Wednesday, October 20, 2010

emy ajianah! (pelat2 cina)

haha ok emy, aku betol kan balik ejaan nama kau, emy aziana. tapi panggil emy ajianah lagi sedap macam lee kun n budak2 cina laen panggil. haha. hari sabtu baru ni nak keluar pergi queensbay menghabiskan duet, n aku ditinggalkan oleh 4 orang gadis cantek. semua gara-gara tidur lagi penting. celik2 biji mata dah pukul 3 petang. segera pergi bilik emy ajianah dan memujuk beliau teman aku habiskan duet kat queensbay. seminggu sekali kalau tak habiskan duet dekat queensbay, memang tak lalu makan. terbawak2 sampai mimpi. ok aku tipu je tuh.


EMY AJIANAH


 obvious sangat ke aku pura2 candid?ok mesti belajar cara pura2 candid yang lebih menjadi selepas ni.



"anda perlukan bantuan kewangan peribadi?jangan segan silu menghubungi saya. lihat senyuman saya yang lebar kekenyangan ini, tenung lama2 dan hayatilah keikhlasan saya untuk menolong anda"  -____-' haha 



 tempahan bahulu dibuka sehingga 1 november sahaja. sesiapa berminat boleh hantar mesej di fb aku. atau lebih senang kalau terus menghubungi tuan kedai, emy ajianah. 



eh2 kenapa cincin pusaka nenek lari ketepi pulak nih. mesti jari dah semakin kurus. comelnye jari i nih. jap gemok jap kurus. eeuww.



 

kalau berjalan dengan emy ajianah memang tak sah kerja asek makan makan dan makan. emy ajianah suka makan. saya suka orang yang suka makan. anda suka makan?

aku dah membazirkan duet beli dua pasang flat shoes. aku memang tamak. tah bila masa nak pakai pon tak tau la. hari tu masa bulan puasa, aku beli sepasang kasut Alain Delon rm160. bajet beli kasut mahal sikit sebab kasut tuh sedap, tak sakit n tak melecet, n nak lanyak buat pegi kelas. konon2 beli sepasang tuh, tak payah beli2 lagi dah. tapi tengok sampai sekarang sekali pon aku tak pakai lagi kasut tuh buat pegi kelas. motif sebab aku tak rasa pon nak pakai kasut tuh. haha whathefrogg. tak nak pakai pegi beli buat ape. padan muka aku. aku n member panggil kasut yang harga mahal2 sikit nih, kasut sedap. perasan tak, kasut sedap memang susah nak cari design yang gojes2. cuba tengok dekat hush puppies ke, scholl or brand yang lain2. harga kemain mahal tapi design taste nenek2. hehe. 




siapa cakap kasut baru aku comel, aku belanja cekodok pisang.


 ok la nah aku kasi gambar penutup cerita, 



eh2 mata dah membesar. apa rahsianya? rahsianya secret. da rahsia secret pulak. haha

*nampak nota yang terlekat kat dinding tuh? ape? nota study? eh bukan2. tu bukan nota study ke, nota formula ke ape ke, tu nota amaran aku tak kasi orang kacau time aku tengah tido. haha buruk perangai.



p/s : emy ajianah, janji lepas ni kita pegi padang kota pulak. apa saja untukmu. haha




Monday, October 18, 2010

penat.



3 years 5 months. ingat pulak kau? kenapa tiba2? 33 call, 7 mesej. apa semua ni? semudah tu kau ungkapkan maaf. sebab kau tahu hati aku macam mana. mudah menerima maaf. aku penat la dengan semua ni. give up.  
dont do this to me. please?




Tuesday, October 12, 2010

entah laa.



 

apa yang sebenarnya aku nak,
 apa yang aku cuba buat sekarang pon aku tak taw.
melibatkan banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga
haih tenanglah wahai hati.



 

Monday, October 11, 2010

Sunday, October 10, 2010

mainan hati.




kamu tahu aku cinta kamu
dan aku juga tahu kamu cinta aku
kamu tahu aku mahu kamu
dan aku juga tahu kamu mahu aku
rasa ini ada,
tak pernah lenyap
tapi kenapa baru kini saatnya
aku tiada jawapan untuk itu
pedihnya sekadar menjadi pencinta yang bisu
pedih lagi bila dia yang jadi aku
bagaimana penghujungnya
aku tak pasti.
yang aku pasti,
kita berdua ada rasa itu.


Saturday, October 9, 2010

saya rasa saya lah PUNCA kejadian.KAN?

8 october 2010, aku roy remy dan zul (bukan nama sebenar ye.nama sebegini atas permintaan roy merangkap si driver.beliau rasa hot mungkin pakai nama seperti ini?) terlibat dalam kemalangan yang tidak membabitkan jiwa. tapi membabitkan kepala otak aku yang terhentak kat cermin kereta.sakit taw?kalau biol macam mana nak jawab exam?ish2 trauma kena langgar bas dulu berguling2 bawah bas pon tak habis lagi ini kena langgar kereta pulak.




dah la aku duduk depan sebelah driver.nampak tak pintu ni remuk kat belah mana?kat belah aku dow.nasib baek bukan lori yang rempuh.kalau tak,boleh bayangkan tak, pintu ni remuk dengan lebih hebat lagi?dan orang yang duduk kat dalam tu?aku laaa.huwaaaa taknak bayangkan! 


-KERETA yang 'CHOI' sangat-

kereta SI PEREMPUH.eh si perempuh?hahaha apa2 la.yang pasti kereta ni yang rempuh kereta kitorang naik.walaupun kitorang yang salah,aku nak salahkan dia jugak sebab kepala aku sakit,tangan aku lebam biru.sebiru kereta mu wahai si perempuh.hahaha choi.

aku malas nak cerita detail kat sini kenapa kitorang eksiden.sebab kitorang yang salah.so kalau salah baik senyap je.haha.tak la,salah pun bukannya disengajakan.dah benda nak jadi.ini semua gara2 traffic light tu.kalau la time tu,lampu ke kanan..eh dah2 ni dah bukak cerita pulak.yang penting semua selamat.



roy n the gang : ye saya taw saya puncanya,i'm so sorry.i really mean it :"(





p/s : nama dan watak sebenar terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.eceh macam la orang nak tau sangat siapa.haha. 



Monday, October 4, 2010

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN TEKANAN

sekarang aku dah menetapkan satu jadual baru setiap minggu.iaitu seminggu sekali wajib keluar tengok wayang for release my stress.ceh stress la sangat.padahal esaimen malas buat.yang rajin cuma makan tido.bila bangun tido je tiba2 nak stress.pastu nak keluar.itu la maksud release tension @ stress bagi aku T_T haha.

padahal tak payah buat jadual wajib tengok wayang setiap minggu pon,memang dengan sendirinye dan otomatik akan keluar pada hari khamis.sebab?hari tersebut ade satu class sahaja dan selepas itu boleh keluar berfoya hingga larut malam bersama rakan tercinta.kedua?besoknye hari jumaat pon ade satu class sahaja pada pukul 3.apakah maksudnya disitu?maksudnya,setelah penat seharian berfoya pada hari khamis sehingga lupa diri,malam tu boleh tido dengan lenanya tanpa perlu risau nak bangun pagi pergi kelas.seronok bukan jadi student?haha.
 


 menunggu ketibaan driver datang menjemput


eksyen je lebih ni.pendek rupanya.

 









euww geli


percubaan hani (tengah) membesarkan mata beliau yang sepet



hati rasa bahagia bila dapat berpura2 candid seperti ini.


itu la serba sedikit cara2 aku menghilangkan tekanan di jiwa.rasanya petua ni sememangnya diguna pakai oleh semua student2 kan.hehe i know that.

ade lagi satu petua menghilangkan tekanan.iaitu tanpa keluar dari U pon,stress tetap boleh hilang.baru2 ni kat usm, student2 yang amek subjek usahawan bukak gerai selama 3 hari berturut2 untuk menjual barang dari group masing2.sumpah la rambang mata kan hari2 aku tengok barang yang korang jual.asal la korang jual barang semuanya comel2?!




pertama sekali aku membuang duit dengan membeli porch hp ni.comel kan kan?handmade ni.siap letak nama aku kat belakang tu :")


kedua,buang duit dengan membeli sotong kaki tiga ni.eh bukan2.ni electric massager.oleh kerana dia memang berguna untuk mengurut lenguh2 di badan,so takdela rasa buang duit sangat.yang penting boleh bawak pergi kelas setiap hari n tegur orang dari belakang guna benda ni.hihihi (gelak kambing)


ok lepas korang tengok patung ni,ape korang pikir?macam dajal la pulak -___-"
mula2 aku tengok patung ni comel je sebab kaler itam legam n bibir tebal.tapi sebab mata dia satu,da nampak macam dajal.malam2 bila terpandang,dup dap dup dap la jugak jantungku.hahaha motif?


yang ni keychain gantung kat hp.member aku belikan.ok selamat rm1 duit aku.


tengok tengok!barang semua macam budak2.harap je umur 2+ haha rahsia -__-"


tapi oleh kerana stress aku boleh hilang selepas membeli barang2 yang sememangnya bukan keperluan ni,aku tak pikir pasal duet.membazir betol.bila takde duet stress balik.sampai bila stress nak hilang macam ni?err sapa nak patung itam tuh?haha


p/s : lepas je aku siap buat entry ni,aku save dulu sebab rushing nak pegi jamuan raya.dan nak taw tak?porch hp yang comel tu dah hilang pon.tertinggal dalam bas usm kot :( beria aku tangkap gambar porch tu masuk dalam entry ni,rupa2 nya kita tiada jodoh lagi.jadi aku post entry ni di dalam keadaan sedu-sedan.haa stress la macam ni.sob sob T_T


STRESS!!
tolong bagi therapy yang baru untuk aku??