Thursday, May 26, 2011

bosan wehhhh

bosannye kehidupan kat ofis hari ni. hari ni tak banyak keje sangat. just buat proposal. bila banyak keje aku merungut, bila tak banyak keje pon aku merungut jugak. hehe.

bila takde keje, mula laa gua ngantok. pastu untuk elak ngantok keje aku makan, makan, makan. aku sorang je yang dok krup krap krup krap -____-" da laa fb tak boleh bukak. atoiyaii bosan laa. semua belog orang aku dah baca. tak taw nak baca apa dah.

owh ye tadi kan time lunch, department aku ade buat makan2 sempena farewell party untuk dua orang staff yang akan berhenti. sedap gila weh makanan dia. nasi beriani, lasagna, mashed potato, kek, n kueh2. atoiii lasagna n mashed potato tu sedap to the max. aku malu nak tambah. kang orang cakap budak praktikal ni over plak makan banyak. heeeee.

bosan laa department ni. orang2 dia takde la annoying. tapi jenis tak berapa ramah. da laa aku sorang kat sini takde kawan. staff2 lain ni macam tak boleh dibawak borak. serius je buat kerja. fokus abes.

memandangkan aku praktikal kat bangsar south ni, so aku kene la sewa umah kat bangsar jugak. aku sewa bilik. bilik tu boleh tahan mahal harga dia kalau duduk sorang. tapi aku ade roomate. so jimat sikit. yang penting kos tambang gi keje memang dah jimat. sebab takde tambang pon. hehe. aku jalan kaki je gi keje. ofis depan rumah. kurang 10 minit dah sampai. owh sukenye. sesuai untuk aku yang selalu siap lambat ni =)

dah balik keje lagi laa bosan. tak taw nak buat ape. nak keluar bercinta, ombu takde pulak. haihhh. cepat laa besok. besok jumaat. then cuti sabtu ahad. tapi tapi tapi. aku terlibat dengan event yang takaful buat sabtu ahad ni. dua2 hari plak tu :( huwaaaaaaaaaa.

No comments:

Post a Comment