Saturday, October 23, 2010

hajat, tolonglah tercapai.



tolong laaaa. aku teringin sangat nak pergi tempat ini dan buat itu :

1) ZOO

ye aku nak pegi zoo. jangan gelak ye. aku memang nak sangat pegi zoo sebab aku dah lama tak pergi sana. sejak akhir2 ni aku rasa jiwa aku sangat la mencintai haiwan. eh wak lu. celah mana pulak cintakan haiwan. hahaha. aku nak sangat pegi tengok haiwan2 tu. terutamanya orang utan dan singa -__-' betol ni aku tak tipu. aku nak amek gambar sambil dukung orang utan. dulu aku pernah tengok dekat zoo, dia bagi kalau kita amek gambar dengan orang utan tu. dan orang utan tu tersangat la comel dan manja. sampai ada sorang pelancong mat saleh ni, dia dukung orang utan tu, dan orang utan tu cium dia. hee comel kan. kau sanggup tak kena macam tuh? hahaha. dan singa pulak, aku nak pegi tengok dia sambil bagi dia makan. tapi bukan bagi makan dekat2. aku panggil2 dia pastu campak makanan kat dia, haa pastu lari laju2. pastu patah balik n buat benda yang sama lagi sekali.

tapi orang yang jaga dekat kandang singa dulu cakap, singa ni tido 22 jam. sebab tu susah nak nampak singa. tak tau la betol ke tak. amboi singa, over kau tido ye. zirafah pun aku nak tengok, nak naik atas dia. buaya pun sama, singa laut, gajah, haa semua la. tapi aku cukup takut dengan spesies cicak. i mean yang seangkatan dengannya la. biawak ke, sesumpah ke. eee aku tak paham kenapa ada orang suka bela benda2 tu. eh ular pon aku teringin nak pegang. tapi aku takut tengah2 pegang tiba2 dia jerut badan aku. takpe, sebelom apa2 berlaku, aku dah pikirkan cara selamat. bawak ridsect dalam bag sebagai protection. takut ada haiwan mengganas secara tiba2, aku sembur je kat muka dia banyak2. nak lagi super protection, aku bawak dua botol, ridsect dan shieldtox. baru semua binatang respect kat aku. hahaha.

eh tapi kan, baru aku perasan yang aku takut dengan spesies burung. maksudnya burung ke, ayam ke. mungkin kalau dari jauh, aku tak takut. kalau lalu sebelah pon takpe, ape ade hal. haha. tapi cuba angkat bagi kat aku, satu malaysia dengar aku jerit. last december aku pegi genting ngan kawan2 aku, then ada satu tempat ni kita boleh amek gambar dengan burung. aku teringin, tapi bila orang tu letak je burung atas bahu aku, meleleh2 aku menanges. haishh mengada2 betol. rasa nak lempang diri sendiri. hahaha. aku tak tau kenapa aku takut. aku takut dengan kaki n mulut dia.



olololo comelnye. come to mummy sayang. kehkeh


haa tengok2. siti pon teringin dukung orang utan. hajat dia dah tercapai. hajat aku belom lagi.


ish i tergoda la tengok u pose manja macam ni sayang.


waaa sumpah seram. bila tengok yang ni, aku pikir dua kali nak dukung ke tak. gatal kepala tiba2 tengok dahi dia.



 bagi aku dalam banyak2 binatang, singa kategori binatang yang hensem. kan?




dua spesies ni memang menakutkan.


ish geram. picit bagi mati. comel sangat, tapi aku takut dengan kau. 


ouh leopard! i love leopard! weh aku nak jugak la pegang macam neh.


sekali dia gigit macam neh. waa aku taknak la jadi muka depan n tajuk utama berita hairan dan utusan meloya.


ala comelnye. nape comel sangat neh. meh sini nak lempang2 muka tu. bukan abang tu. tapi yang itam legam tu.


ok cukup la tu gambar menatang banyak sangat. dah macam blog cuti2 ke zoo pulak. haa sekarang dah tau kan betapa teringinnya aku nak pergi zoo?

mari kita tengok next pulak, hehe


2)  SAWAH PADI

seumur hidup aku, aku belom pernah pijak sawah. ceh cakap macam la dia orang bandar sangat. hahaha. yela betol la, aku membesar di kl dan selangor, ingat ade sawah ke kat situ. memang bila balik kampung belah mak dan ayah aku, ade lalu kawasan sawah. tapi cuma tengok sambil telan air liur jelaa. tak pernah turun dan singgah. rumah arwah nenek dan opah pun bukannye keliling sawah. aku n kakak aku memang batak sikit bila jumpa kampung. mula la kitorang sibuk keluarkan kamera, dan cakap "eh cepat amek gambar suasana kampung". see? jakun sungguh kami.

aku nak jalan kat lorong2 sawah. eh lorong2? haha. aku baru taw orang panggil lorong tu 'ban'. betol ke? member aku yang ajar. haa aku teringin nak jalan atas ban, main selut, cari ikan. eh ade ikan ke dalam sawah? ke ade padi je? =,=
ye aku teringin sangat nak buat apa yang budak kampung buat. dan yang paling aku selalu berangan, main layang2 dan basikal kat atas ban tu. ohh ala2 drama gitu. hahaha. tapi kan, boleh ke main basikal atas ban tu?bukan ban tu kecik ke lorong nye?

harap2 plan aku untuk pergi rumah fana bulan 12 ni masa cuti sem tercapai. aku dah tengok gambar rumah dia. ouh sebuah rumah kampung yang sangat cantik! dan aku teruja sangat nak pergi. kesat air liur dah ni. macam rumah kampung dalam drama or filem. cantik bangat. belakang rumah dia ade sawah dan sungai. betol2 belakang rumah je ye. bangun pagi, bukak pintu..haa cak! sawah! itu yang kita nak tu. hehe. pastu dia cakap rumah dia dekat dengan gunung jerai. aku tak pernah pergi situ. tapi aku dengar orang cakap tempat tu cantik. ok la nak pergi jugak. pastu lagi, dekat dengan pulau dayang bunting. eh semua laa aku nak pergi. kenapa la rumah kau best sangat. ade semua tu. ish!

eh jap, tapi main basikal n layang2 kat tepi pantai pon best jugak kan?lagi2 dengan boipren. kasi can aku berangan bole? haha. sape sanggup bawak aku main basikal n layang2, lulus ujian 1 untuk jadi laki aku. baru ujian 1 ye. kehkeh. gatal sangat aku ni kenapa. dah2 layan gambar,



 cantiknya ciptaan Allah. dating kat sini lagi best dari dating kat Pavi. haha.
eh tengok lorong ni, besar je.


ok maknanye, boleh la main basikal atas lorong kan?yeay!


waa bestnye tolak kerbau. kalau aku ade kerbau, aku nak bagi nama dia danial. petang2 bole jalan2 dengan danial dekat sawah. kehkeh


haa tengok. nubhan pun mancing kat sawah. tapi ape yang dia pancing tu?
 

 kan banyak tu aktiviti bole buat atas sawah. bukan tanam padi je.

eh kejap, sebenarnya panggilan yang betul apa? sawah or bendang? tolong jawab untuk saya :)


ok jum tengok next lagi. yek la berangan tak salah kan. hihi


3) BUKIT BROGA

yang ni aku malas nak bebel panjang. yang pasti aku nak pergi. sebab aku tengok tempat dia cantik gila n aku teringin nak mendaki hingga ke puncak kejayaan. tak kisah la ketiak berkuah pun kalau naik sampai atas tu, aku nak pegi. haha. oh ye, bukit broga dekat semenyih kan? ehem2 orang tu, jangan bangga sangat ye.



  
 
 cantiknyaaa  >.<


maju jugak semenyih ni rupanya. hahaha. orang semenyih jangan marah. hihi


waa naik kat bukit broga terus dapat kuasa superman ek? boleh terbang2.


fulamakk kak. caya la lu posing. err jangan marah ek akak n abang. saya cilok gambar kat google. ini kerana saya teruja tengok abang n akak posing macam ni. eh tak tak. bukan teruja. saya jeles sebenarnya. saya pon nak bergambar macam ni. sambil melompat kegirangan dan bergambar termenung menghadap matahari. hehehehe.


ok dah itu je tempat2 yang aku nak sangat pergi n buat benda2 yang aku cakap tu. sape2 tolong tunaikan hajat aku, aku tunai kan hajat korang pulak. kita saling melengkapi hajat masing2. kehkehkeh.


so impian korang nak pergi mana? :)



1 comment: