Friday, January 7, 2011

happy new year!

aku taw laa aku loser sebab dah masuk 7 januari 2011 baru nak wish happy new year  =..=

takpelaa aku nak wish jugak. to all my follower, perghh follower. hahaha bajet diri fatin liyana laa ramai yang nak baca belog aku  T_T ok laa tak tak. untuk kawan2, selamat tahun baru :)

so kalau cakap pasal tahun baru, mesti kena ada azam kan. bukan azam sameon yang duduk kat hujung kampung tu. mahupun azam rakan sekelas, tapi ni adalah azam ataupun dalam erti kata lain, semangat yang poyo dan berkobar2 di awal tahun je. aku lah tu :)

aku tak pernah ade azam pon. kalau nak berazam, bila2 pon boleh. tak perlu tunggu tahun baru kan? tapi biasalah aku kan, orang lain ade azam aku nak laa jugak. aku taknak ali, taknak abu, nak azam jugak.

ni azam poyo aku untuk 2011 :
 

1.

nak study rajin2. tapi sebenarnye mula2 aku azam taknak ponteng kelas. tapi dalam mimpi jela. hahaha. baru dua minggu start sem baru, aku dah ponteng empat kelas =) terbaek kan?

untuk berazam taknak ponteng kelas tu, agak payah sikit laa. lagi2 kuliah yang tak diambil kedatangan. tapi serius aku nak study betol2 sem ni walaupon kekerapan ponteng kelas selepas ni mungkin berlaku lagi :) taknak laa skema sangat. chillex sudeh. skema ye2 sangat, tapi belajar tak smart buat ape kan? lek2 je, jangan tunjuk sangat kat orang yang kita pandai. hahaha. menggelabs gile statement aku. macam la pandai. tak pon  =)

enjoy my life selagi menjadi seorang student. enjoy2 jugak, study2 jugak. pandai bahagikan masa antara dua2. jadi student la perkara paling best sekali dalam hidup. best tu bila time takde kelas je. hidup penuh dengan berpoya-poyaan dan berjimba bersama rakan taulan. mesti mak aku menanges kalau dia baca ni. hehe.





haa gigih weh aku berdoa mengadap masjid putrajaya. mintak semoga azam aku tercapai. jangan la gelak. aku serius neh.




 tiba2 kawan aku pon nak join. nak doa sama2 supaya azam poyo aku bukan sekadar poyo sahaja. aminnn.




dan lagi sorang ni pon tibe2 je ye. tibe2 je nak doa jugak untuk aku. tak taw la datang dari mana ni.






2.


i want him to be mine, and we will be together.. insyaAllah :") ok ni betol2 berazam. yang ni tak termasuk dalam kategori azam poyo. yang first tadi, azam separuh poyo. yang ni azam penuh harapan. hehe.
i have make two mistake in love before. i fall in love with person i never feel to be with, n i ignore the right person in front of me which is him. i dun want to make the same mistake twice. i won't.

cinta, i love u. n this year is for us right? muah sikit. hahaha malu seyhh jiwang di khalayak ramai -____-"




3.


nak update belog dengan kerap, walaupon sedar aku memang malas nak menaip apa aku buat setiap hari. tapi tu laa tujuan aku buat belog sebenarnye, update about my life everyday yang bajet-ah-best-sangat-kan, n nak tunjuk kat cucu aku nanti yang aku adalah nenek yang rock dan cucu aku mesti bangga dengan aku bila dia baca kisah aku zaman muda-mudi  -_____-"




okeh laaa yang ni je aku mampu pikir. yang laen tu biasa la, nak jadi anak solehah, nak jadi baik, nak jadi ustajah, nak semayang cukup, nak sume yang baik2 laa. tak payah tunggu tahun baru pon memang aku sentiasa nak sume tu.


2010 banyak kenangan manis dan pahit untuk aku. meh aku cite yang paling pahit, tawar, masin n tak sedap dulu.


first, bila aku kerja kat menara celcom selama 6 bulan. ya ampun azab gile kerja situ. hari2 rasa nak berhenti keje. tapi kalau aku tak keje situ, aku takkan dapat kawan yang best. kawan aku susah n senang. alep, timah, n emy. ramai kawan yang aku sayang. tapi tak semua ade ape yang diorang ade :) diorang banyak tolong aku dari dulu sampai sekarang. sob sob sedeh dah ni.



 i heart them.


 sape2 yang pernah call celcom antara bulan nov 09 - april 10, ade tak korang dengar suara pompuan yang jawab tu ayu lembut2 je? kalau ade, korang tengah cakap ngan aku la tuh. aku sorang je customer service suara macam tu. hahaha. aku memang perasan, abaikan je :) sangat berpura2 mesra bila bercakap dengan customer. kena maki pon tabah je, "ye encik. saya paham encik. baiklah encik". lepas tu button mute jadi sasaran, aku maki customer balik. hehe. then, unmute balik. "ye encik saya tengah dengar ni, saya paham masalah encik". HAHAHAHA.


second, bila mak aku sakit n terlantar dekat hospital hampir sebulan. after operate, sampai sekarang masih kena kimo n radioterapi. serius time ni sangat sedih, dugaan berat tahu? taknak laa cerita, kang banjir bilik ni dua hari tak surut. but now, Alhamdulillah sihat walau tak macam dulu.




sambut hari ibu pon kat hospital je.



third, putus cinta.


ok kenangan manis bak gula2 sepanjang 2010 pulak, 


first, dah tentu la paling best bila dapat sambung degree kat university of harvard malaysia :) hahaha. aku tak taw, aku dengar orang cakap je USM taraf university harvard versi malaysia, coz dapat status APEX kan. wahh bunyi berlagak disitu ye. haha tak laa weh, aku sangat merendah diri orangnye malah sopan santun =) biar la sekali sekala aku nak perasan dengan U aku yang tercinta ni. hoho.



mak aihh skema gile aku -__-" 

ni time interview untuk masuk kos aku. pakai nak macam student nerd je. padahal....time ni pegi interview aku tak mandi pagi. hahahaha. bangun lambat weyh. interview pukul 8 pagi, 8.20 aku baru bangun. kelam kabut siap. sampai2 kat fakulti comm, nasib baik nama aku kena panggil pukul 9. buat muka segar n penuh yakin. dan juga buat muka wangi =) hehe.


time campshit. redha jelaa kena pakai camni. kata freshie.



 
second, he come to my life n make my day wonderful. im fall in love again :)


dah dua ni je yang PALINGGGGG manis in 2010 :))

No comments:

Post a Comment