Monday, December 13, 2010

selamat pengantin baru buat kakak!

waaa lamanye tak update! berhabuk dah belog neh. meh tiup sikit habuk. phuhhh. hehe.

kehadapan kakak sulung ku,

tahniah la weyh sebab lu dah berlaki. wa harap dengan dapatnye wa abang ipar, pendapatan poket wa jadi double la lepas neh. hahahahahaha. wa tumpang gembira la lu da kawen dengan abang ajai. wa harap abang ajai dapat tahan sama lu punya perangai. lu kalau nak menari 'mat cool', lu tak payah la menari depan dia. japgi dia kata lu gila. lu balik umah, kita menari sama2 laa. tapi kena tunggu sabtu ataw ahad waktu tengahari baru aiskem 'mat cool' tu lalu. baru asikkk nak menari bila dengar lagu aiskem tuh. hahaha.

da la wa malas cite panjang. lu orang layan laa ini gambar.












ada muka macam misha omar ke kakak wa? suma orang pon kata itu macam oo. wa pon tataw tang mana macam misha omar.


serupa kah muka kami?

nikah pagi, then tengahari bersanding. dan pengapit beliau? sudah tentulah aku! bab2 mencapub ni bagi kat aku laaa. bila tengah berarak tuh, banyak betol kamera. tuh yang aku suka. hahaha. gila glemer betol i  :)





"eh excited nye bini aku neh. nak laju2 ke mana. nak gi meja makan je pon." kata suami didalam hati.




woahh hensem tak aku n pengapit laki berjalan? hahaha. time ni aku tengah jalan tercover2 sebab takut jatuh. kasut tinggi sangat -_-"



pengantin lama. this is my abah n emak :')

ni dialog yang kawan aku post lepas dia tengok gambar ni dekat fb aku,

maknyer;' a ah apaknyer..abg nsem mase muda kini n selamyer...tp tgkla si eida tu..sy da xthn nk bela die da..ape kater kiter crik calon tuk dier nk???'


apaknye;"iyea..sy tau sy hensem..jgn disebut byk kali..ha..molek jgk tu..dpt pak haji tuk si ieda tu lega hati sy"


wahahahaha eyy sengal sungguh. pak haji ye untuk aku? emm kalau janggut je macam pak haji ataw kambing ok tak? haha ombu.. senyum2 kenapa? :')


aku pakai heels 5 inci semata2 nak nampak tinggi masa jadi pengapit. kesian aku kan? ish2 dah pendek taknak terima kenyataan -__-"



cousin kesayangan. 4 tahun tak jumpa. akhirnye bertemu kembali di hari yang mulia, hari raya. sob sob.


gedik automatik apabila bertemu. ok aku sorang je yang gedik. beliau dah tak gedik sekarang, sebab...


beliau sudah ade anak. jadi sifat keibuan lebih menyerlah dari sifat menggedik yang dulunya, dimonopoli oleh kami. hahaha. eyy advanced kau kan, kawen awal, ade anak awal, kau dah langkah bendul tahu tak? tahu tak? patotnye aku kawen dulu sebab aku lagi tua. ee tak menghormati orang tua langsung. takpe, sekarang kau ade dua anak, lagi 10 tahun, anak aku dah lima. hebat kan? aku tercabar neh. haha :")



thanks alep sudi datang. datang jugak kau walaupon gaduh ngan timah. haih macam monyet bertemu monyet la korang. hoho :p

masa tengah jalan, alep tengok kaki aku. n dia nampak kasut aku tinggi. dia cakap, patot la jalan terkedek2 macam itik -____-"

F u aleppppp! hahahaha


ehem


ehem ehem


ehem ehem ehem lagi


dan lagi, ehem ehem ehem ehem hahahhaha


ehem ehem ehem ehem ehem.

ok cukup la tuh. penat dah batuk. saje je nak bikin kontroversi letak gambar ni banyak2. bajet artis la, ade paparazzi curi2 amek gambar. haha.

ni ke encik ombu? eyy bukan2. encik ombu hanya untuk tatapan saya sorang je. ewahhh. :")

ni ex boyfie gue dong! haha cinta cintun zaman muda remaja time sekolah. masa couple dengan dia dulu, tak pernah panggil manja2 ni. tak rock laa. haha. kitorang panggil "aku kau" je sampai sekarang. actually bukan bercinta mana pun dulu, biasa la budak2. orang ade pakwe, mula laa tergedik2 nak ade pakwe jugak. konon macam bila ade pakwe, dah habis cool la, nak2 pakwe bukan satu sekolah. ape barang pakwe satu sekolah. haha n boleh berlagak dekat orang lain. aku ade boipren, dia bukan budak sekolah ni laa tapi. kau ade? =..="

hmm kesian aku. hahaha

sape nak berkenalan dengan beliau, sila nyatakan di fb saya. jangan malu2. sementara peluang masih ade. macam mamat korea ni . feewitt2. saya akan tolong rekemenkan pada beliau. haha. berbakat jugak aku ni jadi agen mencari jodoh. kena bukak la satu agensi mencari jodoh bila dah habis degree nanti. ye mesti! hihi.




kesayangan2 aku :")



kakak kawasan juge turut datang. thanks kakak!

dan encik sayong juga datang. tapi tak perlula letak gambar beliau disini, demi menjaga kesejahteraan bersama. hehe :)

habis kenduri bermain2 diluar rumah bersama kesayangan2 i. motif sebenar nak melarikan diri dari buat kerja2 mengemas meja dan kerusi, dan menyapu, dan mengutip sampah sarap, dan membungkus makanan, eh semua laa.








eee joyah




ya ampun inai bersepah.


 ya habibi ya maulana. mashaAllah mashaAllah. hehe



taw tak kenapa talipon genggam bercorak leopard pink ni tak pernah lepas dari tangan saya setiap masa? haa jawapannye ade dalam gambar di atas. sape betol, i bagi u olls 10 markah. hihi


eh ni entry untuk pengantin ke untuk pengapit ni? gambar pengapit je yang banyak. hehe. padahal dalam fb pon dah letak berpuluh gambar wedding. emm biarla, saya memang suka syok sendiri :))

okeh laa babai!


Tuesday, November 30, 2010

rumah cokolat saya.

haaa banyak benda yang nak diupdate dalam belog. bila dah tulis2, terperam je entry tu dalam draft. buat lagi entry baru, terperam lagi. hmmphhh  (-..-)

keje di rumah sangat banyak sekarang. minggu ni minggu yang sangat sibuk memandangkan kakak sulung nak kawen sabtu ni n rumah still macam tongkang pecah.

sekarang rumah sedang dibikin lagi. dibikin sedang di rumah lagi. eh apa aku cuba cakap ni. ok rumah sedang direnovate sikit kat belah atas. renovate buat balkoni. yang jadi masalahnye sekarang ni, hari ni dah hari selasa dan encik indon berjanji untuk menyiapkan kerja2 tersebut pada hari ni laaa. tapi hape pon tak siap lagi.

mana tak nye, pukul 12.30 baru encik indon sampai untuk buat kerja. pukul 2 dah hujan, jadi terpaksa berhenti kerja2 tu semua. itu telah mengundang kemarahan encik abah. aku juga turut kena marah dengan encik abah sebab, encik indon cuma mintak air masak. tapi aku sediakan air oren sejuk2 yang nikmat diminum waktu tengahari kepada mereka  T_T
encik abah kata mereka malas, jadi bagi air masak je. kerja dua tiga jam dah balik.



ini rumah jiran. tapi takde orang duduk lagi. dulu2 encik abah mahu beli rumah ini, dan pecahkan untuk gabung dengan rumah kami. kira rumah kami tak payah renovate dah la untuk besarkan. sebab untuk renovate pun makan duet hampir sama dengan beli sebijik rumah ni. tapi time tu tak jumpa cari sape pemiliknya kalau tak silap, jadi renovate saja la rumah kami atas bawah depan belakang. yang ada sekarang pon bersepah je 24/7 -__-"  bayangkan kalau dua rumah bergabung. memang aku kena jadi bibik jela kemas umah hari2.

encik abah yang menjaga kunci dan semua kebajikan dalam rumah ni. segala bahan untuk dibuat balkoni ditumpang kat depan ni. kalau encik indon tak siap buat balkoni sebelum kenduri, n tak siap kemas semua ni, siap laa awak encik indon. dah laa kat rumah ni nanti sedara mara akan tumpang tidur.



haa nampak atas tu. masih tak siap lagi.






disebabkan dah kena marah baek punya dengan encik abah semalam, hari ni encik indon datang awal membawa bersama rakan2 empat lima orang. haaa baru taw takut tak sempat siap kan!

eh ade sorang encik indon ni kan, muka n badan dia sebijik macam mario. alaa game mario tu. betol tak tipu! siap buat kerja pakai topi mario tuh. hahaha




ini rumah jiran depan rumah saya. cantik kan rumah beliau? siap ade laman yang luas lagi. boleh main kejar2 dengan senang hati. rumah beliau pon sedang renovate. mesti jadi lagi cantik nanti.

haaa baju, shawl, dan kasut untuk pakai time kenduri nanti sume tak beli lagi. ayyokkk.


k laaa babai!

Tuesday, November 23, 2010

psychology u make me sick

ok petang nanti pukul 2.15pm aku ade exam psychology. dan sekarang dah pukul 4 pagi aku baru baca sampai bab 6. padahal semua skali ade 17 bab. eh ape laa nak jadi neh. sumpah takut sebab tak abes baca lagi. takut jela, tapi nak baca malas. hehe. ade part2 yang aku tak paham membuatkan aku dah fedup nak baca. eyy ape aku belajar neh. pasal penyakit2, pasal otak la sakit mental laa, eee dah macam nak jadi doctor la pulak. lama2 aku yang mental.

sekarang ni aku nak ayam je. taknak baca buku. tapi nak AYAM. saya nak makan ayam. tolong lah saya. ayam tolonglah turun dari langit dan menjelma sebelah katil saya. saya mengidam nak membaham kamu ayam. lagi2 bila kamu dah dibakar dan kulit2 mu betukar menjadi hitam kegaringan. emmm yummy!





haaa nape sedap sangat neh. saya laparrr :(

takpe, lagi berapa hari je nak balik. balik rumah ni nak buat ayam bakar n makan sorang2.


sekarang ni mood nak belajar buat kek meluap2 laa. kek ke, puding ke, n seangkatan dengannya. setakat ni buat triffle n kek batik je aku reti. cett yang tu semua orang pun reti kot. nak buat selain dari tu aku tak reti. n aku teringin nak buat cupcake. tengok resipi macam senang. tapi tak pernah cuba, sebab nak buat tu macam leceh. aku taw beli dekat kedai n makan je. ok cuti sem akan start lagi berapa hari je. akan ku sepahkan dapur dengan kerja2 mem-baking. iyah iyah iyah tak sabar!






hoh sedapnyaa. balik rumah boleh belajar dengan tok guru yang handal membuat kek coklat moist neh. sape lagi, kakak aku laa. eh along kalau kau baca neh, mesti tengah kembang kempis kan. hehe. owh tapi dia dah nak kawen, mesti dah tak dapat ajar. sob sob :'(



ohmygucci!! cantek kan pengantin ni? tengah tengok2 gambar pengantin dekat google, terjumpa pulak gambar ni. ok aku dah tak sabar nak kawen sekarang. nak pakai macam ni. sebijik! jangan sape2 tiru. aku cop dulu. hehe. iyah iyah nak kawen jugak! tak aci laa kakak aku nak kawen dah.


eh k laa babai.



selagi tak dapat ayam, aku tak nak study. hehe propah betol laa. 




Monday, November 22, 2010

pukul tiga pagi!

tak taw ape nak diceritakan. jadi cerita pasal keluar makan tadi jela. tadi aku, ainul, emy, k.zul n k.nuha pegi makan dekat ape tah nama tempat tuh. kak zul cakap "kayu". ok pegi makan dekat kayu. then habis makan, tunaikan la hajat hati emy nak lepak tepi pantai, konon2 feeling2 nak angin pantai laa.



kak zul pencurik kerana amek gambar curik2. heee


ini worang punya nafsu makan manyak hebat ooo. dua roti kosong sama mee goreng jugaa.


tak boleh bawak keluar dia ni lepas ni. bisinggggggg -___-"


kakak berdua yang comel yang membawa kami keluar. 
yang specky belah kanan ni, kakak kawasan. beliau yang menjaga aku n the geng sepanjang di usm. haha


maka kitorang pon melepak la tanpa arah tujuan dekat tepi pantai depan queensbay tuh. first time ye lepak situ walaupun dah banyak kali pegi queensbay. jadi kepada encik ombu, anda jangan nak sama kan saya dengan orang2 yang suka melepak kat situ ye. pantang lalu je, cakap budak usm yang lepak situ -__-" eyyy

owh ye, korang pernah tak jumpa jantan murahan yang tak taw malu? nak taw kenapa aku cakap dia jantan murahan? sebab, masa kitorang tengah borak2 n bergambar, tiba2 ade satu kete benti depan kitorang. n keluar la sorang jantan yang bajet macam hero tamil datang dekat kitorang.


jantan murahan : hai taknak amek gambar saya ke?

kitorang : weh kau ingat kau ensem ke? (ainul)
                
tah muka penuh jerawat. (kak zul)
                
jerawat da la bersepah (emy)
                
kalau ye pun, picit la jerawat tu dulu bagi licin muka (kak nuha)
                
entah. ni nak ngorat, tapi muka berkawah. booooo. weh kita booo sama dia weh. (aku)


ape lagi, ramai2 la boo dia time tuh. BOOOOOOOO. siap tambah2 lagi, MUKA JERAWAT!



okeh, aku tipu je. benda ni cuma terjadi dalam hati masing2 -__-"
time tu semua diam bila dia tegur. everyones like, whatheheck la kau ni jantan? kitorang kenal kau ke yang kau nak suruh2 amek gambar kau ni? tapi sorang pon tak berani jawab. yelaa takut laa. kang turun pulak kawan2 dia dari kereta.

perbualan bersambung lagi setelah beberapa minit semua diam.


aku : kitorang tak kacau awak kot. so boleh tolong jangan kacau kitorang?

jantan murahan : laa saya bukan nak kacau. saya nak bergambar sama2.(sengih2 macam kera)

lain2 : eh tak payah la kot. sibuk je. (ade lagi diorang cakap, tapi tak ingat)

kak zul : boleh tak jangan mengganggu privacy orang?

jantan murahan : laa ape salahnye amek gambar, kenal2 (lebih kurang macam tu la dia cakap sambil tersengih2 macam soya basi)

pastu ape tah lagi dia cakap aku tak ingat. then dia pon nak bla lepas malu kitorang tak respon. boleh plak dia hulur tangan dekat sorang2 nak mintak salam. weh jantan, motif sangat kan ko nak salam2 apehal. baik ko balik umah, buat sembahyang sunat, guna tangan tu buat berdoa kat tuhan lagi bagus.

eee mental punya orang laa. orang kat kl pon tak macam ni taw tak. first time aku jumpa jantan tak taw malu macam ni. sumpah tak macho langsung. perangai kalah orang kampung. n semua jantan2 yang ade kat tepi pantai tu semua macam harem. kampung sangat.

eyy kalau aku ade pistol time tu, aku tembak je jantan2 yang perangai macam ni. biar terburai semua isi perut. pastu tembak kepala dia. biar bersepai2 otak dia. pastu tembak pulak, eh imagine lebih pulak aku.

dah la tu je nak story. first time jumpa lelaki bodoh macam tu. kesian sangat, takde awek kot. patut laa tarik perhatian cara murahan. eee tak eksklusif langsung cara kau mengorat. dalam poket tu entah ade bape keping jela duet seringgit2 tuh, ade hati nak mengorat. choii.



*gambar semua blur2. almaklumlah, kamera mahal tak ade. so, yang ado jelaa.


apahal la muka aku macam orang tua jual sireh ni?

 



eeuww busuk gila muka aku. cuba berposing comel (-..-) geli geli.
eh baru perasan, first time aku amek gambar buat peace. HAHA




okeh laa babai!