Thursday, January 19, 2012


berpanas ceria dikala terik
membelah girang dingin malam
mungkin saja pernah menghempas tangis berdua
bertindih susah bersama-sama, walau mungkin seberapa cuma.
tiada lagi berdebat soal bulan
tak akan pernah lagi berlumba siapa benar siapa salah.

aku ingin sekali duduk bersila satu tikar denganmu
mengayunkan langkah
namun aku tak mampu
jauh sekali kerna ego
andai saja kau tahu aku bukan begitu
ini semua kerna, aku tak mampu.

sementara hari terus beganti
panasnya mentari hanguskan hati
namun kasih tak pernah luput sesekali
bukan kerna tidak mahu peduli
berkali-kali hati ingin kembali
namun aku..tidak mampu.
  
wajarnya kerna aku tidak mahu begini
berterusan begini
kerna itu aku tidak mampu berbicara
andai saja kau memahami
bijak tutur itu bukan aku
diam itu mungkin aku
pendam itu juga aku
ahhh..biar saja semua dibawa angin berlalu pergi
kerna aku.. tidak mampu.

12.10am
19 Januari 2012.

merepek meraban sambil study kaunseling.
kalau besok exam bahasa melayu takpela jugak aku nak berpuitis malam2 macam ni.
ahh damn, paper kaunseling.

No comments:

Post a Comment