Wednesday, August 28, 2013

I'M BRIDE TO BE 2013 :)


Assalamualaikum..

Hye Kak Ton2 sekalian. Kak Ton semua cantik ke tidokkk hari ni?? mestilah cantikkkkkkk... jawab korang di dalam hati kan. hehe.

weh lamanya tak update blog. kalau blog ni boleh bercakap, mesti dia cakap 'ko boleh tekan setting pastu pilih account pastu tekan delete account sekarang'  mihmihmih.

okay la okay laa. straight to the point. sebenarnya aku rasa tetibe rajin nak berblog balik. cehh rajin kononn -,- sebab rajin? haaaa ni nak bagitau laa ni.

dengan ini aku mengumumkannnn...*ketok botol kicap bertalu2*.......

aku  adalah BRIDE TO BE 2013!! meowwwww :p



InsyaAllah aku akan ditabalkan sebagai raja sehari pada 23 november dan 24 november 2013 belah lelaki. eh tu raja dua hari laaa :p hehe yeyyyy pak pak kepak kepung kepak kepungg. tetibe je bunyi kompang beralun2 kat telinga ni hahaha :p

tak sangka dah nak kawen ooo. bila kira2 tinggal 2 bulan lebih lagi. baru je hari tu rasa macam lambat lagi. lagi 10 bulan? alaaa ilek laa. tah pape nak gelabah. lagi 8 bulan? goyang kaki dulu. apedehall. lagi 6 bulan? chill laaa brader. rilex brader rilex haha. tup2 tinggal 2 bulan lebih without any preparation?! huwaaa T_T

aku macam blur2 tak tau nak start dari mana dulu -_- banyak benda la konon2 aku nak DIY sendiri. guestbook nak diy, tq tag nak diy, kad kahwin nak diy, hantaran nak diy. tapi hasilnya? haaa yang ado. apa pon aku tak start lagi oii. sobsob. sekarang aku dah start menggelabah. eh tapi signboard aku dah buat tau. tinggal nak print and pacak kat jalan je. ada ke patut benda tu yang aku buat dulu? haha.

pasni aku nak share vendor2 yang aku dah booking untuk majlis aku nanti. bridal boutique, official photographer, official videographer, mua n catering. soal ada ada ke tak orang baca blog yang sendu ni, itu belakang kira. haha. yang penting aku nak share. saja.. as a kenangan la. lepas kawen boleh belek2 n baca balik preparation aku nak kawen ni :) plus boleh share2 dengan bride to be yang lain kan :) sharing is caringggg gittew.

nanti aku sambung entry lain besok2 ye. aku akan start share pasal MUA yang aku booked tu.

ok byeeee! have a nice day uolls!


Tuesday, June 18, 2013

Saya menyepi sebab saya busy mengumpul lemak


Ohh lamanya tak update blog. Sampai dah lupa diri sendiri ada blog rupanya. Ada lagi ke orang baca blog yang sendu niii T_T

Time flies so fast.. banyak perubahan yang dah berlaku kat diri aku. Bukan perubahan dalam hidup je. Tapi perubahan fizikal jugak. Hehehe *angkat kening*

Well, iolls kini dah bergelar tunangan orang. Ihikss malu itew :p

Nanti bila2 free aku update la entry pasal bertunang sikit2 ye. Tu pon kalau rajinn. sebab aku ni selalu hangit2 taik ayam je. mihmih.

Thursday, June 13, 2013

Anak buah baru

Yeyyy dah dapat anak buah kedua. Nama dia Muhammad Nidal Amin. Dah sebulan dah umur dia :)

Thursday, December 6, 2012

Thursday, September 27, 2012

yeyyy dah konvo bole kawennnnn


Assalamualaikum.

After two years, finally i'm graduated in Bachelor Communication (Honours) Major in Persuasive Communication, Minor in Psychology :)



kadang2 macam tak percaya dah grad. dah la malas pergi kelas tibe2 je eh dah grad? hehehe.

tak pergi kelas takpe. tak payah ye2 sangat. janji score time exam. buat rock je. wkwkwkwuwuwu.

lepas ni tah bila pulak aku nak jejak Penang. duduk dua tahun kat Penang tapi banyak lagi tempat kat sana aku tak pergi. pasni rindu laa sup cendawan Berkat emm dapp dapp. rindu queensbay, rindu roomate, rindu classmate (sikit2 laa, yang berkenaan je boleh camtu?), rindu lecturer....memang tak la. hehehehe :p



emak n abah :) 








Happy Graduation to all Masscommers! :)


Selamat Hari Raya uolssss

Assalamualaikum!

huwaaa apahal dashboard blog ni dah bertukar rupa. dah semakin canggih sampai aku terkial2 cari button tu button ni. baru tak bukak belog dua bulan dah jadi cenggini.

eh apahal aku rasa macam kekok je nak menaip ni. ecehh. cara cakap macam la blogger tegar. blog pon macam nak taknak je idop. macam mana nak challenge fatin liyana punya blog cenggini. ehhh berangannya? haha puihh ade hati.

btw, aku nak wish selamat hari raya sebenarnya kat sape2 yang baca belog ni. tak baca pon takpe, aku syok sendiri la tu. hahaha. ketinggalan keretapi betol aku ni. sekarang dah masuk zulkaedah, tapi baru nak wish. saya dulikkk hape. blog saya sukati saya laaa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini. mohon diampunkan segala salah silap sekiranya terkasar bahasa, tercarut, terngumpat, tersepak, termakan makanan korang ke. hiks ampun ye.

tepek gambar raya sikitttt.



gambar dah basi kat instagram letak, kat facebook letak, kat twitter pon letak. boooo boooo.


my sister's family. 
tak lama lagi turn aku n mohd izudin pulak bergambar camni. lalalala gatalnya.


alaa alaa cinonet ni nak kene makan ke ape??? makan budakkkkk!!!

ni laaa satu2 nya anak buah kesayangan semua. dah masuk setahun dah dia. 


ni laaa bf baru kite. cayang diaaa. cium diaaaaa. bubye mohd izudin. saya tetap sayang awak, tapi yang kedua la lepas aydan. hehehe.


ok laaa babai, salam :)

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan Kareem


Assalamualaikum! :) tak jawab dosa, jawab gatal. ok tak kelakar.

hari ni dah masuk puasa kelima. rasanya belom terlambat untuk aku mengucapkan selamat berpuasa kat semua kawan2 dan umat islam yang menyambutnya. 

harap2 tahun ni boleh puasa penuh sebulan. eh? memang tak laa. hehehe. 

sama2 perbanyakkan amal ibadah di bulan puasa ni. insyaAllah..