaha. kesian madam. lepas tu bila madam tanya mana homework yang dia bagi last two week? semua cakap "madam, u didnt give any homework laa" hahahahahaha. madam aku ni cina. dia pon melopong mulut, "hoh? no homework meyh?" dia dah macam confused semacam.

lepas tu dia pon start laa mengajar. tiba2 bunyi alarm kereta. madam ngintai2 dekat tingkap nak tengok itu kereta dia ataw bukan. semua satu kelas suruh madam turun bawah n pergi cek. jahat gile. semua cakap "madam u better go n check". cakap banyak kali plak tu suruh dia turun cek. padahal bunyi alarm tu dah senyap pon. haihh macam2 peel =)

Thursday, October 13, 2011

dah nama pon student



 my daily routine and i 'love' that (-..-)



takdela ni je yang aku buat setiap hari. ade jugak la terselit aktiviti tengok wayang dan karok dan dating dan bergossip dan whatever. tapi kebanyakan adalah seperti di atas. kbye nak tido -,-

Monday, October 10, 2011

aku rasa sem ni sangat tough. setiap subjek ada saja homework yang lecturer bagi setiap kali masuk kelas. lagi2 subjek kempen. owh cakap pasal subjek kempen. next week aku kene present. i hate's presentation.

aku punya chapter tebal laaa :(

haihh sempat ke aku nak habiskan baca semua n buat slide. dengan buat CITAP tak abes2. Prof ni kan....

Friday, October 7, 2011

him :)

happy anniversary sayang :)






dah 7 tahun kita kenal. macam2 dah kita lalui. sebab perkara itu, kita tak bersama dulu. saya taw bukan senang untuk kita jadi macam sekarang. terima kasih kerana bersabar dan tunggu saya. 
 
saya sayang awak =')

Thursday, October 6, 2011











emak abah :(

i miss both of u...




Wednesday, October 5, 2011

aku tenung,

benda itu tak berapa menarik perhatian aku.
tapi ade benda yang buat aku terusik untuk melihat.
senyum, terus jalan....
mak abah takde dekat sini. pergi haji. sedih.. susah nak gambarkan perasaan ni macam mana. yang pasti perasaan ni betul2 buat aku emosi..


ape jadi kat sekeliling aku tak mampu jauhkan aku dengan perasaan ni. emosi aku tak stabil.. tak pernah lagi mak abah tinggalkan aku n yang lain2 sejauh ni..

sebelum keluar pintu rumah abah laungkan azan dan baca doa.. doa abah betul2 sayu..syahdu..abah menangis..jarang aku dapat tengok abah menangis. dan waktu tu semua menangis..

sedih aku tengok mak cium leen waktu leen tengah tidur. aku mengintai dari balik pintu..

abah usung dua luggage besar. satu mak punya dan satu abah punya. mak tak mampu nak bawak luggage seberat tu.. dengan keadaan mak, bertambah buat aku sedih dan risau..

jasad aku disini..hati aku, pikiran aku kat rumah. aku fikir adik2..bile teringat pesanan mak, aku jadi sedih balik..

semoga Allah permudahkan urusan emak dan abah disana..aminn..semoga selamat pergi dan pulang..

Monday, October 3, 2011

just saying..

semalam ada yang mesej aku n tanya entry terbaru ni untuk dia lagi ke?ohh please..kenapa kau nak tanya begitu? it's general bebeh. aku cuma meluahkan apa aku rasa. aku rasa diri aku terlalu diambil kesempatan bila aku ni jenis suka buat tak taw or malas nak tegor bila kawan sendiri menyakitkan hati aku. maksud tegor disini, bukan dari segi percakapan saja. tapi tegor dengan membuat muka ataw apa2 yang sama waktu dengannya yang membawa maksud, aku tak suka n aku terasa. no, aku bukan macam tu. bile aku terasa, aku tetap layan orang seperti biasa. aku tak tunjuk.

paham tak?

bila aku ni seorang yang berperangai begitu, orang ambil kesempatan. ramai dah buat macam tu. jadi aku bagitahu ape aku rasa. aku tak tuju kepada siapa2 specific. aku tuju kepada semua orang yang bergelar kawan. rasanya sebelum ni pon aku ade post benda yang hampir sama. dan ade dua orang tanya aku berkaitan entry itu sebab rasa seolah2 aku cakap tentang mereka. senang cerita begini, kalau kau tak buat macam tu, tak perlu terasa. kalau kau buat dan kau terasa, pleaseee..jaga laa hati kawan. itu saja. mudah bukan? i'm easily to forgive n forget. lagi pon, i'm easy going person. aku tak ambil sesuatu isu too serious. dah besar kan..

memang cara aku meluahkan disini. dan bukan didepan. sebab aku memang begitu. aku tak pandai nak tegor orang secara personal. accept me for who i am. ade orang suke cakap depan2, ade orang begini cara nya. so this is me. kenapa aku tak suke tegor depan2? mungkin aku terlalu menjaga hati orang. mungkin....kalau lidah aku mula berkata2, aku takut ianya lebih tajam dari tulisan aku..

stop laa anta mesej tanya begitu. anda tidak begitu pon. kalau anda begitu sekali pon, terima saja laa ape yang saya rasa ini. ini opinion saya, perasaan saya. takkan salah meluahkan perasaan sendiri? saya cakap ini umum ye kawan2 :)

jangan cepat melatah..

aku tak paham kenapa setiap kali aku meluahkan perasaan berkaitan kawan2, orang selalu salah faham. maksud aku, aku cakap pasal orang lain, orang lain yang terasa.. haihh..


berapa kali dah aku kena macam ni.. kadang2 yang terasa tu, aku tak cakap pon pasal dia. kenapa nak terasa? kau/korang ke yang berperangai macam tu..? kalau tak, tak perlu terasa. kalau kau/korang terasa, maknanye kau/korang pon buat macam tu laa dekat aku?


bila dah terasa, nak masam muka..kemon laaa. dah besar panjang jangan buat perangai budak..