Friday, April 22, 2011

3 sebab buat aku marah hari ni!

hari ni ade beberapa sebab yang buat aku sangat2 marah, bengang, kecewa, nak hempuk muka orang n ape2 jelaa eyyyyyy!

1. hari ni aku baru start exam. n pagi tadi dah selesai satu paper, iaitu paper English. ok yang ni aku betol2 frust sebab aku tak cukup masa nak buat essay :( maybe aku terlalu fokus jawab bahagian reading comprehension tuh. yeklaaa semangat cari jawapan satu2. last2 time nak jawab essay dah tak cukup masa. aku takut Failed. ye, memang laa kawan2 kata takkan failed. tapi kalau essay pon dah lingkup, takkan nak harapkan carry mark? aku banyak point nak buat dalam essay tadi. tapi masa tak cukup. aku buat sikit je. huwaaaa sedeh laa weh. aku harapkan subject english n SHE je untuk naikkan pointer, sebab tiga lagi subject adelah killer subject! ok benda dah lepas pon, so tawakal jelaa.


2. kau ingat kau dah bagus sangat? blah laaa kau. kau ni kan dari dulu lagi perangai macam gud-gud. padahal kau pon sama je. tak payah nak bajet BEST sangat laaa. kite sama je k? owh aku tujukan dekat someone. sape yang terasa, sila lah terasa ye. yang tak terasa, tak payah nak berteka-teki sangat laa aku cakap kat sape.



3. ni lagi satu yang buat aku bengang sangat2! dah lama aku apply untuk praktikal kat takaful ikhlas HQ kat bangsar south tu. first email aku bagi dekat ketua HR tu pada 14mac. aku hantar resume, surat fakulti n result aku. then aku update melalui emel dengan dia every week. no respon.

bila aku call, boleh dia cakap "ooo bile u hantar ek? send lagi skali bole?"

ok fine laaa kan. aku hantar lagi skali. hantar lagi skali tu pada 3 minggu yang lepas ye. dari 3 minggu yang lepas dia janji nak fax surat kat fakulti aku. kekdahnye bila aku dah penat2 jalan pegi fakulti, haram satu surat pon takde sampai hari ni. bila aku call asyik2 cakap "ooo surat awak saya akan fax n settle dis week gak".

minggu lepas aku call lagi dua kali, tak ado pulak dia kat ofis. seharian plak tuh! haihh. n kelmarin aku call, nak taw pegawai tuh boleh cakap ape kat aku? "errrr ooo awak, sebenarnye awak praktikal bila ye? bulan ogos kan?"


WHAT??? ehh hello encik?? kalau bulan ogos baru aku nak praktikal kat situ, takde aku terhegeh2 mintak sekarang taw tak?? baik aku tunggu lagi dua bulan baru aku apply. nampak sangat laa pegawai ni tah2 tak semak pon lagi resume n surat dari fakulti yang dah dua kali aku send kat dia. pastu aku siap call every week lagi. nampak sangat kau bagi alasan je nak fax nak fax. ehh kalau nak fax, fax jelaa. bukan susah sangat pon.


baru jap tadi aku call lagi, dia boleh cakap, "saya tengah tunggu persetujuan dari bos saya, nanti dah siap semua surat kami akan fax kat fakulti awak, n kami akan hantar kat email awak jugak".


deyyy encik! awat ang cakap macam keling? kejap surat dah ade, tinggal nak fax, pastu bole tak taw plak bile aku nak praktikal, n now tengah tunggu persetujuan dari bos? lu ni betol2 buat wa menyirap laaaa.

 pastu aku jawab la, "saya kena dapatkan jawapan cepat untuk bagitaw pada lecturer saya. sebab saya dah tunggu lama. minggu depan saya last exam, jadi saya kena settle semua hal berkaitan praktikal before semester break encik. dan senang untuk saya buat perancangan nak cari umah sewa."



dan ini dia jawab pada aku,

"ye betol. saya taw awak dah tunggu lama. tapi bukan awak sorang je, ramai lagi yang mintak n tengah tunggu"


dah taw macam tu, awat tak habaq dari dulu encik oiii? perlu ke nak main2 cakap nak fax nak fax, tapi tak fax. oiii nak dekat dua bulan dah aku tunggu taw tak??


kalau aku tak update ngan pegawai tu, tak call dia tiap2 minggu, aku tak kisah lagi. ni aku berusaha kot. gigih seminggu dua kali aku call. n setiap kali aku call dia bagi janji palsu. n last2 macam tu kau punye jawapan?


kau taw tak aku ni nak kena survey tempat tu, survey public transport untuk ke situ, cari umah sewa lagi. banyak perancangan taw tak. sampai bila aku nak kena tunggu macam ni. first aku mintak kat telekom, laju je dorang jawab. dalam 3 4 hari aku dah dapat jawapan dari dorang. sangat professional. siap cc email kat aku, lect dan dekan. surat persetujuan pon dorang fax kat fakulti. tapi takaful ikhlas? hmmm :(


aku nak praktikal kat situ sebab kak zul cadangkan dekat aku. ketua PR dekat situ kawan ngan mak kak zul, n dia cakap sekarang memang banyak kerja n nak pakai orang. mestilaa aku nak, sebab aku nak merasa buat kerja PR yang sebenar. dulu praktikal kat ASWARA, hmm faham2 jela kalau dah tempat gov ni. mana ade keje. sia2 je masa, tenaga, n duet aku praktikal kat situ.

second, ofcourse laa sebab elaun. aku dimaklumkan praktikal dekat situ dapat elaun. tipu laa sape2 yang pilih tempat praktikal taknak elaun. melainkan dah takde choice sangat. rumah aku jauh, nak pegi praktikal pon kene cari umah sewa. mana mungkin aku nak pergi praktikal free2 je? banyak duet nak kene pakai. duet makan setiap hari, tambang tren, duet umah sewa lagi. nak2 tinggal dekat kl. memang la duet elaun tu tak banyak mana, tapi at least duet elaun tu bole laa jugak membantu n menampung kos aku nak praktikal sepanjang dua bulan nanti.. kurang laa sikit beban bapak aku..


tapi bila dah pegawai tu buat macam ni kat aku, aku jadi tawar hati dah :(


aku bukan taknak terima Telekom tu, tapi Telekom tak provide elaun. itu pon lagi satu hal. buat keje dah pro dah. tapi elaun punye laa kedekut. harap company je besar. takpela, pegawai Takaful tu cakap dia akan fax surat tu kat aku isnin minggu depan. kalau takde jugak, aku malas nak call2 tanya2 lagi. sudah laaa. buat keje pon cincai. macam ni first impression yang kau bagi pada trainee?

so wait n see je la monday nanti. kalau takde, aku terima jela telekom. mungkin takde rezeki aku nak praktikal kat takaful, n takde rezeki jugak nak dapat elaun kan. haha. wop2, aku nak elaun bersebab ye. bukannye mata duitan. mungkin kat telekom lebih bagus, banyak ilmu yang aku akan belajar. sape taw? ;)







dah laaa penat aku membebel. eh rajin yee kome yang baca sampai abes? hehe.



ok bye!

3 comments:

  1. ehs ehs aku pernah praktikal kat telekom.even tak dapat elaun tapi dapat komisyen banyak jugak kalau jual streamyx.hahaha.saiko tak aku?

    ok kau sabar taw.biasa la dorang buat budak2 praktikal macam ni :)

    ReplyDelete
  2. hahaha owh yeah dpt komisyen ek jual streamyx? haha. tulaa dorg nk 'ayam2' kn budak praktikal. cess choiii.

    ReplyDelete
  3. Nak tanye..so kesimpulannye, intern kat mne ye

    ReplyDelete