Thursday, December 29, 2011

seronok kan bila hidup tidak dikelilingi manusia yang menyemakkan kepala otak ^_^

Thursday, December 22, 2011

aku taw aku bukan siapa2 yang layak untuk menghukum salah yang satu itu. tapi aku cuma manusia biasa. yang punya hati dan perasaan.

aku harap aku dapat memaafkan dan melupakan salah yang satu itu dengan mudah. supaya nikmat bahagia yang aku kecap selama ini tak pergi macam tu saja.

memaafkan memang senang, tapi melupakan sangat sukar. bukan aku tak biasa memaafkan orang. tapi salah yang satu itu.. sakitnya hati, pedih. 

aku cuba sedaya aku untuk melupakan semua..aku cuba.

Tuesday, December 20, 2011

i love you.. seriously i do...

fever, please go away

demam di saat assignment melambak2. aduiiii...



takpela, sakit tu kan penghapus dosa2 kecil.

Wednesday, December 14, 2011

eh ha'ah. aku hidup kat dunia ni memang untuk buat kebajikan je sepanjang masa. kalau takde duet ke ape ke, memang aku laa orang yang paling tepat dicari. aku memang bank pon. owh yela, aku kan rumah kebajikan. nak ape2, cari aku laa. huh.

Friday, December 9, 2011

kepada sesiapa yang berkenaan (siri 2)

cik kak, takkan saya nak print screen pulak status awak tu then compare dengan ayat dalam entry saya yang sebijik2 awak ambil? tak perlu la kan. macam budak2 sangat kalau saya buat macam tu. lagi pon benda kecik je :)

awak dah copy, bila saya perli awak, awak terasa. bila awak terasa, awak cakap saya ni perasan je sebab ingat awak copy ayat saya dalam blog. laaa lucu taw tak?

awak tu kalau dah termalu dan terasa, buat tak taw je dah laa. tak perlu laa nak balas membalas. nampak sangat memang awak terasa taw bila awak buat macam tu. kenapa awak nak membalas kalau tak terasa..kan? saya tak gaduh pon dengan awak. chill je dah laa. saya tak suka bergadoh :) 

tapi kalau memang saya je yang perasan lebih, saya mintak maaf laa kat awak.. =) tapi tetap awak terasa kan? sebab tu awak balas balik. kalau tak terasa, awak takkan balas. kan kan?

mari berdamai. peaceee =)

Thursday, December 8, 2011

kau dah ada hidup kau. teruskanlah hidup kau. bukankah kau dah cukup bahagia dengan kehidupan baru yang kau canang itu? dulu kau ibaratkan dia sebagai kaca. kau hilang kaca, kau dapat permata. bukankah itu yang kau nyatakan pada semua?

sekarang kau mahu balik kaca itu. eh? sungguh aku tak faham dengan engkau. mana pergi permata yang kau puji2 itu?

kau dah dapat permata yang jauh lebih baik dan cantik (kau sendiri yang cakap). jadi kau jaga lah permata itu. tak usah dikenang kaca itu lagi.

kaca itu milik aku.

Tuesday, December 6, 2011

ulcer

dalam mulut aku ade ulcer. sakit woiiiiiiiiiiii. seminggu dah tak baik2 ni. ni ulcer paling lama aku kena :(

ombu bebel2 suruh letak garam. ye2 saya dah letak dah.

masalahnya dah berapa hari dah aku letak garam. amek garam tekan kat ulcer tu. sakitnye tak payah cakap laa. perghhhh rasa nak tampar2 muka orang kat keliling aku. nasib baik masa letak garam tu takde sape kat sebelah aku.

aku google petua untuk hilangkan ulcer. kene letak asam keping kat ulcer tu sampai asam keping tu kering. itu lagi terbaik. kalau buat betul2, mau meleleh air liur macam air terjun. letak garam ni pon aku duk tendang2 dinding. letak asam keping? lagi laa tah ape benda aku tendang.

yenna semenyih



HAHAHAHAHAHAHAHA :D

kesian dia kena buli pakai gelang dekat telinga.

sorry laa awak. terupload pulak. walaupon saya dah janji tak kan upload. haha. ni semua gara2 stress assignment banyak. gambar ni memang menghilangkan stress saya. jadi salahkan stress, jangan salahkan saya. HAHA.




ombu, i love u :)

Sunday, December 4, 2011

hari ni seronok. main lumpur. tapi ade je benda yang buat spoil mood.

Saturday, December 3, 2011

FAKTA

aku akan hilang selera makan bila :

terlalu sedih
terlalu gembira
terlalu risau


satu hari tak makan pon takpe. tiba2 je rasa kenyang. bukan aku paksa diri taknak makan. aku nak makan, tapi tiba2 je takde selera dan kenyang. sejak azali macam ni. kadang2 terlalu gembira sangat pon susah. nanti mesti tak makan. tak paham aku -____-

teras keusahawanan


rabu baru ni, 30 nov, aku kena meniaga untuk subjek teras keusahawanan. ni subjek wajib universiti. aku group dengan fana dan emy. kitorang plan nak jual bundle je. bundle yang dikumpul dari pakaian sendiri yang taknak dipakai dah. hehe. kiranya pre-loved sale laa. ini semua gara2 taknak keluarkan modal.

kitorang bebas untuk meniaga apa saja kecuali makanan. n barang yang dijual oleh group aku hanya lah barang aku semata2 -,- sebabnya baju aku sendiri pon dah banyak yang boleh dijual. tak payah dah tambah barang lain. hehe. n aku kan tokey tudung. haha. so jual tudung2 bawal plain tu, n tambah dengan tudung2 baru yang aku bawak. tudung square corak lv n gucci :)

layan jelaa gambar bawah ni.


setiap gerai kena letak nombor group. aku group 98.


hasil kekreatifan fana n emy. hehe. rm10 ni harga untuk bawal plain.


rm15 harga untuk tudung LV n gucci



luggage yang membawak barang2 niaga. seret luggage ni ok dari hostel sampai tapak niaga. tapi bukan aku seret laa. fana yang seret. haha.


tu haa baju2 yang aku taknak pakai dah


tu diaaaa tokey. muka toya. haha


tokey lagi


dan lagiiii. tokey perasan




ok kemas2 barang, nak balik dah



tokey dan rakan mengira keuntungan.

 

perhatikan rakan tokey. haha


ini group 97, rakan sebelah gerai. syida, ainul, hani, eqa, n syahmi :)



aku bawak 100 helai tudung untuk meniaga. Alhamdulillah, dalam 80 helai macam tu terjual :) baju2 n selendang terpakai aku pon ade orang beli. hehe. nampaknya permintaan untuk bawal plain bertambah2. 

owh ye, cantik tak tudung corak yang aku pakai dalam gambar ni? tu tudung baru yang aku jual. sape berkenan bole laa roger2 aku. banyak lagi kaler lain. ape yang best, sebab tudung tu 4 segi n senang sangat nak bentuk. kain cotton, n hand wash je :) sekarang tudung 4 segi dah in balik kan. 

buat masa ni, rasanya tak ramai lagi yang jual pattern macam tu untuk tudung 4 segi. tapi pattern macam tu untuk selendang banyak la kan. aku dah survey kat jalan tar, tak jumpa pulak. tapi tak taw laa kalau korang pernah jumpa kat mana2 kedai :)


aku jual murah gile ok. rm15 je. blogshop lain jual rm20 ke atas. tak caye tengok ni : 





bak kata sorang kawan aku ni, jual kat student memang untung tak banyak. haha. untung sikit pon takpela, janji pelanggan puas hati. tu yang penting. sebab aku pon macam tu jugak, kalau beli tudung taknak mahal2. seboleh2 mintak kurang. maklum la student. jadi sebagai peniaga yang memahami, aku jual abes murah dah ni. 

korang jangan laa mintak kurang lagi =(  HEHEHE.


Friday, December 2, 2011

true


 "Kalau Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatkannya jua. Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, tetap kita tidak akan dapat"

Thursday, December 1, 2011

Ketentuan Ilahi


Nur Syamimi Ibrahim
 14 February 1993 - 25 November 2011



Wahai Allah,
Terima kasih kerana memberi aku peluang mengenalinya, bertemu dengannya.
Sebelum dia Kau ambil buat selamanya.

Wahai Allah,
Kau ampunilah dosa Nur Syamimi dan tempatkan lah dia di syurga.
Naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah,
dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup.
Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam,
Luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

Nur Syamimi,
Walau pertemuan denganmu cuma sekejap,
namun pemergian mu cukup dirasai, ditangisi.
Cantik paras mu, baik pekerti mu, lembut tutur bicara mu, tidak pernah dilupa.

Semoga tenang dikau disana..


Al-Fatihah.


 

:')




Ombu,
Semoga tabah dan redha dengan pemergian adik tercinta. Kuatkan semangat demi ayah dan mama, dan adik2 yang lain. Jangan pernah putus berdoa untuknya. Mimi baik..semua orang menyayanginya. Namun Allah lebih sayangkan dia.. awak masih ada mama, ayah, yayu, ik, saya dan kawan2 disisi awak.. =')