Tuesday, September 14, 2010

SELAMAT HARI RAYA!


 SALAM semua :) dengan berbesar hati dan ikhlas aku ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua kawan2 yang mengenali diri ini dan juga kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya. maaf kan segala salah silap aku sama ada secara secara sengaja atau pon tidak.yela siapalah aku,aku cuma insan biasa yang tidak lari dari membuat kesilapan.ceceh haha :')

before raya lagi aku nak update belog,tapi bz dengan kerja2 rumah.mana tak nya,nak harapkan aku ngan mak je yang mengemas rumah.along keje,adek2 pulak sume pemalas tahap gaban.rasa nak bagi je seliang.tapi kalau bab2 isi kueh raya dalam bekas,menyibok kat dapur gaul2 lauk dalam kuali,yang tuh korang suka kan!

detik2 terakhir ramadhan,


mak n baby sibuk menganyam ketupat.anyam ke?tak la.beli saje dekat pasar.9 ketul rm5.mak kata mahal.haha.balik rumah buat sendiri la pulutnye tuh.


ni si bongsu,baby.kalau kerja2 macam ni memang dia laju je nak menyibok.cuba bagi penyapu sebatang suruh sapu rumah, buat2 tido pulak.



lihat lihat rendang ni! sape lagi yang masak.well well malas nak cakap, sape lagi kalau bukan, jeng jeng jeng...emak laaa.haha takkan aku kot.memang tak la.hihi.emak memang seorang super emak.

malam raya tuh aku tak berape excited pon nak sambut raya.rumah pon kemas ala kadar je.tak menang tangan nak buat semua berdua ngan emak aku.akak aku pulak before berbuka puasa baru sampai rumah.adek2 aku sepeti yang dimaklumkan, diorang pemalas hangit!bayangkan orang suruh kemas rumah,diorang kemas bilik sendiri je.tu pon tak berapa nak kemas. bila suruh kemas ade je dok bergadoh 3 orang tak puas hati kenapa orang tu buat keje susah kene tebas rumput,orang ni buat keje senang susun selipar je.
sabar jela -____-"  buat jela keje sama2.cuba bagi upah setiap sorang laju je angkat penyapu buat2 kemas.pokai la duet mak woi asek nak bagi upah je kat korang.padan muka korang tahun ni aku tak bagi korang duet raya.padan muka padan muka!


first day of raya ,


ni la super emak dan abah :)

abah dah bukak sampin pulak.kalau x,bapak wa hensem wa cakap sama lu.dah macam orang nak bersiap nak gi nikah.errrrrkkk.time ni baru lepas sembahyang raya n kitorang tengah siap2 nak balik kampung.so agaknye bapak aku rasa tak kuasa nak bersampin dalam kete.


sebelum gerak,


super emak dan along


super emak dan baby.berpura2 kau salam ngan mak ye.tengok muka emak tuh,tak kuasa nak layan.haha


percubaan aku nak menyibuk dalam gambar ni kurang berjaya nampaknye.








yang tengah kaler pink tuh adek aku,noor aiman fadhilah.panggilan beliau adalah eman.orang suruh buat tangan gaya ala2 pramugari gitu,kau macam baca ikrar pulak kenapa?haha.adek beradek aku sume 6 orang.ade lagi sorang kakak aku,tapi takde dalam gambar.dia syndrom down,jadi tak pandai la nak bergambar macam ni :)



baju pilihan aku,kurung moden biru.yang simple sudey.family aku takde tema pon.

kitorang balik ke kampung emak dekat kampar,perak.tak jauh mana pun.dua jam je.dalam kete tido,celik2 dah sampai.sampai2 je kat kampar kitorang terus pegi singgah umah opah nor kot nama dia.umah dia ni memang dari dulu feveret aku.nak taw sebab apa?sebab ade buaian.hahaha.ala buaian kampung yang orang gantung kat pokok tuh.siap ade 4 buaian.



feeling2 bawang merah gitu.hahahhaa


dan seterusnya aktiviti bergambar dengan buaian dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada perot nak melantak.hihi



itu la akak aku yg kedua,sebelah ayah aku tuh.yang pakai tudung comel2 rambut terkeluar tuh.haha


  

yg itam2 tuh pak long aku.slumber kan aku cakap pakcik aku itam -__-"




sape nak masuk meminang,sila jumpa sebelah aku ni dulu.haha

dan perjalanan diteruskan lagi ke rumah opah wan pulak.sampai kat rumah opah wan dah malas nak amek gambar.pastu terus la balik ke rumah makcik aku.


macam beruk mak yeh terkinja2 -__-"

yang rumah papan belakang tuh rumah arwah opah :') sebelah rumah makcik saja.lepas tu takde jalan kemana2 pun.duduk rumah je.hari raya kedua pulak pegi tesco kat kampar.teman makcik beli bahan2 buat fruit cocktail.



on the way ke tesco.macam ibu dan anak -__-"

balik dari tesco,singgah jiran sebelah rumah makcik aku.akhirnya aku dapat jugak duit raya.nak tau berapa?satu ringgit malaysia sahaja T_T teruja aku bukak sampul nak tengok berapa keping dapat.yela makin besar makin banyak la duet raya kan?hihi.ok la tu janji lepas nak beli cekedis.


oh ye rupa2nye belakang umah makcik aku pon dah ade buaian kat pokok.hehe.satu buaian papan yang biasa tuh.satu lagi buaian heaven namanye.hahaha.buaian tu memang asyik.boleh tido2,buai laju2.memang terbaik.kalau tergolek pon memang terbaek gak.



feeling2 tepi pantai kan.haha

raya ketiga dah balik kl.so kesimpulannya raya tahun ni tak menarek pon bagi aku.tapi ok la jugak kan dari tak balik kampung macam tahun lepas,mati kutu tak taw nak buat ape.raya kedua pegi tengok wayang kat mid.haha.ok la cukup sampai sini je.banyak lagi gambar,kang masuk banyak2 muntah pulak orang tengok.haha.so macam mana raya korang? :)

 ok la gambar last,


  
haha!

ok bye2!
 
SELAMAT HARI RAYA EVERYONE! :)


Tuesday, September 7, 2010

APA KAU PIKIR KAU DAH PANDAI SANGAT KE?

aku bengang betol dari semalam.bukan dari semalam je,dari sebelum2 ni lagi.siapa punca tak perlu la dibagitau,tapi ape puncanya,nih aku bagitau. sape yang cakap kos masscomm itu adalah senang meh datang sini aku lempang muka kau tiga kali kau nak?aku cukup benci bila orang tanya aku amek kos ape?n aku jawab,masscomm @ komunikasi.dan dibalas balik,owh senang je kan bukan susah mana.kepala hots engkau!belom tentu kau tau ape itu komunikasi.apa kau pikir amek komunikasi semudah belajar ABC?eh manusia, kalau semudah itu la komunikasi nih,takdela kos tu diwujudkan dalam IPT kau tau x?kau cuma tau cakap je,hakikatnye ape yang kau tau?kau tau nama kos kau gah sangat,pelik n lidah berbelit2 nak sebut atau bila kau sebut je orang kagum mendengar,dah cukup membuktikan yang kau tuh pandai la?

kau pikir orang2 media dalam malaysia ni wujud dari mana?ye mungkin sesetengah mereka amek kos lain dan tersasar bidang kerja.tapi tanpa 'orang-orang' seperti kami, tak wujud wartawan,pengamal media,pembikin filem,skrip,drama,berita n setiap cerita2 yang kau tonton di tv. kau tak kan dapat tahu setiap isu2 semasa tanpa orang media macam kami yang menyediakan semuanya pada kau.apa kau pikir majalah2 yang kau baca,orang yang tak berilmu ke yang menulis setiap isi rencananya?kau pikir setiap syarikat boleh bergerak dengan begitu maju tanpa adanya pegawai perhubungan awam yang terlatih dan diajar dari kos komunikasi  ni?kau cuba tanya semua syarikat dalam malaysia,kalau takde pergawai perhubungan awam susah atau senang nak menggerakkan organisasi tersebut?itu hanya seciput bidang kerja yang aku beri contoh. apa kau pikir kalau kau amek matematik,kau otak kiri n kami otak ape?otak udang?ape punya sempit la pikiran kau nih!n kalau kau amek kos undang-undang,sudah cukup pandai la kau berdebat macam kau sorang jela yang pandai berkata-kata,pandai dalam segala hal undang-undang negara.kalau begitu mari berbicara tentang undang-undang media dengan aku.mahu?

setiap kos ade susah dan senangnya.siapa yang belajar,dia lebih mengetahui peritnya.jangan kau bijak berkata-kata je padahal kau hanya bercakap kosong umpama otak kau yang kosong tu.jangan jadi melayu kuno yang berfikiran kalau amek medic,wah hebat nye nanti jadi doctor.weh itu hanya fikiran orang kampung yang duduk dekat hulu tak tau ape2.sebelom bercakap,pikir dulu.jangan menampakkan sangat kebodohan kau yang kononnya amek kos hebat sangat tu.




nah,TAKE THIS.









HISHHH BULAN PUASA BIKIN AKU MARAH!




Monday, September 6, 2010

BUKA PUASA BERSAMA FUCA ♥

FUCA?fuca tuh ape?fuca tuh fuc* ke?owhh bukan2.haha.fuca tuh actually groups name la konon.tapi apa maksud fuca dirahsiakan.hanya kitorang je yang taw.aku pon tak sanggup nak bagitaw maksud dia.tah pape n kelakar.haha.fuca telah ditubuhkan pada tahun 2007 dengan berprinsipkan...eh tak boleh bla kan pengenalan fuca.hihi.kitorang semua kawan dari sekolah n tak pernah lost contact pun until now walaupun dah lima tahun habis sekolah.gangster weh kitorang kat sekolah dulu.haha.gangster la sangat kan.hihi.n pengasas dia?so sad sudah dilupakan :p

jumaat baru nih aku berbuka puasa dengan semua kesayangan2 nih kat klcc :) semangat tau aku balik awal dari penang semata2 nak jumpa korang semua.terpaksa la tido umah neni untuk melancarkan perjalanan pada hari tersebut.chewaahh haha.sampai aku skip kelas hari jumaat tu.kepada lect tersayang encik zain,kita jumpa la lepas raya.saya bawak dua balang kueh raya untuk encik,kalau encik nak lebih pon boleh.saya dah bersiap sedia nak bawak kueh raya spare berbalang2 asal markah tak kene tolak  -,-


pizza tak sampai lagi.jadi bergambar sebagai permulaan tu wajib la kan.



eh2 bila masa nih eshta snap curi2.nape tak bagitaw awal2,boleh aku bagi pose yang daring sikit.haha :p


jey pandang je makanan syasya.hahaha.dlm ati syasya,ko kenapa pandang2?ingat aku kurus,aku tak mampu habiskan semua ni?jangan disangka badan yang kurus tidak berlemak -__-"



giliran syasya pulak mencuri pandang makanan jehan.mungkin syasya tengah pikir cara terbaik untuk mengayat jehan supaya dapat berkongsi makanan.hahaha.



habiskan cepat sebelom orang lain pulak mintak.

tengah makan2,datang dah lagi sorang...



nana si organiser penat.hahahahaha.

buka puasa tahun lepas dia yang jadi organiser.bukan main penat dia memastikan semua orang cukup makan.jadi dengan itu aku n neni panggil dia,organiser penat.haha.walaupon tahun ni organiser bertukar tangan pada dayot.thanx dayot for organise all this :)) tapi ko tak nampak penat macam nana.hehe.


nana gaza -___-"

neni yang panggil ko macam tu.bukan aku.aku tak taw pape.motip sebab kitorang kesian tengok ko makan time ni,nampak penat.da la kurus.hahahahahahha :P


muka kekenyangan.

neni menunjukkan muka bangga dapat menakluk ayam kepunyaan faren.nasib baik laki eshta tu demam tak larat makan.ade la can ayam tu untuk ko  -__-"


ala2 shayang busyuk2 manja nye dia yeee.meh cni lempang skali nak?


cincin pusaka nenekku.haha.


amoi cantek.da lama tak jumpa,makin cantek woh dia sekarang.putih berseri,slim mlim lagi.zimah,apa rahsia?share2 la.nak jadi cantek gak!



with mama qani :)

dah ade anak dah ko ye.dulu bodo2 lagi kita time skola.keje asek nak lari je dari asrama.tak boleh nak duduk diam.ingat sekali tuh,kita lari dari asrama bertiga,dengan kak zul skali.da la lari pegi melepak kt CM pastu petaling street pon kita pergi ke hah?tak ingat la.ape motip tah lepak situ.sengal betol -___-"
balik je lari senyap2 ikot blok B.pastu bertembung dengan Ustaz Haider tengah naek moto.ustaz macam jerit ape entah atas motor tuh.macam nampak hantu time kita lari n lompat menyorok dalam longkang.aku dengar macam ustaz cakap Allahuakbar!hahahaha.besok malam tuh tiba2 ustaz cakap prep takde.ustaz nak jampi blok tuh ke apa.haha.


*the baby,Husna :) comel sangat!

ni la umi jey.hehe.dah2 jangan ko berangan nak jadi kak jey or auntie jey.umi jey je!


 tadi umi jey.ni bu eshta pulak.haha sukati aku kan bagi nama :p






nasib baik ade akauntan 3 orang tolong kira duet pizza.

yang tengah2 baju itam tu nama dia neni.pembuli terhebat.dulu masa aku baru masuk samer form 2,aku dengar ko ke shirot tah,buli budak2 form 1 suruh makan tulang ayam.ya ampun -__-" hahaha.







nakal2 kita,selalu kena marah,kena denda pun tapi semua dah berjaya ke menara gading.cikgu2 sila bangga dapat anak murid macam ni.ecece hehe.dulu anti betol dengan budak2 skema kan?say no to nerd!hihi.budak2 samer yang nerd sila jangan terasa ye.haha.
 
raya ni kita konvoi ramai2 lagi ye macam tahun lepas.konvoi dengan budak2 laki semua.ingat tak nama group budak laki dulu ape?FUJI kan kalau tak silap aku?haha.aku tau korang mesti ingat apa maksud fuji.lagi tak boleh bla da la jahat gila macam syaiton masa sekolah :p hahahaha.

dah2 yang penting hari tuh neni n nana cakap aku dah makin lembut sekarang.hahaha.err dulu aku tak lembut ke?malu i (-,-) fucarianz yang lain yang tak datang masa buka puasa,nanti konvoi raya ikot skali ye?rindu korang yang lain2 gak :D n thanx to hubby eshta yang sudi datang n bawak kamera mahal bersama.next reunion,eshta sila bawak laki ko lagi ye.kamera mahal itu penting.haha.



ok la bye2! selamat berpuasa semuaa :)