Tuesday, September 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA!


 SALAM semua :) dengan berbesar hati dan ikhlas aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua kawan2 yang mengenali diri ini dan juga kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya. maaf kan segala salah silap aku sama ada secara secara sengaja atau pon tidak.yela siapalah aku,aku cuma insan biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan.ceceh haha :')

before raya lagi aku nak update belog,tapi bz dengan kerja2 rumah.mana tak nya,nak harapkan aku ngan mak je yang mengemas rumah.along keje,adek2 pulak sume pemalas tahap gaban.rasa nak bagi je seliang.tapi kalau bab2 isi kueh raya dalam bekas,menyibok kat dapur gaul2 lauk dalam kuali,yang tuh korang suka kan!

detik2 terakhir ramadhan,


mak n baby sibuk menganyam ketupat.anyam ke?tak la.beli saje dekat pasar.9 ketul rm5.mak kata mahal.haha.balik rumah buat sendiri la pulutnye tuh.


ni si bongsu,baby.kalau kerja2 macam ni memang dia laju je nak menyibok.cuba bagi penyapu sebatang suruh sapu rumah, buat2 tido pulak.



lihat lihat rendang ni! sape lagi yang masak.well well malas nak cakap, sape lagi kalau bukan, jeng jeng jeng...emak laaa.haha takkan aku kot.memang tak la.hihi.emak memang seorang super emak.

malam raya tuh aku tak berape excited pon nak sambut raya.rumah pon kemas ala kadar je.tak menang tangan nak buat semua berdua ngan emak aku.akak aku pulak before berbuka puasa baru sampai rumah.adek2 aku sepeti yang dimaklumkan, diorang pemalas hangit!bayangkan orang suruh kemas rumah,diorang kemas bilik sendiri je.tu pon tak berapa nak kemas. bila suruh kemas ade je dok bergadoh 3 orang tak puas hati kenapa orang tu buat keje susah kene tebas rumput,orang ni buat keje senang susun selipar je.
sabar jela -____-"  buat jela keje sama2.cuba bagi upah setiap sorang laju je angkat penyapu buat2 kemas.pokai la duet mak woi asek nak bagi upah je kat korang.padan muka korang tahun ni aku tak bagi korang duet raya.padan muka padan muka!


first day of raya ,


ni la super emak dan abah :)

abah dah bukak sampin pulak.kalau x,bapak wa hensem wa cakap sama lu.dah macam orang nak bersiap nak gi nikah.errrrrkkk.time ni baru lepas sembahyang raya n kitorang tengah siap2 nak balik kampung.so agaknye bapak aku rasa tak kuasa nak bersampin dalam kete.


sebelum gerak,


super emak dan along


super emak dan baby.berpura2 kau salam ngan mak ye.tengok muka emak tuh,tak kuasa nak layan.haha


percubaan aku nak menyibuk dalam gambar ni kurang berjaya nampaknye.








yang tengah kaler pink tuh adek aku,noor aiman fadhilah.panggilan beliau adalah eman.orang suruh buat tangan gaya ala2 pramugari gitu,kau macam baca ikrar pulak kenapa?haha.adek beradek aku sume 6 orang.ade lagi sorang kakak aku,tapi takde dalam gambar.dia syndrom down,jadi tak pandai la nak bergambar macam ni :)



baju pilihan aku,kurung moden biru.yang simple sudey.family aku takde tema pon.

kitorang balik ke kampung emak dekat kampar,perak.tak jauh mana pun.dua jam je.dalam kete tido,celik2 dah sampai.sampai2 je kat kampar kitorang terus pegi singgah umah opah nor kot nama dia.umah dia ni memang dari dulu feveret aku.nak taw sebab apa?sebab ade buaian.hahaha.ala buaian kampung yang orang gantung kat pokok tuh.siap ade 4 buaian.



feeling2 bawang merah gitu.hahahhaa


dan seterusnya aktiviti bergambar dengan buaian dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada perot nak melantak.hihi



itu la akak aku yg kedua,sebelah ayah aku tuh.yang pakai tudung comel2 rambut terkeluar tuh.haha


  

yg itam2 tuh pak long aku.slumber kan aku cakap pakcik aku itam -__-"




sape nak masuk meminang,sila jumpa sebelah aku ni dulu.haha

dan perjalanan diteruskan lagi ke rumah opah wan pulak.sampai kat rumah opah wan dah malas nak amek gambar.pastu terus la balik ke rumah makcik aku.


macam beruk mak yeh terkinja2 -__-"

yang rumah papan belakang tuh rumah arwah opah :') sebelah rumah makcik saja.lepas tu takde jalan kemana2 pun.duduk rumah je.hari raya kedua pulak pegi tesco kat kampar.teman makcik beli bahan2 buat fruit cocktail.



on the way ke tesco.macam ibu dan anak -__-"

balik dari tesco,singgah jiran sebelah rumah makcik aku.akhirnya aku dapat jugak duit raya.nak tau berapa?satu ringgit malaysia sahaja T_T teruja aku bukak sampul nak tengok berapa keping dapat.yela makin besar makin banyak la duet raya kan?hihi.ok la tu janji lepas nak beli cekedis.


oh ye rupa2nye belakang umah makcik aku pon dah ade buaian kat pokok.hehe.satu buaian papan yang biasa tuh.satu lagi buaian heaven namanye.hahaha.buaian tu memang asyik.boleh tido2,buai laju2.memang terbaik.kalau tergolek pon memang terbaek gak.



feeling2 tepi pantai kan.haha

raya ketiga dah balik kl.so kesimpulannya raya tahun ni tak menarek pon bagi aku.tapi ok la jugak kan dari tak balik kampung macam tahun lepas,mati kutu tak taw nak buat ape.raya kedua pegi tengok wayang kat mid.haha.ok la cukup sampai sini je.banyak lagi gambar,kang masuk banyak2 muntah pulak orang tengok.haha.so macam mana raya korang? :)

 ok la gambar last,


  
haha!

ok bye2!
 
SELAMAT HARI RAYA EVERYONE! :)


No comments:

Post a Comment