Tuesday, January 31, 2012

takut wehhh




9 FEBRUARI 2012. tak lama dah. minggu depan je. takut :(


paling takut result subjek Campaign, Corporate Comm n Kaunseling. tapi bukan subjek ni je aku takut. tiga lagi subjek lain yang cuma 2 unit je pon aku takut jugak.


eh apsal macam sume subjek je aku takut? haha. banyak main laa sem lepas. jawab exam pon macam taik. kan skang dah takut result keluar. eee lempang diri sendiri sebab banyak main! hukk :'(

Monday, January 30, 2012

i - i love u like a love song bebehhh



geli je tajuk entry kan. memang pon. haha.

a very2 late birthday celebration for me. atas sebab tertentu yang menyebabkan lambat, maka lambat laa jadinya. whatever it is, thanks sayang!




hello kitty :)

mohd izudin taw aku suka hello kitty. jadi dia tempah kek hello kitty walaupon rupa kek yang comel ini tidak melambangkan umur aku yang dah tua bangka. hewhew. 



 


what?? 24 tahun??? -,-

sepatutnya 23. sebab ni celebrate untuk birthday november tahun lepas. 24 tu umur tahun ni. ok, sebab mohd izudin bagi kek hello kitty, jadi kesalahan beliau dimaafkan. nasib baik kek tu comel, macam aku. eh? tibe2. hahaha.








terima kasih. sayang awak :)


Monday, January 23, 2012

detim

sudah jumpa port baru untuk dating. hahaha.

yeyy mall tu sangat best. bayangkan mall yang besar dekat kl, tak ramai orang walaupon hari ahad?? nak tengok wayang langsung tak payah beratur panjang. cinema tu dah laa besar. tempat makan pon best, bersih n tenang je. nak makan murah ade, mahal pon ade (promote). dan, ade tempat karok yang besar n cantik. tapi kitorang tak masuk pon. hihi. dan yang paling yeyy sebab, orang tak ramai malah boleh berlari2 dan main kejar2. owh ade lagi yang tersangat yeyy. parking dia tak kena bayar pon masa pegi tadi. buat masa ni free lagi rasanya. suke nyeeee.

macam tak percaya mall sebesar2 alam macam ni tak ramai orang pada hari ahad. owhh seronoknya. pasni tak payah laa nak bersesak2 dekat pavi ke, ou ke, n mall yang lain. korang nak taw tak kat mana??

taknak bagitaw laa. nanti jadi ramai plak pasni. lol. hahaha.




terima kasihhh jadi kekasih yang baik, jadi abang yang baik, n kawan yang baik untuk saya. n yang paling baik sebab belikan saya high waist skirt. awak memang baik. haha. yeyyy ^_^

Thursday, January 19, 2012


berpanas ceria dikala terik
membelah girang dingin malam
mungkin saja pernah menghempas tangis berdua
bertindih susah bersama-sama, walau mungkin seberapa cuma.
tiada lagi berdebat soal bulan
tak akan pernah lagi berlumba siapa benar siapa salah.

aku ingin sekali duduk bersila satu tikar denganmu
mengayunkan langkah
namun aku tak mampu
jauh sekali kerna ego
andai saja kau tahu aku bukan begitu
ini semua kerna, aku tak mampu.

sementara hari terus beganti
panasnya mentari hanguskan hati
namun kasih tak pernah luput sesekali
bukan kerna tidak mahu peduli
berkali-kali hati ingin kembali
namun aku..tidak mampu.
  
wajarnya kerna aku tidak mahu begini
berterusan begini
kerna itu aku tidak mampu berbicara
andai saja kau memahami
bijak tutur itu bukan aku
diam itu mungkin aku
pendam itu juga aku
ahhh..biar saja semua dibawa angin berlalu pergi
kerna aku.. tidak mampu.

12.10am
19 Januari 2012.

merepek meraban sambil study kaunseling.
kalau besok exam bahasa melayu takpela jugak aku nak berpuitis malam2 macam ni.
ahh damn, paper kaunseling.

Wednesday, January 18, 2012




"And be patient, verily, Allah wastes not the reward of the good-doers."
Surah Hud (11:115)



Tuesday, January 10, 2012

tak boleh tidor buat ape?

biasanya habit aku dua je.

first, mengemas. ye, diri aku akan jadi terlebih rajin untuk mengemas bila waktu malam.

kedua, buat tutorial tudung sorang2 depan cermin. sampai berterabur tudung, selendang semua. try semua sekali sampai aku mengantuk. bagun pagi stress tengok tudung bersepah2. kesian.