Thursday, December 29, 2011

seronok kan bila hidup tidak dikelilingi manusia yang menyemakkan kepala otak ^_^

Thursday, December 22, 2011

aku taw aku bukan siapa2 yang layak untuk menghukum salah yang satu itu. tapi aku cuma manusia biasa. yang punya hati dan perasaan.

aku harap aku dapat memaafkan dan melupakan salah yang satu itu dengan mudah. supaya nikmat bahagia yang aku kecap selama ini tak pergi macam tu saja.

memaafkan memang senang, tapi melupakan sangat sukar. bukan aku tak biasa memaafkan orang. tapi salah yang satu itu.. sakitnya hati, pedih. 

aku cuba sedaya aku untuk melupakan semua..aku cuba.

Tuesday, December 20, 2011

i love you.. seriously i do...

fever, please go away

demam di saat assignment melambak2. aduiiii...



takpela, sakit tu kan penghapus dosa2 kecil.

Wednesday, December 14, 2011

eh ha'ah. aku hidup kat dunia ni memang untuk buat kebajikan je sepanjang masa. kalau takde duet ke ape ke, memang aku laa orang yang paling tepat dicari. aku memang bank pon. owh yela, aku kan rumah kebajikan. nak ape2, cari aku laa. huh.

Friday, December 9, 2011

kepada sesiapa yang berkenaan (siri 2)

cik kak, takkan saya nak print screen pulak status awak tu then compare dengan ayat dalam entry saya yang sebijik2 awak ambil? tak perlu la kan. macam budak2 sangat kalau saya buat macam tu. lagi pon benda kecik je :)

awak dah copy, bila saya perli awak, awak terasa. bila awak terasa, awak cakap saya ni perasan je sebab ingat awak copy ayat saya dalam blog. laaa lucu taw tak?

awak tu kalau dah termalu dan terasa, buat tak taw je dah laa. tak perlu laa nak balas membalas. nampak sangat memang awak terasa taw bila awak buat macam tu. kenapa awak nak membalas kalau tak terasa..kan? saya tak gaduh pon dengan awak. chill je dah laa. saya tak suka bergadoh :) 

tapi kalau memang saya je yang perasan lebih, saya mintak maaf laa kat awak.. =) tapi tetap awak terasa kan? sebab tu awak balas balik. kalau tak terasa, awak takkan balas. kan kan?

mari berdamai. peaceee =)

Thursday, December 8, 2011

kau dah ada hidup kau. teruskanlah hidup kau. bukankah kau dah cukup bahagia dengan kehidupan baru yang kau canang itu? dulu kau ibaratkan dia sebagai kaca. kau hilang kaca, kau dapat permata. bukankah itu yang kau nyatakan pada semua?

sekarang kau mahu balik kaca itu. eh? sungguh aku tak faham dengan engkau. mana pergi permata yang kau puji2 itu?

kau dah dapat permata yang jauh lebih baik dan cantik (kau sendiri yang cakap). jadi kau jaga lah permata itu. tak usah dikenang kaca itu lagi.

kaca itu milik aku.

Tuesday, December 6, 2011

ulcer

dalam mulut aku ade ulcer. sakit woiiiiiiiiiiii. seminggu dah tak baik2 ni. ni ulcer paling lama aku kena :(

ombu bebel2 suruh letak garam. ye2 saya dah letak dah.

masalahnya dah berapa hari dah aku letak garam. amek garam tekan kat ulcer tu. sakitnye tak payah cakap laa. perghhhh rasa nak tampar2 muka orang kat keliling aku. nasib baik masa letak garam tu takde sape kat sebelah aku.

aku google petua untuk hilangkan ulcer. kene letak asam keping kat ulcer tu sampai asam keping tu kering. itu lagi terbaik. kalau buat betul2, mau meleleh air liur macam air terjun. letak garam ni pon aku duk tendang2 dinding. letak asam keping? lagi laa tah ape benda aku tendang.

yenna semenyih



HAHAHAHAHAHAHAHA :D

kesian dia kena buli pakai gelang dekat telinga.

sorry laa awak. terupload pulak. walaupon saya dah janji tak kan upload. haha. ni semua gara2 stress assignment banyak. gambar ni memang menghilangkan stress saya. jadi salahkan stress, jangan salahkan saya. HAHA.




ombu, i love u :)

Sunday, December 4, 2011

hari ni seronok. main lumpur. tapi ade je benda yang buat spoil mood.

Saturday, December 3, 2011

FAKTA

aku akan hilang selera makan bila :

terlalu sedih
terlalu gembira
terlalu risau


satu hari tak makan pon takpe. tiba2 je rasa kenyang. bukan aku paksa diri taknak makan. aku nak makan, tapi tiba2 je takde selera dan kenyang. sejak azali macam ni. kadang2 terlalu gembira sangat pon susah. nanti mesti tak makan. tak paham aku -____-

teras keusahawanan


rabu baru ni, 30 nov, aku kena meniaga untuk subjek teras keusahawanan. ni subjek wajib universiti. aku group dengan fana dan emy. kitorang plan nak jual bundle je. bundle yang dikumpul dari pakaian sendiri yang taknak dipakai dah. hehe. kiranya pre-loved sale laa. ini semua gara2 taknak keluarkan modal.

kitorang bebas untuk meniaga apa saja kecuali makanan. n barang yang dijual oleh group aku hanya lah barang aku semata2 -,- sebabnya baju aku sendiri pon dah banyak yang boleh dijual. tak payah dah tambah barang lain. hehe. n aku kan tokey tudung. haha. so jual tudung2 bawal plain tu, n tambah dengan tudung2 baru yang aku bawak. tudung square corak lv n gucci :)

layan jelaa gambar bawah ni.


setiap gerai kena letak nombor group. aku group 98.


hasil kekreatifan fana n emy. hehe. rm10 ni harga untuk bawal plain.


rm15 harga untuk tudung LV n gucci



luggage yang membawak barang2 niaga. seret luggage ni ok dari hostel sampai tapak niaga. tapi bukan aku seret laa. fana yang seret. haha.


tu haa baju2 yang aku taknak pakai dah


tu diaaaa tokey. muka toya. haha


tokey lagi


dan lagiiii. tokey perasan




ok kemas2 barang, nak balik dah



tokey dan rakan mengira keuntungan.

 

perhatikan rakan tokey. haha


ini group 97, rakan sebelah gerai. syida, ainul, hani, eqa, n syahmi :)



aku bawak 100 helai tudung untuk meniaga. Alhamdulillah, dalam 80 helai macam tu terjual :) baju2 n selendang terpakai aku pon ade orang beli. hehe. nampaknya permintaan untuk bawal plain bertambah2. 

owh ye, cantik tak tudung corak yang aku pakai dalam gambar ni? tu tudung baru yang aku jual. sape berkenan bole laa roger2 aku. banyak lagi kaler lain. ape yang best, sebab tudung tu 4 segi n senang sangat nak bentuk. kain cotton, n hand wash je :) sekarang tudung 4 segi dah in balik kan. 

buat masa ni, rasanya tak ramai lagi yang jual pattern macam tu untuk tudung 4 segi. tapi pattern macam tu untuk selendang banyak la kan. aku dah survey kat jalan tar, tak jumpa pulak. tapi tak taw laa kalau korang pernah jumpa kat mana2 kedai :)


aku jual murah gile ok. rm15 je. blogshop lain jual rm20 ke atas. tak caye tengok ni : 





bak kata sorang kawan aku ni, jual kat student memang untung tak banyak. haha. untung sikit pon takpela, janji pelanggan puas hati. tu yang penting. sebab aku pon macam tu jugak, kalau beli tudung taknak mahal2. seboleh2 mintak kurang. maklum la student. jadi sebagai peniaga yang memahami, aku jual abes murah dah ni. 

korang jangan laa mintak kurang lagi =(  HEHEHE.


Friday, December 2, 2011

true


 "Kalau Allah sudah takdirkan sesuatu itu untuk kita, walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatkannya jua. Tetapi jika Allah sudah takdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, tetap kita tidak akan dapat"

Thursday, December 1, 2011

Ketentuan Ilahi


Nur Syamimi Ibrahim
 14 February 1993 - 25 November 2011



Wahai Allah,
Terima kasih kerana memberi aku peluang mengenalinya, bertemu dengannya.
Sebelum dia Kau ambil buat selamanya.

Wahai Allah,
Kau ampunilah dosa Nur Syamimi dan tempatkan lah dia di syurga.
Naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah,
dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup.
Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam,
Luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

Nur Syamimi,
Walau pertemuan denganmu cuma sekejap,
namun pemergian mu cukup dirasai, ditangisi.
Cantik paras mu, baik pekerti mu, lembut tutur bicara mu, tidak pernah dilupa.

Semoga tenang dikau disana..


Al-Fatihah.


 

:')




Ombu,
Semoga tabah dan redha dengan pemergian adik tercinta. Kuatkan semangat demi ayah dan mama, dan adik2 yang lain. Jangan pernah putus berdoa untuknya. Mimi baik..semua orang menyayanginya. Namun Allah lebih sayangkan dia.. awak masih ada mama, ayah, yayu, ik, saya dan kawan2 disisi awak.. =')

Tuesday, November 22, 2011

awak, keje rajin2 :)

ombu dah dapat keje dan dah start keje. setelah berbulan2 menanam anggur akibat susahnya mendapat pekerjaan. yeyy tahniah! permulaan gaji yang agak bagus. jadi menyimpan laa dari sekarang untuk kita ke jinjang pelamin dua tahun lagi. hahaha.

keje rajin2 ye. jangan malas2.

Sunday, November 20, 2011

i love november :)

disebabkan dah terlalu lama aku tak menulis, jadi aku tulis semua sekaligus ape yang terjadi sepanjang november, i mean sehingga hari ini.


1 November




1.11.11. cantikh tarikh ni kan? yeah it's my birthday. dah lepas baru nak update. wuwuwu T_T lately ni aku sangat malas nak update belog. 1.11.11 hanya sekali seumur hidup. kebetulan aku memang suka nombor 1. so birthday aku tahun ni semua angka 1 :)

well sedikit sedih sebab birthday tahun ni aku tak dapat celebrate dengan mak n abah. masa ni diorang dekat Mekah. tapi dapat mesej dari mak n abah dah cukup buat aku happy :) n yang paling happy, mak cakap dia beli something untuk aku dari sana. as a birthday gift. hehehe lebiu mak!

thanks pada yang wish through fb, call, n message :)


2 november

keluar dengan ame. ame ni roomate aku. sebelom ni aku tak pernah keluar berdua dengan dia. keluar makan tu pernah laa kot. ni keluar berpoya2 maksud aku. dari sem 1, kitorang selalu tanya soalan yang sama. ame tanya aku, aku tanya dia. "kita tak pernah keluar sama kan? bila nak keluar sama ni?" akhirnya dah sem 3, baru nak keluar berdua. haha.

n thanks ame for the cake! :)

kualiti gambar sangat menghampakan. well what u expect ieda. kau pakai cokia je pon. toksah nak lebih2.   



sedikit fakta tentang ame (amboi fakta macam nak belajar sejarah) :

sifat n perangai ame agak berlainan dengan aku. apa yang dia suka pon tak sama dengan aku. ame ni gilakan muvie korea. bukan setakat muvie. tapi makanan, lagu, dan juga orang korea :p muvie korea tak payah cakap la, bersepah dia ada. dah boleh buat bisnes sewa muvie. aku suka jugak, tapi biasa2 je. orang cakap best baru aku tengok. 

ame suka main games. aku tak suka. bila aku dah tahap kebosanan melampau baru aku main. tapi ame suka main games sampai kadang2 dia sanggup download games or beli cd games. 

ame seorang yang simple. dia tak suka bergaya. maksud aku bergaya seperti aku bergaya. dia bersiap dalam waktu yang sekejap. tak macam aku. hehehe. aku tak cerewet, tapi aku teliti. aku teliti dengan setiap yang dipakai dan apa saja. disebabkan teliti, sebab tu aku selalu lambat bersiap :p 

ame bukan jenis huha huha punya orang. dia tak gila shopping, tak gila kasut, baju dan handbag macam aku. kalau keluar jarang balik lewat malam. tapi aku kalau keluar, pagi buta baru balik. dan aku gilakan kasut handbag n baju. kalau keluar takde bende lain aku buat selain perabis kan duit ke arah itu. hehe. tapi ame ade satu peel pelik. dia suka stationery. jadi kalau keluar, dia mesti beli apa2 saja jenis alat tulis.

ame suka beli magazine dan novel omputeh. owh lagi satu, dia sangat suka komik. sangat laa berlainan dengan aku. aku tak suka semua ni. aku tak suka baca novel dan komik. kadang2 bole laa layan. dalam bilik ni, punya la banyak majalah n novel omputeh, dan jugak komik si ame ni. satu pon aku tak pernah sentuh. hehe.

ame suka stokin. dia pengumpul stokin belang2. hahaha. aku pakai stokin pon tak.

eh ni dah terselit fakta tentang aku pulak. kadang2 perbezaan ini ada baiknya jugak. because we won't disturb each other :p rite?


4 November

balik kl. cuti seminggu untuk raya haji. owh aku kena naik bas tambahan time ni sebab tiket banyak dah abes. padan muka aku beli lagi tiket last minit. boooo. bas dah cantik, tapi yang tak best, semua double seats. nak patah pinggang aku 4 jam lebih duduk seat kecik. nak buat macam mana, bas tambahan. naik bas pukul 6 petang, sampai pukul 10 lebih.

sampai kl, ombu pick up n hantar balik rumah. ade plak drama dalam kereta. my fault. balik lambat. mana taw awak nak celebrate birthday saya. hehehe. 

thanks for this cute bear. i love u!



5 November

sehari sebelum raya haji. bertungkus lumus aku n along masak rendang. selalu emak yang masak. kali ni kitorang berganding bahu. hehe. aku buat kuah kacang jugak. buat sendiri ok. gambar takde. malas nak amek.

menu masa raya haji, rendang ayam, kuah kacang, nasi impit n lemang. simple tapi sedap. sebab aku yang masak. hahahaha.


6 November

raya haji. raya dengan adik beradik, abang ipar dan anak buah aku. sedih jugak emak abah takde. first time beraya tanpa diorang. mak pulak bagi mesej cakap teringat lemang dan rendang. olololo kesian..

tengahari sikit pak uda n family datang beraya. kesian jugak dia dekat anak2 sedara dia ni. hehe. siap bawak lagi kuah kacang, rendang, nasi impit n lontong. sedap :) terima kasih pak uda. n pak uda komen masakan aku n along. biarlah rahsia. kang kalah masterchef malaysia pulak. hahaha.


7 November

pagi2 aku dah bangun. sebab ade special guest nak datang. hehe. ombu n adik2 dia. ayu, mimi n ika :)

aku buat nasi ayam berempah, kentang putar, coleslaw, n kebab (yang tak berapa nak kebab sebab roti pita takde, jadi pakai roti gardenia je) semua buat sendiri, sorang2 taw. aku memang suka masak, cuma kadang2 malas nak masak. dan dengan ini aku kategorikan diri aku sebagai pandai memasak. hahahaha sungguh masuk bakul angkat sendiri kannn :p
ombu cakap nasi ayam sedap n semua sedap. yeyy. dulu ombu datang aku buat nasi tomato. dia cakap sedap jugak. aku taw dia bukan jaga hati aku sebab orang lain pon cakap sedap. wahhh perasan kau kan. hehe. 


12 November

keluar bercinta dengan mohd izudin :)


13 November

balik usm. aku bawak sesuatu balik bersama dengan aku. nak taw apa? 3 kodi tudung bawal. yeerrr mulai sekarang saya adalah penjual tudung bawal. hahaha. aku jual tudung bawal kosong je. takde manik2 n batu. sebab yang tengah in balik sekarang pon bawal yang simple, bawal kosong. macam dian pelangi pakai. dia yang start buat tudung ni femes balik. uhuuuuu.

Dian Pelangi, Indonesia fashion designer.





ok dah2. cukup laa tu 3 keping gambar aku feeling2 dian pelangi. hehe. selebihnya kat fb laa. tapi kat fb pon aku tak upload lagi. malas malasss. setakat ni jual dekat kawan2 satu kos je.

so sape nak beli! rm10 saja sehelai. murah kan? amek banyak ade diskaun :) kualiti kain yang lembut. confirm puas hati. kemain promote. hehe.


16 November

mak abah balik Malaysia. yeayyyy!! Alhamdulillah selamat sampai :) baby cakap mak bawak balik macam2. gelang cantik2. diorang siap bagitaw dah pilih2 kaler ape. sobs. mentang2 aku jauh. ahhh tak kira. aku nak rebut balik nanti!

bila mak abah dah balik ni, macam2 perasaan dah lepas. mungkin kadang2 aku emo sepanjang ketiadaan diorang. parents is the best person u have. ade masalah macam mana pon, kau akan kongsikan dengan parents. macam tu jugak aku. biasanya kongsi dengan mak. so sepanjang mak takde, keadaan agak lain.

minggu depan aku balik rumah. tak sabar nak jumpa mak abah :)

dia banyak tolong aku. banyak sangat. dia jadi pengganti abah. banyak tolong ambil dan hantar aku bila aku sampai dari penang. sama jugak bila aku nak balik penang semula. banyak bertanggungjawab sepanjang mak abah takde. kalau takde dia, sape nak tolong aku. peneman duka dan gembira, mohd izudin saya :) terima kasih!!





18 november

Alhamdulillah, sepanjang 5 hari dah 19 helai tudung terjual :) hehehe. ok laa tu kan. aku pon tak promote sangat. malu -__- gambar pon tak masuk lagi dalam fb. hihi. dapat laa duit poket sikit2 :)


19 November

semalam aku pergi buat survey. untuk assignment subjek kempen. aku taknak cakap banyak. survey yang paling mengarut aku buat. penat dan ahhhh. penat laaaa.


20 November

20.11.2011. cantik tarikh ni. bulan november ni banyak tarikh cantik. 1.11.11, 11.11.11, 20.11.2011. hari ni aku senggugut teruk. macam nak beranak. sakitttttt..

aku tengah tunggu dominos sampai ni dari tadi lagi tak sampai2. aku ada banyak kupon dominos. yeyyy maka kerap lah aku makan dominos lepas ni. yang penting murah. suka! :)


ok dah bubyeee!

Monday, October 31, 2011

jambu lagi

rasa nak tumbuk ombu kuat2 sampai pecah perut dia. dia asyik gelakkan aku pasal jambu tu. ini boleh mendatangkan kemarahan dan kemaluan. eh? haha.

bukan salah aku tiba2 aku amek jambu tu dan ngap. spontan laa. aku tak bersalah. jambu tu yang bersalah. sape suruh jambu tu ade kat depan aku. hehe.
rindu dekat emak malam ni :'(


tadi menangis depan amer. sangat malu rasanya. aaaaaa. bilik ni kecik sangat. nak menangis pon tak tahu nak sorok celah mana. huk :'(

jambu dan polis

tengah highway kena tahan dengan polis terus pura2 amek jambu dan makan. buat muka tak bersalah. hahaha. eyyy macam mana laa aku boleh spontan tiba2 buat macam tu. malu dengan ombu -___-" perangai di luar kawalan. padahal sebelum tu aku langsung takde feel nak makan jambu tu. dan2 plak angkat dan ngap depan polis. haha kbye.

Friday, October 28, 2011

deepavali deyy. saya raya di rumah juga

owhh cuti seminggu di rumah ni sangat laa membosankan. terlalu banyak date bersama gurlfrens terpaksa dibatalkan. date dengan eshta, hazra, emy nyet2, geng kepochi ku FUCA, semua batal batallll. hazra convo, bukit cerakah, taman layang2, bbq, bb, sungei wang dan segala plan hanya laa berlaku dalam mimpi (-..-)

rutin harian sepanjang cuti adalah menjadi bibik sepenuh masa. dikala mak jauh kat negara orang ni, aku kena amek alih tugas semua keje. kalau keluar, kesian pulak kakak aku buat keje umah sorang2, nak jaga baby dia lagi. jadi hasrat untuk berfoya2 bersama rakan taulan terpaksa dilupakan seketika. family first bebeh. ececeh. cuba kalau mak abah ade kat rumah, ada orang jaga rumah, hmm tak melekat jugak laa aku dekat rumah.

jadi kepada gurlfrens yang dah ajak i dating,

sorry uolls. kita plan next cuti plak ok? minggu depan aku cuti raya haji pulak seminggu. aku cuba mencuri waktu untuk berfoya2.

aku taw mesti korang cakap aku macam keling, bz macam menteri n wat eber laa. keling pon keling laaa. next cuti laa ek? haha kbye.

tapi aku tak dapat tahan nafsu nak pergi shopping kat bb. haaa camne camne? mesti pergi. kene pergi jugak! -__-"

esaimen prof ramli tak settle lagi hoiii. bagi settle baru shopping!
taste kau sangat makcik2 dow. handbag kau, kasut kau, n semua laa yang kau pakai. kau baya2 aku kot. cepatnya selera kau menjadi tua. kau ni hormon orang tua ke? sungguh tak paham. HAHA. nak stalk kau pon boring. rasa macam stalk makcik tua -___-"

Tuesday, October 18, 2011

besok dah kene present. ahhhh i'm so scared. buat keje sikit aku bukak fb twitter blog tumblr youtube n segala mak nenek ni. serius aku kena tutup semua ni hari ni. hari ni jeeee. besok dah present suka hati laa nak bukak hari2. dah kbye. eh aku macam dengar fb panggil aku -___-" eh tumblr pon panggil. youtube pon sama. ahhhhhh tidakkkk. dah2 kena tutup!!!!!

dapat cakap sekejap pon jadi laa :')

tadi aku try call mak. sebelom ni nak call mak je mesti tak dapat. tiba2 keluar suara operator arab dok bebel2 then putus. call abah pon mesti macam tu. tadi try call dapat pulak. yeyyy :)

tapi dapat cakap kejap je, sebab tiba2 takde line. mak tengah masuk lif. then call abah pulak, pon dapat cakap sekejap je dengan abah. sebab kredit aku dah abes. tapi takpe, dapat jugak dengar suara diorang :')
i misss both of u...

hari ni pakcik dan makcik aku, pok li n mok teh pon pergi haji. pok li ni abang abah. harap mereka selamat pergi dan pulang. semoga Allah permudahkan segala urusan mereka disana. Aminn...





mak ni memang taw. kalau amek gambar mesti muka dekat ngan kamera. dia confused nak kena pandang mana. hehehe.




Monday, October 17, 2011

lecturer english aku, ape tah nama dia

hari ni ada kelas english. dan lecturer aku sangat comel. sebab dia selalu kena buli dengan kitorang. haha. hari ni kelas english sejam je. madam bukak topik pasal oral speaking yang dia nak buat. dia tanya bila semua nak start. dia nak buat isnin minggu depan. tapi semua taknak. sebab selasa dah start cuti deepavali. semua nak balik awal dari hari jumaat ni laa konon2.

then madam cakap tak boleh, kena buat kelas jugak. sebab kitorang dah banyak sangat cuti. cuti deepavali, raya haji, n last week pon takde kelas english. semua membangkang dengan bersungguh2. lepas tu semua gelak. madam muka terpinga2 je. haha. kesian dia selalu kena buli. asal dia nak buat kelas ganti je, semua taknak.

bincang pasal kelas ganti je, dah nak dekat setengah jam. semua layan je borak dengan dia pasal kelas ganti tu. sebab nak cepat habiskan kelas so that kelas akan berakhir begitu saja tanpa dia perlu mengajar. hahaha. kesian madam. lepas tu bila madam tanya mana homework yang dia bagi last two week? semua cakap "madam, u didnt give any homework laa" hahahahahaha. madam aku ni cina. dia pon melopong mulut, "hoh? no homework meyh?" dia dah macam confused semacam.

lepas tu dia pon start laa mengajar. tiba2 bunyi alarm kereta. madam ngintai2 dekat tingkap nak tengok itu kereta dia ataw bukan. semua satu kelas suruh madam turun bawah n pergi cek. jahat gile. semua cakap "madam u better go n check". cakap banyak kali plak tu suruh dia turun cek. padahal bunyi alarm tu dah senyap pon. haihh macam2 peel =)

Thursday, October 13, 2011

dah nama pon student



 my daily routine and i 'love' that (-..-)



takdela ni je yang aku buat setiap hari. ade jugak la terselit aktiviti tengok wayang dan karok dan dating dan bergossip dan whatever. tapi kebanyakan adalah seperti di atas. kbye nak tido -,-

Monday, October 10, 2011

aku rasa sem ni sangat tough. setiap subjek ada saja homework yang lecturer bagi setiap kali masuk kelas. lagi2 subjek kempen. owh cakap pasal subjek kempen. next week aku kene present. i hate's presentation.

aku punya chapter tebal laaa :(

haihh sempat ke aku nak habiskan baca semua n buat slide. dengan buat CITAP tak abes2. Prof ni kan....

Friday, October 7, 2011

him :)

happy anniversary sayang :)






dah 7 tahun kita kenal. macam2 dah kita lalui. sebab perkara itu, kita tak bersama dulu. saya taw bukan senang untuk kita jadi macam sekarang. terima kasih kerana bersabar dan tunggu saya. 
 
saya sayang awak =')

Thursday, October 6, 2011











emak abah :(

i miss both of u...




Wednesday, October 5, 2011

aku tenung,

benda itu tak berapa menarik perhatian aku.
tapi ade benda yang buat aku terusik untuk melihat.
senyum, terus jalan....
mak abah takde dekat sini. pergi haji. sedih.. susah nak gambarkan perasaan ni macam mana. yang pasti perasaan ni betul2 buat aku emosi..


ape jadi kat sekeliling aku tak mampu jauhkan aku dengan perasaan ni. emosi aku tak stabil.. tak pernah lagi mak abah tinggalkan aku n yang lain2 sejauh ni..

sebelum keluar pintu rumah abah laungkan azan dan baca doa.. doa abah betul2 sayu..syahdu..abah menangis..jarang aku dapat tengok abah menangis. dan waktu tu semua menangis..

sedih aku tengok mak cium leen waktu leen tengah tidur. aku mengintai dari balik pintu..

abah usung dua luggage besar. satu mak punya dan satu abah punya. mak tak mampu nak bawak luggage seberat tu.. dengan keadaan mak, bertambah buat aku sedih dan risau..

jasad aku disini..hati aku, pikiran aku kat rumah. aku fikir adik2..bile teringat pesanan mak, aku jadi sedih balik..

semoga Allah permudahkan urusan emak dan abah disana..aminn..semoga selamat pergi dan pulang..

Monday, October 3, 2011

just saying..

semalam ada yang mesej aku n tanya entry terbaru ni untuk dia lagi ke?ohh please..kenapa kau nak tanya begitu? it's general bebeh. aku cuma meluahkan apa aku rasa. aku rasa diri aku terlalu diambil kesempatan bila aku ni jenis suka buat tak taw or malas nak tegor bila kawan sendiri menyakitkan hati aku. maksud tegor disini, bukan dari segi percakapan saja. tapi tegor dengan membuat muka ataw apa2 yang sama waktu dengannya yang membawa maksud, aku tak suka n aku terasa. no, aku bukan macam tu. bile aku terasa, aku tetap layan orang seperti biasa. aku tak tunjuk.

paham tak?

bila aku ni seorang yang berperangai begitu, orang ambil kesempatan. ramai dah buat macam tu. jadi aku bagitahu ape aku rasa. aku tak tuju kepada siapa2 specific. aku tuju kepada semua orang yang bergelar kawan. rasanya sebelum ni pon aku ade post benda yang hampir sama. dan ade dua orang tanya aku berkaitan entry itu sebab rasa seolah2 aku cakap tentang mereka. senang cerita begini, kalau kau tak buat macam tu, tak perlu terasa. kalau kau buat dan kau terasa, pleaseee..jaga laa hati kawan. itu saja. mudah bukan? i'm easily to forgive n forget. lagi pon, i'm easy going person. aku tak ambil sesuatu isu too serious. dah besar kan..

memang cara aku meluahkan disini. dan bukan didepan. sebab aku memang begitu. aku tak pandai nak tegor orang secara personal. accept me for who i am. ade orang suke cakap depan2, ade orang begini cara nya. so this is me. kenapa aku tak suke tegor depan2? mungkin aku terlalu menjaga hati orang. mungkin....kalau lidah aku mula berkata2, aku takut ianya lebih tajam dari tulisan aku..

stop laa anta mesej tanya begitu. anda tidak begitu pon. kalau anda begitu sekali pon, terima saja laa ape yang saya rasa ini. ini opinion saya, perasaan saya. takkan salah meluahkan perasaan sendiri? saya cakap ini umum ye kawan2 :)

jangan cepat melatah..

aku tak paham kenapa setiap kali aku meluahkan perasaan berkaitan kawan2, orang selalu salah faham. maksud aku, aku cakap pasal orang lain, orang lain yang terasa.. haihh..


berapa kali dah aku kena macam ni.. kadang2 yang terasa tu, aku tak cakap pon pasal dia. kenapa nak terasa? kau/korang ke yang berperangai macam tu..? kalau tak, tak perlu terasa. kalau kau/korang terasa, maknanye kau/korang pon buat macam tu laa dekat aku?


bila dah terasa, nak masam muka..kemon laaa. dah besar panjang jangan buat perangai budak..

Thursday, September 29, 2011

siapa2 yang makan cili pasti terasa hot nye

orang yang rapat dengan aku selalunya taw perwatakan aku macam mana. maksud aku, kenal luar dan dalam. korang taw aku gila2. gila2 aku tak bermakna setiap perkataan yang korang cakap aku telan je. kadang2 gurauan korang melampaui batas. ye aku tak pandai nak tegor, dan sebab tu korang pon makin berani n galak bergurau melampau2. aku bukan seorang yang jenis outspoken. ape aku tak suke, aku akan cakap. no, aku bukan macam tu. tapi disebabkan aku bukan macam tu, tak bermakna korang boleh amek kesempatan. gurau2 jugak. tapi hati member kena jaga beb! pernah ke korang fikir gurauan korang tu buat aku terguris? tak pernah kan..takpe, aku layan je sebab korang member. kali kedua ketiga keempat kelima. benda yang sama korang buat. takde hal la! aku layan lagi..sebab korang member. tapi sampai bile ek? korang kalau kena usik sikit, melenting kemain =) tapi kalau buat kat orang tak fikir plak kan. takpe, sebab korang member..takde hal laa weh. member2 ape ade hal kan?



tapi jangan sampai aku meletup.



owh ye lagi satu. aku cukup tak suka orang menyibuk pasal aku. kawan baik sekali pun, kau tak payah sibuk kot nak amek taw pasal orang yang ade kaitan dengan aku. takde kene mengene pon ngan korang korang sume. sibuk pasal aku je aku boleh terima lagi. ade benda aku boleh share. ade benda aku tak boleh share, tak payah nak sibuk2. jaga tepi kain sendiri je. kain kau pon berlubang2 tu. kbye.

Saturday, August 27, 2011





kalau nak diikutkan, banyak benda yang nak dipertikaikan. kenapa begitu, dan bukan begini. kalau tidak terjadi begitu, pasti tidak terjadi begini. memang. memang banyak yang masih tersimpan dan terpendam dalam hati. tapi dah selesai semuanya seperti apa yang dikehendaki pon dah cukup baik. harus bersyukur. Alhamdulillah.


berkat sabar selama ini. yang lepas tolak saja ketepi. sayang dia.


Wednesday, August 10, 2011







eeee kau ni kan. serius JIJIK dowh. kalau boleh patah balik masa silam, pandang kau sebelah mata pon aku tak hingin.







Monday, August 1, 2011

1st day of ramadhan :)

puasa kali ni lain sikit. along, eman n adik takde. dua2 kat asrama. emm kesian adek2 aku ni. cukup ke tak makan sahur tu :( along plak dah bersuami sekarang. selalu bila bulan puasa, adik la yang paling susah sekali nak kejut. rasa nak eyyyy pukul kang budak ni. liat gile nak bangun.

seperti biasa kalau bulan puasa, sebelom tidor mesti nak kene pikir dulu sahur nanti nak makan ape. so malam tadi kopek kulit udang siap2 n potong sayur2. pukul 4.30 pagi dah pumpang2 kat dapur bersiap sedia nak masak.kalau bukan sebab puasa, takde makna nak bangun awal. hehehe.

resepi untuk pagi tadi cuma sayur campur n udang goreng kunyit bercili, eh entah la tak taw la ape benda nama resipi. aku main masak. yang penting abah cakap sedap. kiki.

masa berbuka tadi, aku tak taw nak buat air ape untuk minum. so tiba2 rasa nak mencuba disebabkan bahan2 dah ade. alaaa gambar takde. sebab bila aku nak amek gambar air tu, mak sergah tiba2. orang sibuk nak berbuka, aku sibuk nak amek gambar air -___-"

ni aku bagi cara2, ape kata korang try. hehe. air ni simple je. tapi sebagai pembuka selera boleh la try. budak2 mesti suka =)

AIR BANDUNG CAMPAK2 ( hahaha aku tak taw nak bagi nama apa)

bahan2 :

sirap
susu Ideal
gula (agak2 nak manis macam mana)
air gas Soda
laici (tin)
fruit cocktail
avokado (potong dadu)
kiwi (potong dadu)
nata de coco
kacang gajus
biji selasih
n pastu sukati korang la nak guna buah ape

cara2 :

first, buat air bandung. tapi masa bubuh sirap, susu n gula tu, jangan campurkan air masak terlalu banyak untuk cair kan dia. guna air dalam laici tin tu. bubuh semua. lepas tu guna kan air soda untuk cairkan sirap n susu tu. maksudnya, selalu kan orang buat air bandung guna kan air masak untuk cairkan sirap n susu tu, yang ni korang guna air soda, air laici, n air dalam fruit cocktail dan juga air dalam nata de coco. 

hasilnye nanti, air bandung tu akan rasa masam2 manis. pastu laici yang banyak2 tu jangan bubuh seketul2. laici tu potong 4. supaya laici tu akan dapat banyak. n then campak la ikut suka korang nak bubuh buah ape. aku bubuh laici, fruit cocktail, nata de coco, kiwi, avocado, kacang gajus n biji selasih.

kalau nak bubuh avocado, jangan bubuh banyak sangat. sebab avocado ni rasa dia macam lemak2 sikit. just nak balance dengan masam manis air tu, boleh la bubuh sikit. pastu last sekali, bubuh la ais banyak2 bagi sejuk. sedappppp korang try la :)

haa senang je kan. ek eleh ni pon nak ajar ke. hehe. motif sebenarnye nak suruh korang try buat air bandung tu guna air2 buah n soda tu. rasa dia lain dari yang lain sikit. yang lain tu, aku tambah2 n campak2 je.

tapi kan kan. kalau korang puasa susah sikit laa nak rasa. sebab air bandung ni kene campur2 dengan air buah n soda. so mesti nak try rasa dia macam mana sebelom hidang kan. jadi kalau tak puasa macam aku boleh laa buat. hahahahaha.


k bye!

Sunday, July 31, 2011

terima kasih sayang!

first, terima kasih sebab tolong hantar balik sampai kat rumah tadi pastu sampai tak sempat nak men badminton kan :(

terima kasih sebab banyak melayan kerenah saya :(
terima kasih sebab banyak bersabar dengan kerenah saya :(
terima kasih sebab tak pernah marah2 saya :(
terima kasih sebab tak pernah meninggikan suara walaupon kadang2 saya degil :(
terima kasih sebab selalu amek berat pasal saya :(
terima kasih sebab selalu tenangkan hati saya :(
terima kasih sebab selalu cakap lembut2 dengan saya :(
terima kasih sebab tak pernah cubit saya kuat2 macam saya buat :(
terima kasih sebab selalu kawal saya yang boros ni :(
terima kasih sebab teman saya buat report sampai pagi buta :(
terima kasih sebab tolong settlekan urusan report praktikal saya :(
terima kasih sebab sanggup ulang alik untuk jumpa saya tak kira masa awak kat perlis dan kat sini :(
terima kasih sebab dah tolong saya macam2 :(
terima kasih sebab selalu bersusah payah untuk saya :(


terima kasih untuk semuanya la!

terima kasih sebab sanggup menunggu saya hampir 5 tahun :(
dan terima kasih sebab sabar untuk pertahankan hubungan ni...



thanks for everythings. iloveusomuch.

Monday, July 11, 2011

kepada sesiapa yang berkenaan

macam ni la, saya hanya zip mulut. malas nak cerita banyak2 sebab nanti macam2 pulak yang keluar. diam lebih baik daripada berkata2.


harap maklum.

Sunday, July 10, 2011

blabla

yeay today i'm going back to rumah sewa. opss bukan seronok sebab besok nak keje, but i cant wait to see him. i have lotsa things to goss haha. yes i love gossiping with him ..or to him as he does not goss as much as i do. i think if he does, there's gotta be something wrong somewhere as i'm sure i'm the chick heeee :)


so before balik rasa nak singgah BB. tapi kalau singgah mesti banyak mall area BB tak bukak because of BERSIH demonstration semalam kan. n if he know, he won't give me to go alone.

btw, i've plan to private my blog. just for invited readers only. or maybe i should not tell more bout my personal in my own blog (huh?). hmm still thinking about this.


ok then, tatah!

Saturday, July 9, 2011

I think I'm going to stop think about other people and just focus at myself and my love for a bit, no one else.

we love each other. FULLSTOP.




uhh sorry..i didn't mean to hurt someone heart. but..

Friday, July 8, 2011

random pics

just a random pics. i found it in my pendrive. rasa dah lama sangat tak update belog n letak muka sendiri. so i upload some of random pic yang tah ape2 ni. i just miss my friends so much :( lama nye semester break. nak balik penang :(







dats not my heels. haha. kak zul punye. dia sakit kaki. jadi dia bukak kasut tu.



                  syida nampak cantik time dinner ni :)           
                       


    kelas kau maria. haha













HAHAHAHAHAHAHAHAHA.
sorry la emy. terletak gambar cantik ni. hahaha.

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!


hye jack. ade problem? haha.