Saturday, October 2, 2010

SETAHUN SEKALI ! :)


selamat hari raya ke 23 semua! :) lama gila dah tak update belog kan.nak update,tapi bz dengan kelas n esaimen.walaupon raya dah nak sampai penghujung,aku nak masukkan jugak gambar2 raya 2 minggu lepas.setahun sekali kan!bukan selalu :)

sumpah im craving for ketupat, rendang, lemang, nasi himpit semua.tapi kat mana tah nak dapat juadah hari raya bila dah balik usm.kalau dulu belajar pon dalam selangor jugak.tiap-tiap minggu boleh balik rumah.open house jiran-jiran semua aku pegi.kadang-kadang sampai dah tak larat nak ikot mak pergi rumah member2 mengaji dia.tapi bila sampai giliran rumah makcik faridah, aku takkan tolak.sebab apa?bukan kerana juadah mahupun makcik faridah sendiri.tapi,tapi,tapi haha.takpela mungkin next time boleh pegi rumah makcik faridah lagi untuk test market menjadi calon menantu.ye saya pasti!haha


ok la lets see the picture jela.picture can tells everything.heee :)


bergambar bersama artis.





 ye aku kalau posing memang taknak kalah.






umar si baju merah kantoi korek gigi setelah menikmati makanan.



bersungguh2 neni si tudung pink meyakinkan cerita beliau.



cepat angkat tangan sape belom kenyang lagi!


 iera si tudung biru berkata didalam hati,
"hot nye kaca mata beliau,teringin nak try atas kepala macam tu jugak"


eshta si tudung coklat menjemput lalat masuk mulut beliau.malangnya tiada seekor lalat pun yang sudi.atas sebab apa,belom diketahui.






baru selesai perbicaraan di mahkamah syariah.haih paparazzi ada saja dimana-mana.


bila wartawan kata nak masuk muka depan akhbar berita hairan dan utusan meloya,segera buat peace.


perhatikan gambar merpati dua sejoli ini betul2.
kemudian,


cari perbezaan antara gambar tadi dengan gambar ini?haha



*posing macam tak pernah jumpa kamera.haha*

jawapannya,persamaan antara kaca mata yang aku dan faren pakai.
memang la dah aku rembat dia punya.haha



my favourite picture ♥
credit to mr photo, faren kadir.n thanks to eshta sebab bawak faren dan kamera mahal.hehehe

ok cukup la tuh gambar konvoi raya.banyak lagi sebenarnya.n gambar budak laki memang aku letak sikit je dalam ni.sebab dorang jahat time sekolah.haha.

next,rumah eshta pulak.









 gambar makan2 takde,tapi sibuk bergambar bersama kucing eshta yang gorgeous.




tengok muka HUGO macam ni,aku dah paham perasaan dia menjadi seekor kucing.haha.oh btw, makanan kat rumah ko semua sedap2 eshta. n dia masak sendiri.ok dah lulus untuk kawen!hehe

next,rumah kak timah sayang :p


sampai2 terus duduk di port pilihan.paling dekat dengan makanan.ye itu sudah kemestian.


makan dengan bersungguh2 dan sepenuh hati.


lihatlah rumah beliau,cantik bukan? :")




ok selesai sudah cerita raya dua minggu lepas.


yang ni pula minggu lepas.jamuan raya bersama anak-anak yatim :)

*gambar tak berapa memuaskan,memandangkan kamera eshta takde.haha eh tak tak.guna kamera handphone saja :)*






budak2 lelaki yang pakai baju melayu biru ni la anak2 yatim tersebut :")


sebenarnya sangat tak berpuas hati la dengan makanan dia.sate punya la beratus-ratus cucuk,kau bleh bagi sorang 5 cucuk?weh untuk aku 5 cucuk tu memang sangat tak cukup ye.15 cucuk atleast.haha.lepastu AJK semua amek sate banyak2 masuk dalam pinggan dorang.berbelas berpuluh cucuk korang amek kan.mentang2 AJK.ok fine.


 lepas dah makan nak bergambar kena usaha kempiskan perut.



ok selesai sudah cerita raya aku.haa camtu la pastu camni pastu haa camtu la cerita dia.haha.

yeay malam ni ade jamuan adilfitri KO-k USM.kawan dah bagi tiket free,wajib pergi!
n besok malam pulak,jamuan aidilfitri 1 malaysia.member yang inform.redah sajaaaa.makan free kan,sape taknak?


ok bye,SELAMAT HARI RAYA! :)


Tuesday, September 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA!


 SALAM semua :) dengan berbesar hati dan ikhlas aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua kawan2 yang mengenali diri ini dan juga kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya. maaf kan segala salah silap aku sama ada secara secara sengaja atau pon tidak.yela siapalah aku,aku cuma insan biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan.ceceh haha :')

before raya lagi aku nak update belog,tapi bz dengan kerja2 rumah.mana tak nya,nak harapkan aku ngan mak je yang mengemas rumah.along keje,adek2 pulak sume pemalas tahap gaban.rasa nak bagi je seliang.tapi kalau bab2 isi kueh raya dalam bekas,menyibok kat dapur gaul2 lauk dalam kuali,yang tuh korang suka kan!

detik2 terakhir ramadhan,


mak n baby sibuk menganyam ketupat.anyam ke?tak la.beli saje dekat pasar.9 ketul rm5.mak kata mahal.haha.balik rumah buat sendiri la pulutnye tuh.


ni si bongsu,baby.kalau kerja2 macam ni memang dia laju je nak menyibok.cuba bagi penyapu sebatang suruh sapu rumah, buat2 tido pulak.



lihat lihat rendang ni! sape lagi yang masak.well well malas nak cakap, sape lagi kalau bukan, jeng jeng jeng...emak laaa.haha takkan aku kot.memang tak la.hihi.emak memang seorang super emak.

malam raya tuh aku tak berape excited pon nak sambut raya.rumah pon kemas ala kadar je.tak menang tangan nak buat semua berdua ngan emak aku.akak aku pulak before berbuka puasa baru sampai rumah.adek2 aku sepeti yang dimaklumkan, diorang pemalas hangit!bayangkan orang suruh kemas rumah,diorang kemas bilik sendiri je.tu pon tak berapa nak kemas. bila suruh kemas ade je dok bergadoh 3 orang tak puas hati kenapa orang tu buat keje susah kene tebas rumput,orang ni buat keje senang susun selipar je.
sabar jela -____-"  buat jela keje sama2.cuba bagi upah setiap sorang laju je angkat penyapu buat2 kemas.pokai la duet mak woi asek nak bagi upah je kat korang.padan muka korang tahun ni aku tak bagi korang duet raya.padan muka padan muka!


first day of raya ,


ni la super emak dan abah :)

abah dah bukak sampin pulak.kalau x,bapak wa hensem wa cakap sama lu.dah macam orang nak bersiap nak gi nikah.errrrrkkk.time ni baru lepas sembahyang raya n kitorang tengah siap2 nak balik kampung.so agaknye bapak aku rasa tak kuasa nak bersampin dalam kete.


sebelum gerak,


super emak dan along


super emak dan baby.berpura2 kau salam ngan mak ye.tengok muka emak tuh,tak kuasa nak layan.haha


percubaan aku nak menyibuk dalam gambar ni kurang berjaya nampaknye.








yang tengah kaler pink tuh adek aku,noor aiman fadhilah.panggilan beliau adalah eman.orang suruh buat tangan gaya ala2 pramugari gitu,kau macam baca ikrar pulak kenapa?haha.adek beradek aku sume 6 orang.ade lagi sorang kakak aku,tapi takde dalam gambar.dia syndrom down,jadi tak pandai la nak bergambar macam ni :)



baju pilihan aku,kurung moden biru.yang simple sudey.family aku takde tema pon.

kitorang balik ke kampung emak dekat kampar,perak.tak jauh mana pun.dua jam je.dalam kete tido,celik2 dah sampai.sampai2 je kat kampar kitorang terus pegi singgah umah opah nor kot nama dia.umah dia ni memang dari dulu feveret aku.nak taw sebab apa?sebab ade buaian.hahaha.ala buaian kampung yang orang gantung kat pokok tuh.siap ade 4 buaian.



feeling2 bawang merah gitu.hahahhaa


dan seterusnya aktiviti bergambar dengan buaian dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada perot nak melantak.hihi



itu la akak aku yg kedua,sebelah ayah aku tuh.yang pakai tudung comel2 rambut terkeluar tuh.haha


  

yg itam2 tuh pak long aku.slumber kan aku cakap pakcik aku itam -__-"




sape nak masuk meminang,sila jumpa sebelah aku ni dulu.haha

dan perjalanan diteruskan lagi ke rumah opah wan pulak.sampai kat rumah opah wan dah malas nak amek gambar.pastu terus la balik ke rumah makcik aku.


macam beruk mak yeh terkinja2 -__-"

yang rumah papan belakang tuh rumah arwah opah :') sebelah rumah makcik saja.lepas tu takde jalan kemana2 pun.duduk rumah je.hari raya kedua pulak pegi tesco kat kampar.teman makcik beli bahan2 buat fruit cocktail.



on the way ke tesco.macam ibu dan anak -__-"

balik dari tesco,singgah jiran sebelah rumah makcik aku.akhirnya aku dapat jugak duit raya.nak tau berapa?satu ringgit malaysia sahaja T_T teruja aku bukak sampul nak tengok berapa keping dapat.yela makin besar makin banyak la duet raya kan?hihi.ok la tu janji lepas nak beli cekedis.


oh ye rupa2nye belakang umah makcik aku pon dah ade buaian kat pokok.hehe.satu buaian papan yang biasa tuh.satu lagi buaian heaven namanye.hahaha.buaian tu memang asyik.boleh tido2,buai laju2.memang terbaik.kalau tergolek pon memang terbaek gak.



feeling2 tepi pantai kan.haha

raya ketiga dah balik kl.so kesimpulannya raya tahun ni tak menarek pon bagi aku.tapi ok la jugak kan dari tak balik kampung macam tahun lepas,mati kutu tak taw nak buat ape.raya kedua pegi tengok wayang kat mid.haha.ok la cukup sampai sini je.banyak lagi gambar,kang masuk banyak2 muntah pulak orang tengok.haha.so macam mana raya korang? :)

 ok la gambar last,


  
haha!

ok bye2!
 
SELAMAT HARI RAYA EVERYONE! :)