Saturday, December 3, 2011

teras keusahawanan


rabu baru ni, 30 nov, aku kena meniaga untuk subjek teras keusahawanan. ni subjek wajib universiti. aku group dengan fana dan emy. kitorang plan nak jual bundle je. bundle yang dikumpul dari pakaian sendiri yang taknak dipakai dah. hehe. kiranya pre-loved sale laa. ini semua gara2 taknak keluarkan modal.

kitorang bebas untuk meniaga apa saja kecuali makanan. n barang yang dijual oleh group aku hanya lah barang aku semata2 -,- sebabnya baju aku sendiri pon dah banyak yang boleh dijual. tak payah dah tambah barang lain. hehe. n aku kan tokey tudung. haha. so jual tudung2 bawal plain tu, n tambah dengan tudung2 baru yang aku bawak. tudung square corak lv n gucci :)

layan jelaa gambar bawah ni.


setiap gerai kena letak nombor group. aku group 98.


hasil kekreatifan fana n emy. hehe. rm10 ni harga untuk bawal plain.


rm15 harga untuk tudung LV n gucci



luggage yang membawak barang2 niaga. seret luggage ni ok dari hostel sampai tapak niaga. tapi bukan aku seret laa. fana yang seret. haha.


tu haa baju2 yang aku taknak pakai dah


tu diaaaa tokey. muka toya. haha


tokey lagi


dan lagiiii. tokey perasan




ok kemas2 barang, nak balik dah



tokey dan rakan mengira keuntungan.

 

perhatikan rakan tokey. haha


ini group 97, rakan sebelah gerai. syida, ainul, hani, eqa, n syahmi :)



aku bawak 100 helai tudung untuk meniaga. Alhamdulillah, dalam 80 helai macam tu terjual :) baju2 n selendang terpakai aku pon ade orang beli. hehe. nampaknya permintaan untuk bawal plain bertambah2. 

owh ye, cantik tak tudung corak yang aku pakai dalam gambar ni? tu tudung baru yang aku jual. sape berkenan bole laa roger2 aku. banyak lagi kaler lain. ape yang best, sebab tudung tu 4 segi n senang sangat nak bentuk. kain cotton, n hand wash je :) sekarang tudung 4 segi dah in balik kan. 

buat masa ni, rasanya tak ramai lagi yang jual pattern macam tu untuk tudung 4 segi. tapi pattern macam tu untuk selendang banyak la kan. aku dah survey kat jalan tar, tak jumpa pulak. tapi tak taw laa kalau korang pernah jumpa kat mana2 kedai :)


aku jual murah gile ok. rm15 je. blogshop lain jual rm20 ke atas. tak caye tengok ni : 





bak kata sorang kawan aku ni, jual kat student memang untung tak banyak. haha. untung sikit pon takpela, janji pelanggan puas hati. tu yang penting. sebab aku pon macam tu jugak, kalau beli tudung taknak mahal2. seboleh2 mintak kurang. maklum la student. jadi sebagai peniaga yang memahami, aku jual abes murah dah ni. 

korang jangan laa mintak kurang lagi =(  HEHEHE.


No comments:

Post a Comment