Monday, December 20, 2010

RESULT

hari ni result keluar. tapi cuma keluar status setiap subjek je dulu sama ada lulus ataw gagal. 24hb baru keluar gred n pointer penuh. sumpah bangun je  tidur pagi tadi, dup dap dup dap jantung aku. gigi tak gosok, taik mata tak buang lagi (heh geli) terus mengadap internet nak cek result. aku tak mengharap yang tinggi pon. aku cuma nak lulus setiap subjek je. jumaat ni nak keluar berapa pon pointer aku, lantak laa. itu belakang cerita.

bukak2 je..haishh berdebar betol. masa diploma dulu pon tak takut macam ni. sebab ape aku takut? sebab aku belajar main-main  T_T







klik untuk penglihatan yang lebih jelas. hehe

yeay! sudah pandai print screen. cik fsakinah yang ajar. hehe kesian aku baru nak reti print screen. orang lain dah lama pandai -___-"

hee semangat nye aku benda ni pon nak tunjuk. akak2 abang2 senior, rakan2, adek2, saya memang macam ni. semangat laen macam sikit lepas taw sume subjek lulus. kesian kan saya :")  

yang penting aku lulus tanpa ade star kat status tu. contoh, LULUS*. owh aku pon tak taw ape maksudnye. tapi senior cakap, maksudnye itu lulus, tapi c- . jadi ade pilihan sama ade nak repeat ataw tidak, tapi kena bincang dengan penasihat akademik. maknanye, aku takde c- laa. haa nak menanges laa sekarang. nak buat kenduri kesyukuran 40 hari, tumbang 10 ekor lembu :") hehe.

kenapa aku takut sangat sebelum result keluar? sebab aku sedar usaha aku tak seberapa. banyak main, main, main. tidur, shopping, karok, tengok wayang, merayap. huh itu je aktiviti aku sepanjang kat usm. pergi kelas malas. kelas titas jangan cite la. boleh kira berapa kali je pergi (-,-)

nampak tak subjek yang aku highlight tanda pink tu? itu laa subjek yang aku target failed. killer subject tu. lagi2 techno comm. malam sebelum exam, aku pergi bilik kak zul. mengadu n menanges dekat dia. aku takut tak dapat jawab. padahal orang laen pon amek paper sama. lek jee. eee cengeng lebeh laa aku. haha. booo untuk diri sendiri. 

sekarang dah mampu untuk tarik nafas lega. dah berjaya habiskan satu sem :") tak dapat bayangkan kalau kena repeat. aku n kawan2 lain yang seangkatan dari diploma kan cuma dua tahun dekat usm. nampak tak dalam gambar tu unit yang dah dikecualikan? kitorang dapat transfer semua subjek tu sampai jimat dua sem. so kalau aku failed satu paper, elok2 dapat dua tahun, terus jadi dua tahun setengah semata2 untuk repeat. ohh aku taknak benda tu. nehi nehi! saya mahu betol2 abes dalam masa dua tahun. saya mahu kerja, mahu beli kereta, mahu kawen, mahu kawen, mahu kawen, mahu kawen. ok cukup laa tu empat kali aku ulang nak kawen. haha. dan nak beli baju yang comel untuk anak2 nanti. eh ape kene mengena nak habis belajar cepat dengan nak beli baju anak?
-___-" kesiannn.


sekarang tinggal lagi tiga sem iaitu setahun setengah lagi..insyaAllah :")


disebabkan aku excited, nak upload laa gambar diri tengah excited. ni masa wedding kakak aku, tapi belah lelaki. lebih kurang macam ni laa aku excited bila tengok result tadi. tapi lebih dahsyat sebenarnye. ala-ala kera. hehe





ceiss tak semenggah punya adek. beliau tutup idong ketika aku mengembangkan sayap. lawak kasar yer kau.


yippiiiiiii saya LULUS semua subjek!! :DD


okeh laa babai!





No comments:

Post a Comment