Monday, October 17, 2011

lecturer english aku, ape tah nama dia

hari ni ada kelas english. dan lecturer aku sangat comel. sebab dia selalu kena buli dengan kitorang. haha. hari ni kelas english sejam je. madam bukak topik pasal oral speaking yang dia nak buat. dia tanya bila semua nak start. dia nak buat isnin minggu depan. tapi semua taknak. sebab selasa dah start cuti deepavali. semua nak balik awal dari hari jumaat ni laa konon2.

then madam cakap tak boleh, kena buat kelas jugak. sebab kitorang dah banyak sangat cuti. cuti deepavali, raya haji, n last week pon takde kelas english. semua membangkang dengan bersungguh2. lepas tu semua gelak. madam muka terpinga2 je. haha. kesian dia selalu kena buli. asal dia nak buat kelas ganti je, semua taknak.

bincang pasal kelas ganti je, dah nak dekat setengah jam. semua layan je borak dengan dia pasal kelas ganti tu. sebab nak cepat habiskan kelas so that kelas akan berakhir begitu saja tanpa dia perlu mengajar. hahaha. kesian madam. lepas tu bila madam tanya mana homework yang dia bagi last two week? semua cakap "madam, u didnt give any homework laa" hahahahahaha. madam aku ni cina. dia pon melopong mulut, "hoh? no homework meyh?" dia dah macam confused semacam.

lepas tu dia pon start laa mengajar. tiba2 bunyi alarm kereta. madam ngintai2 dekat tingkap nak tengok itu kereta dia ataw bukan. semua satu kelas suruh madam turun bawah n pergi cek. jahat gile. semua cakap "madam u better go n check". cakap banyak kali plak tu suruh dia turun cek. padahal bunyi alarm tu dah senyap pon. haihh macam2 peel =)

No comments:

Post a Comment