Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan Kareem


Assalamualaikum! :) tak jawab dosa, jawab gatal. ok tak kelakar.

hari ni dah masuk puasa kelima. rasanya belom terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kat semua kawan2 dan umat islam yang menyambutnya. 

harap2 tahun ni boleh puasa penuh sebulan. eh? memang tak laa. hehehe. 

sama2 perbanyakkan amal ibadah di bulan puasa ni. insyaAllah..



Wednesday, June 27, 2012

wifi usm rosak, sangat mengecewakan

tajuk je dah panjang dan boleh buat orang paham ape yang aku nak sampai kan. dah laa takde mood dah nak update belog :(

Wednesday, May 9, 2012

huwaaa cane nak upload gambar dari ipad ke blog? tak boleh niii! anyone? help me :(

baru semangat nak tunjuk straw hello kitty yang comel. sobs.

Sunday, May 6, 2012

dear haters,


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong, kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong, kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Kosong, kosong


Friday, May 4, 2012

terlalu banyak sangat aku boros sejak2 aku mampu nak beli barang2 mahal sikit ni. ni baru mampu sikit, tak lama lagi dah keje pegang duet banyak, borosss lagi.

kene sedar diri. tahun depan dah nak kahwin, kene simpan duet!

Tuesday, April 24, 2012

Pantai Kerachut

ini cerita dua tiga minggu lepas. pergi pantai kerachut naik bas rapid saja. tukar bas dua kali. sampai sana, hiking nak dekat dua jam sampai jumpa pantai. ok laa layan gambar jela.



korek2 duet syiling nak bayar tambang. tambang dari usm ke jetty rm2 saja.



itu laa komtar ye kawan2. ecehh padahal semua orang dah tahu. pe bende la kau ni. hikhik


dalam bas kedua pulak. dari jetty pergi telok bahang. tambang rm4. 










pulun kan aku pakai bag usm? haa memang pon hahaha















kat sini ade banyak pit stop. ade pondok2. so jangan risau, kalau penat ade tempat nak berhenti. nak berkelah lima jam pon takde hal.



yeyyy dah sampaiii!!!





Subhanallah. cantik sangat kan? :)

air kat pantai ni jernih dan bersih sangat. best sangat mandi.



ini Tasik Meromiktik. tasik ni unik, cuma ada satu dalam Malaysia. meh sini nak terangkan sikit kenapa dia unik.


Tasik Meromiktik adalah tasik unik yang hanya terdapat di Taman Negara Pulau Pinang dan 19 tempat lain di seluruh dunia. Keunikan tasik ini bukan terletak pada lokasi mahupun saiznya, tetapi unik dari segi kandungan serta cara peralihan pasang surut airnya. 


Tasik Meromiktik dengan keluasan 2.77 kilometer persegi, terbentuk daripada aliran lima anak sungai yang terdapat di dalam kawasan hutan Taman Negara Pulau Pinang.


Ia dikatakan unik kerana mempunyai dua lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan. Air tasik berada di bahagian atas manakala air laut memenuhi lapisan bawah. Pengunjung boleh merasai sendiri kesejukan air di bahagian atas dan panas di bahagian bawah yang terasing secara semula jadi. - sumber : Google.


tasik ni ada musim2 je taw. time aku pegi ni, bukan musim dia. jadi tak dapat laa nak rasa suhu air yang berbeza tu. bahagian atas sejuk, dan bahagian bawah panas. ajaib kan? kuasa Allah :) tapi tak lama lagi dah nak dekat masuk musim tasik ni. dalam penghujung bulan mei. aku nak pegi lagi sekali.

korang boleh baca lebih lanjut pasal Tasik Meromiktik dekat SINI, SINI, dan SINI.




makan pagi dan tengahari kitorang






 cantik sangat kan? pantai ni memang pantai yang tak tercemar lagi. antara pantai yang masih terpelihara.







berangan jela keje den haa.. feeling2 ombak rindu. mata tah pandang ke mana tu. haha.


eh tiba2 aku nampak gemuk. arghhh.


lepas bergambar n berangan2 atas jambatan ni, kitorang mandi manda kat pantai. tapi takde laa gambarnye. kang nampak macam duyung tersadai pulak :p hehe.



ni dah tibe masa untuk pulang!



dan bateri kamera pon habis. tak sempat nak amek gambar time naik bot. balik kitorang naik bot je. tak larat dah laa nak hiking patah balik. tambang takde la mahal sangat. rm80 satu bot.

korang cuba laa try pegi sini pulak. bestttt sangat! tempat yang sangat sesuai untuk release tension. owh lupa nak cite. kat pantai ni pon penyu selalu naik jugak. n ade tempat khas untuk penyu landing n bertelur. itu pon kene tunggu musim penyu bertelur. pantai ni best sebab tak ramai orang. privacy gitteww. kalau nak pegi melalui dua cara saja. hiking atau naik bot. 

ok laa next entry, bukit bendera n owl museum :) akan bersambung!

byeeee!

Sunday, April 22, 2012

benda-benda mengarut semua dah berlalu. hidup semakin sibuk dan tiada masa nak fikir benda remeh temeh. janji aku bahagia dan kaya. eh? haha tibe2. sekarang adalah masa untuk menikmati dua bulan terakhir di usm. aku bahagia dan aku senang dengan siapa saja di sekeliling aku di sini, usm.



siang nanti adalah hari bergembira untuk aku. akan bertolak ke Sedim, Kedah pukul 7 pagi. hoyeahh. jungle tracking, water tubing, water jumping, tree top walk, wait for me!! aku nak jerit macam orang gila nanti. asyik bz, bz, bz. ni laa masa untuk aku meroyan hewhew. tak sabar tak sabar.