Tuesday, November 30, 2010

rumah cokolat saya.

haaa banyak benda yang nak diupdate dalam belog. bila dah tulis2, terperam je entry tu dalam draft. buat lagi entry baru, terperam lagi. hmmphhh  (-..-)

keje di rumah sangat banyak sekarang. minggu ni minggu yang sangat sibuk memandangkan kakak sulung nak kawen sabtu ni n rumah still macam tongkang pecah.

sekarang rumah sedang dibikin lagi. dibikin sedang di rumah lagi. eh apa aku cuba cakap ni. ok rumah sedang direnovate sikit kat belah atas. renovate buat balkoni. yang jadi masalahnye sekarang ni, hari ni dah hari selasa dan encik indon berjanji untuk menyiapkan kerja2 tersebut pada hari ni laaa. tapi hape pon tak siap lagi.

mana tak nye, pukul 12.30 baru encik indon sampai untuk buat kerja. pukul 2 dah hujan, jadi terpaksa berhenti kerja2 tu semua. itu telah mengundang kemarahan encik abah. aku juga turut kena marah dengan encik abah sebab, encik indon cuma mintak air masak. tapi aku sediakan air oren sejuk2 yang nikmat diminum waktu tengahari kepada mereka  T_T
encik abah kata mereka malas, jadi bagi air masak je. kerja dua tiga jam dah balik.



ini rumah jiran. tapi takde orang duduk lagi. dulu2 encik abah mahu beli rumah ini, dan pecahkan untuk gabung dengan rumah kami. kira rumah kami tak payah renovate dah la untuk besarkan. sebab untuk renovate pun makan duet hampir sama dengan beli sebijik rumah ni. tapi time tu tak jumpa cari sape pemiliknya kalau tak silap, jadi renovate saja la rumah kami atas bawah depan belakang. yang ada sekarang pon bersepah je 24/7 -__-"  bayangkan kalau dua rumah bergabung. memang aku kena jadi bibik jela kemas umah hari2.

encik abah yang menjaga kunci dan semua kebajikan dalam rumah ni. segala bahan untuk dibuat balkoni ditumpang kat depan ni. kalau encik indon tak siap buat balkoni sebelum kenduri, n tak siap kemas semua ni, siap laa awak encik indon. dah laa kat rumah ni nanti sedara mara akan tumpang tidur.



haa nampak atas tu. masih tak siap lagi.






disebabkan dah kena marah baek punya dengan encik abah semalam, hari ni encik indon datang awal membawa bersama rakan2 empat lima orang. haaa baru taw takut tak sempat siap kan!

eh ade sorang encik indon ni kan, muka n badan dia sebijik macam mario. alaa game mario tu. betol tak tipu! siap buat kerja pakai topi mario tuh. hahaha




ini rumah jiran depan rumah saya. cantik kan rumah beliau? siap ade laman yang luas lagi. boleh main kejar2 dengan senang hati. rumah beliau pon sedang renovate. mesti jadi lagi cantik nanti.

haaa baju, shawl, dan kasut untuk pakai time kenduri nanti sume tak beli lagi. ayyokkk.


k laaa babai!

Tuesday, November 23, 2010

psychology u make me sick

ok petang nanti pukul 2.15pm aku ade exam psychology. dan sekarang dah pukul 4 pagi aku baru baca sampai bab 6. padahal semua skali ade 17 bab. eh ape laa nak jadi neh. sumpah takut sebab tak abes baca lagi. takut jela, tapi nak baca malas. hehe. ade part2 yang aku tak paham membuatkan aku dah fedup nak baca. eyy ape aku belajar neh. pasal penyakit2, pasal otak la sakit mental laa, eee dah macam nak jadi doctor la pulak. lama2 aku yang mental.

sekarang ni aku nak ayam je. taknak baca buku. tapi nak AYAM. saya nak makan ayam. tolong lah saya. ayam tolonglah turun dari langit dan menjelma sebelah katil saya. saya mengidam nak membaham kamu ayam. lagi2 bila kamu dah dibakar dan kulit2 mu betukar menjadi hitam kegaringan. emmm yummy!





haaa nape sedap sangat neh. saya laparrr :(

takpe, lagi berapa hari je nak balik. balik rumah ni nak buat ayam bakar n makan sorang2.


sekarang ni mood nak belajar buat kek meluap2 laa. kek ke, puding ke, n seangkatan dengannya. setakat ni buat triffle n kek batik je aku reti. cett yang tu semua orang pun reti kot. nak buat selain dari tu aku tak reti. n aku teringin nak buat cupcake. tengok resipi macam senang. tapi tak pernah cuba, sebab nak buat tu macam leceh. aku taw beli dekat kedai n makan je. ok cuti sem akan start lagi berapa hari je. akan ku sepahkan dapur dengan kerja2 mem-baking. iyah iyah iyah tak sabar!






hoh sedapnyaa. balik rumah boleh belajar dengan tok guru yang handal membuat kek coklat moist neh. sape lagi, kakak aku laa. eh along kalau kau baca neh, mesti tengah kembang kempis kan. hehe. owh tapi dia dah nak kawen, mesti dah tak dapat ajar. sob sob :'(



ohmygucci!! cantek kan pengantin ni? tengah tengok2 gambar pengantin dekat google, terjumpa pulak gambar ni. ok aku dah tak sabar nak kawen sekarang. nak pakai macam ni. sebijik! jangan sape2 tiru. aku cop dulu. hehe. iyah iyah nak kawen jugak! tak aci laa kakak aku nak kawen dah.


eh k laa babai.



selagi tak dapat ayam, aku tak nak study. hehe propah betol laa. 




Monday, November 22, 2010

pukul tiga pagi!

tak taw ape nak diceritakan. jadi cerita pasal keluar makan tadi jela. tadi aku, ainul, emy, k.zul n k.nuha pegi makan dekat ape tah nama tempat tuh. kak zul cakap "kayu". ok pegi makan dekat kayu. then habis makan, tunaikan la hajat hati emy nak lepak tepi pantai, konon2 feeling2 nak angin pantai laa.



kak zul pencurik kerana amek gambar curik2. heee


ini worang punya nafsu makan manyak hebat ooo. dua roti kosong sama mee goreng jugaa.


tak boleh bawak keluar dia ni lepas ni. bisinggggggg -___-"


kakak berdua yang comel yang membawa kami keluar. 
yang specky belah kanan ni, kakak kawasan. beliau yang menjaga aku n the geng sepanjang di usm. haha


maka kitorang pon melepak la tanpa arah tujuan dekat tepi pantai depan queensbay tuh. first time ye lepak situ walaupun dah banyak kali pegi queensbay. jadi kepada encik ombu, anda jangan nak sama kan saya dengan orang2 yang suka melepak kat situ ye. pantang lalu je, cakap budak usm yang lepak situ -__-" eyyy

owh ye, korang pernah tak jumpa jantan murahan yang tak taw malu? nak taw kenapa aku cakap dia jantan murahan? sebab, masa kitorang tengah borak2 n bergambar, tiba2 ade satu kete benti depan kitorang. n keluar la sorang jantan yang bajet macam hero tamil datang dekat kitorang.


jantan murahan : hai taknak amek gambar saya ke?

kitorang : weh kau ingat kau ensem ke? (ainul)
                
tah muka penuh jerawat. (kak zul)
                
jerawat da la bersepah (emy)
                
kalau ye pun, picit la jerawat tu dulu bagi licin muka (kak nuha)
                
entah. ni nak ngorat, tapi muka berkawah. booooo. weh kita booo sama dia weh. (aku)


ape lagi, ramai2 la boo dia time tuh. BOOOOOOOO. siap tambah2 lagi, MUKA JERAWAT!



okeh, aku tipu je. benda ni cuma terjadi dalam hati masing2 -__-"
time tu semua diam bila dia tegur. everyones like, whatheheck la kau ni jantan? kitorang kenal kau ke yang kau nak suruh2 amek gambar kau ni? tapi sorang pon tak berani jawab. yelaa takut laa. kang turun pulak kawan2 dia dari kereta.

perbualan bersambung lagi setelah beberapa minit semua diam.


aku : kitorang tak kacau awak kot. so boleh tolong jangan kacau kitorang?

jantan murahan : laa saya bukan nak kacau. saya nak bergambar sama2.(sengih2 macam kera)

lain2 : eh tak payah la kot. sibuk je. (ade lagi diorang cakap, tapi tak ingat)

kak zul : boleh tak jangan mengganggu privacy orang?

jantan murahan : laa ape salahnye amek gambar, kenal2 (lebih kurang macam tu la dia cakap sambil tersengih2 macam soya basi)

pastu ape tah lagi dia cakap aku tak ingat. then dia pon nak bla lepas malu kitorang tak respon. boleh plak dia hulur tangan dekat sorang2 nak mintak salam. weh jantan, motif sangat kan ko nak salam2 apehal. baik ko balik umah, buat sembahyang sunat, guna tangan tu buat berdoa kat tuhan lagi bagus.

eee mental punya orang laa. orang kat kl pon tak macam ni taw tak. first time aku jumpa jantan tak taw malu macam ni. sumpah tak macho langsung. perangai kalah orang kampung. n semua jantan2 yang ade kat tepi pantai tu semua macam harem. kampung sangat.

eyy kalau aku ade pistol time tu, aku tembak je jantan2 yang perangai macam ni. biar terburai semua isi perut. pastu tembak kepala dia. biar bersepai2 otak dia. pastu tembak pulak, eh imagine lebih pulak aku.

dah la tu je nak story. first time jumpa lelaki bodoh macam tu. kesian sangat, takde awek kot. patut laa tarik perhatian cara murahan. eee tak eksklusif langsung cara kau mengorat. dalam poket tu entah ade bape keping jela duet seringgit2 tuh, ade hati nak mengorat. choii.



*gambar semua blur2. almaklumlah, kamera mahal tak ade. so, yang ado jelaa.


apahal la muka aku macam orang tua jual sireh ni?

 



eeuww busuk gila muka aku. cuba berposing comel (-..-) geli geli.
eh baru perasan, first time aku amek gambar buat peace. HAHA




okeh laa babai!



Saturday, November 20, 2010

no title

if i love someone else bf, n that guy love me too, apa yang patut lelaki tu buat? leave his gf n be with me? tapi aku teringat statement sorang kawan aku, yang agak membuat aku tersedar n ada betul jugak kata2nye, but mungkin jugak tak betul, sebab kalau dah takde jodoh diorang, memang takde la kan. boleh ke kita bahagia atas penderitaan orang lain? boleh ke?

n ya, aku takut jugak dengan ayat ni, what goes around will comes around. macam mana kalau satu hari nanti benda tu terjadi balik pada aku? setelah orang lain sakit hati n kecewa yang semuanya berpunca dari aku?

should i think too much bout this? i still have two paper on next week. but it still come to my mind :(

ok, let Him decide for me. siapa yang lebih tepat dan siapa yang lebih terbaik. Allah knows best.

n Allah knows how much i love him. but...his belong to someone else :"(

Sunday, November 14, 2010

tukar header lagi

 
tak tau ape motif tukar header lagi. dah takde keje sangat. 


besok exam pukul 9 pagi, dan sekarang dah pukul 6.30 petang, tapi satu ape pon aku tak serap masuk otak lagi. ee ape nak jadi neh. serius aku tak boleh nak carry subjek techno comm ni. bagi aku subjek ni sangat susah. aku tak mintak dapat tinggi. lulus je pon jadi laa. asal tak repeat :((



oww bukan header saja. aku tuka jugak layout belog neh dengan gambar buku2. dengan harapan bila tengok saja belog akan menaekkan semangat nak baca buku. err whathefroggg (-..-) kalau dah malas tu memang malas jugak.






entry untuk adek!


sebenarnye ade 3 orang adek. tapi yang memang dipanggil dengan panggilan adek, sorang je. satu2nya anak lelaki dalam family.



hoh amek kau gambar macam pondan aku kasi masuk.


muhammad faris hilmi

suka betol melompat macam monyet. kakak dia pon ape kurangnye.

memandangkan dia sorang je anak lelaki, memang dia selalu kena buli ngan kakak2 dia terutama aku. contoh2 buli adalah seperti berikut :


1.  pegi beli topup


2.  pegi beli keropok mamee atau keropok jj perisa pizza dekat rumah acik faridah. sambil2 tu suruh dia tengok kalau anak laki acik faridah ade tak dekat rumah.hihihi


3.  suruh amek barang kat tingkat atas. sebab aku memang malas nak naik atas bila dah duduk bawah. penat taw tak. aku dah hafal rumah aku ade 18 anak tangga untuk naek ke tingkat atas. jadi adek2 akan menjadi mangsa.


5 minit pertama :  "adek amek kan hp.tertinggal la kat dalam bilik aku". 

10 minit kemudian : "adek amek kan tuala kat atas". 

8 minit kemudian : "adek tolong amek kan bakul kain kat atas" 

 3 minit kemudian : "adek...." 

adek : "eh bole tak naek atas amek sendiri? penat laaaa!"

HAHAHAHA


4.  bila dia bertuala time lepas mandi, suka buat acah2 nak kejar dia n membuat percubaan mencabut tuala dia. mencicit dia lari masuk bilik. kadang2 nak terjatuh dia lari.


5.  dan perkara yang paling selalu dia kena buli,amek gambar aku. selagi gambar tak jadi n tak cantek, selagi tu aku suruh dia amek gambar tak berhenti. muka merah2, idung kebang kempis tahan marah. haha. eh idong kembang kempis? encik ombu..



adek ni seorang yang panas baran sikit. perangai sebijik macam abah. prongah tak tentu pasal. pantang ditegur sikit je silap dia, mula laa nak mengamuk. tak kira sape sume dia marah. aku memang selalu gaduh dengan adek. ingat lagi, pernah gaduh dengan dia, dia nak  baling buah kelapa kat aku. fish sungguh perangai dia. tapi nakal2 dia pun, satu yang buat aku bangga dengan dia. dia seorang yang pandai. dari darjah 1 sampai sekarang, dia duduk dekat kelas first je. kadang2 dia tak dapat no1-3 pon dalam kelas, tapi peratus setiap subjek mesti tinggi2. masa darjah dua lagi, adek dah dapat tawaran jadi pengawas. tapi masuk darjah tiga dah kena pecat. sebab dia malas nak bertugas jaga kelas n malas suruh budak2 pegi perhimpunan T_T


disebabkan adek beradek aku semua perempuan, dulu masa kecik2 adek suka mintak nak pakai tudung. kitorang panggil dia aminah -__-"






hoh sampai terbukak butang seluar. over sangat dah tu.


adek mencapai kegembiraan di tahap maksima yang tak mampu dikawal lagi.


saja je letak gambar masa kakak aku konvo. gambar ni je yang ade gambar2 adek dalam laptop aku. eyy suka sangat melompat dorang neh kalau bergambar. tak berkenan i tengok.




eh cakap macam keling jugak aku neh.



adek ni memang suka bergambar atas katel. eee tak berkenan betol aku. kali ni memang betol2 tak berkenan. aku tak suka amek gambar atas katil.









eh tercakap macam keling lagi sekali. hehe

ehh ni da lari dari motif sebenar buat entry ni. sebenarnye nak ucap tahniah kat adek aku, 

dapat 5A dalam UPSR. im proud with u adek! harap2 adek dapat sekolah berasrama penuh yang dia mintak. aku tak suka sebenarnya dia masuk asrama. sebab takut dia terpengaruh. n paling penting takut dia mula belajar hisap rokok dekat asrama nanti. macam encik ombu. dok asrama da pandai hisap rokok. ape nak jadi ni. eyy rokok membahayakan kesihatan (haha selingan) 

tapi dah itu yang adek n parents aku nak. takpela, ape2 pon semoga setiap keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk adek. ini baru permulaan. semoga adek dapat meneruskan kejayaan ni sampai bila2.

aku dah terjanji nak bagi adek PSP or HP kalau dia dapat 5A. sekarang dia da dapat tapi aku takde duet. haha. dulu janji sebab aku masih keje, n tak expect pon aku akan sambung study. aku harap dia melupakan janji tu n sabar menunggu kepulangan aku besok sebab aku akan belanja dia makan tosai jela kat mapley. hahaha.


oh besok paper yang paling digeruni di abad ini. paper Wang yang dicintai.


okeh babai nak study, tido, study, tido. makan.
encik ombu, study laaa. banyak main neh. eyyy hehe.




Thursday, November 11, 2010

tukar header.

 
 
 
sekali sekala tukar header macam kanak-kanak ribena seronottt jugak rasanye.
header ni dah buat lama masa baru bukak belog. tapi malu nak pakai sebab macam budak2.
eh sekarang tak malu pulak. hihi.
agak2 dah sampai mood orang dewasa nanti, tukar header yang asal balik :DD