Tuesday, April 24, 2012

Pantai Kerachut

ini cerita dua tiga minggu lepas. pergi pantai kerachut naik bas rapid saja. tukar bas dua kali. sampai sana, hiking nak dekat dua jam sampai jumpa pantai. ok laa layan gambar jela.



korek2 duet syiling nak bayar tambang. tambang dari usm ke jetty rm2 saja.



itu laa komtar ye kawan2. ecehh padahal semua orang dah tahu. pe bende la kau ni. hikhik


dalam bas kedua pulak. dari jetty pergi telok bahang. tambang rm4. 










pulun kan aku pakai bag usm? haa memang pon hahaha















kat sini ade banyak pit stop. ade pondok2. so jangan risau, kalau penat ade tempat nak berhenti. nak berkelah lima jam pon takde hal.



yeyyy dah sampaiii!!!





Subhanallah. cantik sangat kan? :)

air kat pantai ni jernih dan bersih sangat. best sangat mandi.



ini Tasik Meromiktik. tasik ni unik, cuma ada satu dalam Malaysia. meh sini nak terangkan sikit kenapa dia unik.


Tasik Meromiktik adalah tasik unik yang hanya terdapat di Taman Negara Pulau Pinang dan 19 tempat lain di seluruh dunia. Keunikan tasik ini bukan terletak pada lokasi mahupun saiznya, tetapi unik dari segi kandungan serta cara peralihan pasang surut airnya. 


Tasik Meromiktik dengan keluasan 2.77 kilometer persegi, terbentuk daripada aliran lima anak sungai yang terdapat di dalam kawasan hutan Taman Negara Pulau Pinang.


Ia dikatakan unik kerana mempunyai dua lapisan air yang berbeza suhu dan ketumpatan. Air tasik berada di bahagian atas manakala air laut memenuhi lapisan bawah. Pengunjung boleh merasai sendiri kesejukan air di bahagian atas dan panas di bahagian bawah yang terasing secara semula jadi. - sumber : Google.


tasik ni ada musim2 je taw. time aku pegi ni, bukan musim dia. jadi tak dapat laa nak rasa suhu air yang berbeza tu. bahagian atas sejuk, dan bahagian bawah panas. ajaib kan? kuasa Allah :) tapi tak lama lagi dah nak dekat masuk musim tasik ni. dalam penghujung bulan mei. aku nak pegi lagi sekali.

korang boleh baca lebih lanjut pasal Tasik Meromiktik dekat SINI, SINI, dan SINI.




makan pagi dan tengahari kitorang






 cantik sangat kan? pantai ni memang pantai yang tak tercemar lagi. antara pantai yang masih terpelihara.







berangan jela keje den haa.. feeling2 ombak rindu. mata tah pandang ke mana tu. haha.


eh tiba2 aku nampak gemuk. arghhh.


lepas bergambar n berangan2 atas jambatan ni, kitorang mandi manda kat pantai. tapi takde laa gambarnye. kang nampak macam duyung tersadai pulak :p hehe.



ni dah tibe masa untuk pulang!



dan bateri kamera pon habis. tak sempat nak amek gambar time naik bot. balik kitorang naik bot je. tak larat dah laa nak hiking patah balik. tambang takde la mahal sangat. rm80 satu bot.

korang cuba laa try pegi sini pulak. bestttt sangat! tempat yang sangat sesuai untuk release tension. owh lupa nak cite. kat pantai ni pon penyu selalu naik jugak. n ade tempat khas untuk penyu landing n bertelur. itu pon kene tunggu musim penyu bertelur. pantai ni best sebab tak ramai orang. privacy gitteww. kalau nak pegi melalui dua cara saja. hiking atau naik bot. 

ok laa next entry, bukit bendera n owl museum :) akan bersambung!

byeeee!

Sunday, April 22, 2012

benda-benda mengarut semua dah berlalu. hidup semakin sibuk dan tiada masa nak fikir benda remeh temeh. janji aku bahagia dan kaya. eh? haha tibe2. sekarang adalah masa untuk menikmati dua bulan terakhir di usm. aku bahagia dan aku senang dengan siapa saja di sekeliling aku di sini, usm.



siang nanti adalah hari bergembira untuk aku. akan bertolak ke Sedim, Kedah pukul 7 pagi. hoyeahh. jungle tracking, water tubing, water jumping, tree top walk, wait for me!! aku nak jerit macam orang gila nanti. asyik bz, bz, bz. ni laa masa untuk aku meroyan hewhew. tak sabar tak sabar.






Saturday, March 24, 2012

engkau laa cik kak oiii

ehh. baru aku perasan. kau remove aku dari fb? sakit hati ke cik kak? ;) haha.

bagus la, takde la semak sangat fb aku. lagi satu, tolong jaga bf kau tu boleh? cakap kat dia, dah ade gf buat cara dah ade gf. tak payah nak call aku sangat. tegor dekat chat pon tak payah. nak main tag2 gambar ke, tak payah ye. annoying gile kot perangai bf kau macam tu kan?

ok byeeee ;)

Friday, March 9, 2012

Mohd Izudin


Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan... kamu...

Sayangku jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu....




Thursday, February 9, 2012

Alhamdulillah :)


dari semalam tak boleh tido mengenangkan result nak keluar hari ni. yeyyy Alhamdulillah :)

owh, sem yang lepas ni memang aku banyak amek subjek U. subjek yang susah2 dah amek masa semester2 sebelom ni. tapi, untuk subjek teras n minor ni, memang buat aku tak lena tidor malam tadi. sebab tu subjek susah.

ape2 pon, dah lulus sume subjek. next, tunggu 16hb pulak untuk tengok pointer =)

thank you Allah.

Tuesday, January 31, 2012

takut wehhh




9 FEBRUARI 2012. tak lama dah. minggu depan je. takut :(


paling takut result subjek Campaign, Corporate Comm n Kaunseling. tapi bukan subjek ni je aku takut. tiga lagi subjek lain yang cuma 2 unit je pon aku takut jugak.


eh apsal macam sume subjek je aku takut? haha. banyak main laa sem lepas. jawab exam pon macam taik. kan skang dah takut result keluar. eee lempang diri sendiri sebab banyak main! hukk :'(

Monday, January 30, 2012

i - i love u like a love song bebehhh



geli je tajuk entry kan. memang pon. haha.

a very2 late birthday celebration for me. atas sebab tertentu yang menyebabkan lambat, maka lambat laa jadinya. whatever it is, thanks sayang! ♥




hello kitty :)

mohd izudin taw aku suka hello kitty. jadi dia tempah kek hello kitty walaupon rupa kek yang comel ini tidak melambangkan umur aku yang dah tua bangka. hewhew. 



 


what?? 24 tahun??? -,-

sepatutnya 23. sebab ni celebrate untuk birthday november tahun lepas. 24 tu umur tahun ni. ok, sebab mohd izudin bagi kek hello kitty, jadi kesalahan beliau dimaafkan. nasib baik kek tu comel, macam aku. eh? tibe2. hahaha.








terima kasih. sayang awak :)