Sunday, November 20, 2011

i love november :)

disebabkan dah terlalu lama aku tak menulis, jadi aku tulis semua sekaligus ape yang terjadi sepanjang november, i mean sehingga hari ini.


1 November




1.11.11. cantikh tarikh ni kan? yeah it's my birthday. dah lepas baru nak update. wuwuwu T_T lately ni aku sangat malas nak update belog. 1.11.11 hanya sekali seumur hidup. kebetulan aku memang suka nombor 1. so birthday aku tahun ni semua angka 1 :)

well sedikit sedih sebab birthday tahun ni aku tak dapat celebrate dengan mak n abah. masa ni diorang dekat Mekah. tapi dapat mesej dari mak n abah dah cukup buat aku happy :) n yang paling happy, mak cakap dia beli something untuk aku dari sana. as a birthday gift. hehehe lebiu mak!

thanks pada yang wish through fb, call, n message :)


2 november

keluar dengan ame. ame ni roomate aku. sebelom ni aku tak pernah keluar berdua dengan dia. keluar makan tu pernah laa kot. ni keluar berpoya2 maksud aku. dari sem 1, kitorang selalu tanya soalan yang sama. ame tanya aku, aku tanya dia. "kita tak pernah keluar sama kan? bila nak keluar sama ni?" akhirnya dah sem 3, baru nak keluar berdua. haha.

n thanks ame for the cake! :)

kualiti gambar sangat menghampakan. well what u expect ieda. kau pakai cokia je pon. toksah nak lebih2.   



sedikit fakta tentang ame (amboi fakta macam nak belajar sejarah) :

sifat n perangai ame agak berlainan dengan aku. apa yang dia suka pon tak sama dengan aku. ame ni gilakan muvie korea. bukan setakat muvie. tapi makanan, lagu, dan juga orang korea :p muvie korea tak payah cakap la, bersepah dia ada. dah boleh buat bisnes sewa muvie. aku suka jugak, tapi biasa2 je. orang cakap best baru aku tengok. 

ame suka main games. aku tak suka. bila aku dah tahap kebosanan melampau baru aku main. tapi ame suka main games sampai kadang2 dia sanggup download games or beli cd games. 

ame seorang yang simple. dia tak suka bergaya. maksud aku bergaya seperti aku bergaya. dia bersiap dalam waktu yang sekejap. tak macam aku. hehehe. aku tak cerewet, tapi aku teliti. aku teliti dengan setiap yang dipakai dan apa saja. disebabkan teliti, sebab tu aku selalu lambat bersiap :p 

ame bukan jenis huha huha punya orang. dia tak gila shopping, tak gila kasut, baju dan handbag macam aku. kalau keluar jarang balik lewat malam. tapi aku kalau keluar, pagi buta baru balik. dan aku gilakan kasut handbag n baju. kalau keluar takde bende lain aku buat selain perabis kan duit ke arah itu. hehe. tapi ame ade satu peel pelik. dia suka stationery. jadi kalau keluar, dia mesti beli apa2 saja jenis alat tulis.

ame suka beli magazine dan novel omputeh. owh lagi satu, dia sangat suka komik. sangat laa berlainan dengan aku. aku tak suka semua ni. aku tak suka baca novel dan komik. kadang2 bole laa layan. dalam bilik ni, punya la banyak majalah n novel omputeh, dan jugak komik si ame ni. satu pon aku tak pernah sentuh. hehe.

ame suka stokin. dia pengumpul stokin belang2. hahaha. aku pakai stokin pon tak.

eh ni dah terselit fakta tentang aku pulak. kadang2 perbezaan ini ada baiknya jugak. because we won't disturb each other :p rite?


4 November

balik kl. cuti seminggu untuk raya haji. owh aku kena naik bas tambahan time ni sebab tiket banyak dah abes. padan muka aku beli lagi tiket last minit. boooo. bas dah cantik, tapi yang tak best, semua double seats. nak patah pinggang aku 4 jam lebih duduk seat kecik. nak buat macam mana, bas tambahan. naik bas pukul 6 petang, sampai pukul 10 lebih.

sampai kl, ombu pick up n hantar balik rumah. ade plak drama dalam kereta. my fault. balik lambat. mana taw awak nak celebrate birthday saya. hehehe. 

thanks for this cute bear. i love u!



5 November

sehari sebelum raya haji. bertungkus lumus aku n along masak rendang. selalu emak yang masak. kali ni kitorang berganding bahu. hehe. aku buat kuah kacang jugak. buat sendiri ok. gambar takde. malas nak amek.

menu masa raya haji, rendang ayam, kuah kacang, nasi impit n lemang. simple tapi sedap. sebab aku yang masak. hahahaha.


6 November

raya haji. raya dengan adik beradik, abang ipar dan anak buah aku. sedih jugak emak abah takde. first time beraya tanpa diorang. mak pulak bagi mesej cakap teringat lemang dan rendang. olololo kesian..

tengahari sikit pak uda n family datang beraya. kesian jugak dia dekat anak2 sedara dia ni. hehe. siap bawak lagi kuah kacang, rendang, nasi impit n lontong. sedap :) terima kasih pak uda. n pak uda komen masakan aku n along. biarlah rahsia. kang kalah masterchef malaysia pulak. hahaha.


7 November

pagi2 aku dah bangun. sebab ade special guest nak datang. hehe. ombu n adik2 dia. ayu, mimi n ika :)

aku buat nasi ayam berempah, kentang putar, coleslaw, n kebab (yang tak berapa nak kebab sebab roti pita takde, jadi pakai roti gardenia je) semua buat sendiri, sorang2 taw. aku memang suka masak, cuma kadang2 malas nak masak. dan dengan ini aku kategorikan diri aku sebagai pandai memasak. hahahaha sungguh masuk bakul angkat sendiri kannn :p
ombu cakap nasi ayam sedap n semua sedap. yeyy. dulu ombu datang aku buat nasi tomato. dia cakap sedap jugak. aku taw dia bukan jaga hati aku sebab orang lain pon cakap sedap. wahhh perasan kau kan. hehe. 


12 November

keluar bercinta dengan mohd izudin :)


13 November

balik usm. aku bawak sesuatu balik bersama dengan aku. nak taw apa? 3 kodi tudung bawal. yeerrr mulai sekarang saya adalah penjual tudung bawal. hahaha. aku jual tudung bawal kosong je. takde manik2 n batu. sebab yang tengah in balik sekarang pon bawal yang simple, bawal kosong. macam dian pelangi pakai. dia yang start buat tudung ni femes balik. uhuuuuu.

Dian Pelangi, Indonesia fashion designer.





ok dah2. cukup laa tu 3 keping gambar aku feeling2 dian pelangi. hehe. selebihnya kat fb laa. tapi kat fb pon aku tak upload lagi. malas malasss. setakat ni jual dekat kawan2 satu kos je.

so sape nak beli! rm10 saja sehelai. murah kan? amek banyak ade diskaun :) kualiti kain yang lembut. confirm puas hati. kemain promote. hehe.


16 November

mak abah balik Malaysia. yeayyyy!! Alhamdulillah selamat sampai :) baby cakap mak bawak balik macam2. gelang cantik2. diorang siap bagitaw dah pilih2 kaler ape. sobs. mentang2 aku jauh. ahhh tak kira. aku nak rebut balik nanti!

bila mak abah dah balik ni, macam2 perasaan dah lepas. mungkin kadang2 aku emo sepanjang ketiadaan diorang. parents is the best person u have. ade masalah macam mana pon, kau akan kongsikan dengan parents. macam tu jugak aku. biasanya kongsi dengan mak. so sepanjang mak takde, keadaan agak lain.

minggu depan aku balik rumah. tak sabar nak jumpa mak abah :)

dia banyak tolong aku. banyak sangat. dia jadi pengganti abah. banyak tolong ambil dan hantar aku bila aku sampai dari penang. sama jugak bila aku nak balik penang semula. banyak bertanggungjawab sepanjang mak abah takde. kalau takde dia, sape nak tolong aku. peneman duka dan gembira, mohd izudin saya :) terima kasih!!





18 november

Alhamdulillah, sepanjang 5 hari dah 19 helai tudung terjual :) hehehe. ok laa tu kan. aku pon tak promote sangat. malu -__- gambar pon tak masuk lagi dalam fb. hihi. dapat laa duit poket sikit2 :)


19 November

semalam aku pergi buat survey. untuk assignment subjek kempen. aku taknak cakap banyak. survey yang paling mengarut aku buat. penat dan ahhhh. penat laaaa.


20 November

20.11.2011. cantik tarikh ni. bulan november ni banyak tarikh cantik. 1.11.11, 11.11.11, 20.11.2011. hari ni aku senggugut teruk. macam nak beranak. sakitttttt..

aku tengah tunggu dominos sampai ni dari tadi lagi tak sampai2. aku ada banyak kupon dominos. yeyyy maka kerap lah aku makan dominos lepas ni. yang penting murah. suka! :)


ok dah bubyeee!

1 comment:

  1. Kak Ieda, tutorial pleaseeee tok pakai tdung awal cmtu. huuu :))

    ReplyDelete