Wednesday, July 6, 2011

mak jah, saya harap mak jah takkan terbaca entry ini,okbye.




hari ni bos besar takde. pegi sabah, ade event. tapi! bos besar takde, tak bermakna aku boleh bergembira bersuka ria. kerana mak jah masih ade. menangis dalam sedu la macam ni. adoiii nape la bukan mak jah yang ikut puan raihan?? owh man. haha.

well tinggal lagi 7 hari aku kat sini. tak sabar betol nak angkat punggung dari kerusi aku ni. tenang la wahai kerusi. lepas ni ade punggung lain yang akan ganti punggungku untuk duduk kat sini. hahahaha. ehh ape punggung2 ni. kalau ombu baca, mesti dia cakap aku tak senonoh. hye sayang =P

mak jah ni kan. mentang2 aku nak beram dah dari sini, hamboiii kemain banyak dia bagi aku keje.

korang korang..nak taw tak kenapa aku panggil supervisor aku mak jah? korang pernah tengok tak drama sembilu yang zed zaidi n hetty sarlene berlakon tu. dalam tu kan ade watak bibik yang nama mak jah. alaa dalam cerita tu, mak jah ni suke azli si driver. dia berebut si azli tu dengan bibik muda yang baru. eh perlu ke aku cerita detail pasal watak mak jah? kantoi aku layan sembilu. hahaha.

muka supervisor aku sebijik kot macam mak jah tu. errrr betol ke tindakan aku cite kat dalam belog ni? -_____-"

kang mak jah baca mampus aku. hahaha. mak jah ni selalu dalam drama2 dia femes watak bibik, cleaner, hantu n orang kampung yang susah.

jap eh aku google gambar dia. aku tak taw la nama mak jah betol ape.

ehhh tak sangka aku taip mak jah kat google image, memang kua muka mak jah tu. haha. adekah nama pelakon tu memang mak jah?




supervisor aku iras2 macam ni la muka dia -____-"

korang jangan ingat aku kutuk dia pulak. muka dia memang sama macam ni weh.
bile aku citer kat member2, dorang cakap aku tak baik -__-" weh aku bukan kutuk laa. aku nak gambarkan muka dia camne. cuba kalau muka dia macam fasha sandha. mesti kome tak cakap pape. ish kome neh.



ok laaa bubye :)


  

No comments:

Post a Comment