Wednesday, November 10, 2010

selamat hari lahir abah.

sempena birthday father kesayangan hari ini, saya mengucapkan selamat hari lahir abah, semoga dirimu sentiasa diberkati Allah, panjang umur dan murah rezeki selalu. bile murah rezeki selalu, belanja anak2 pon mesti laa selalu. hihi. abah saya sudah genap 55 tahun! ohh sudah tua rupanya abah. tapi masih hensem dan ada yang ingin mengorat. berani laa sape2 yang cuba mengorat dan berangan nak jadi mak tiri aku. meh bagi kaki nak? nak kat muka ke kat muka? takde pilihan. memang kat muka je. amboi kasar sungguh i. hilang kesopanan. hikhikhik (gelak kambing gurun)



ni la pakcik zakaria ye. ada macam shah rukh khan tak? hahaha shah rukh khan celah mana pulak kan. eyy ayat aku tak abes lagi laa. ade macam shah rukh khan punya idong tak? haa tu ayat yang sepatotnye. mintak maaf abah (--") hehe. 

idong tu trademark family ye. turun temurun, dari nenek moyang hingga adek beradek aku. sume idong sepesen. haha. kepada encik ombu, kita serupa. tapi awak lebih sikit. eh lebih banyak. hahaha




err perot abah memang macam ibu mengandung. macam 6 bulan. tapi beliau tak pernah berazam untuk mengempiskan perot beliau T_T


abah kalau bab posing memang taknak kalah. lepas tu yang paling tension, lepas snap je satu gambar, beliau nak tengok. snap je gambar lain, beliau nak tengok lagi gambar beliau ok ke tak. kalau tak ok, beliau suruh delete terus. tak boleh tunggu gambar banyak sikit lepas tu tengok la. eyy macam budak2. -__-" 




haa tengok. kan dah cakap, beliau posing memang taknak kalah. ingat gambar ni candid ke? tidak sama sekali. encik abah yang bergaya begitu dan suruh aku tangkap.beliau memang suka bergambar. sekarang dah taw kan, bakat photogedik aku datangnye dari siapa. hehe



walaupun beliau nampak cool dan suka bergambar, tapi beliau adalah seorang ayah yang garang dan prongah bak kata emak. prongah ni aku pon tak taw bahasa negeri mana. tapi maksudnya panas baran. ye encik abah memang panas baran. kadang2 marah tak tentu pasal. tapi aku dah biasa jadi buat tak taw jela. layan kan ajeee. besok2 dapat cucu ok la tu nanti. hahahahahahaa.

ok tamat sudah cerita hari lahir abah. rasa nak bagi hadiah pada beliau. tapi saya kan student, maka duet tak ade. kalau beli hadiah pon, kena mintak duet pada beliau sendiri dan cakap nak bagi hadiah pada beliau. eh boleh ke macam tu?


ok cerita lain pulak.

kelmarin dah lepas exam titas. tah apa2 yang aku jawab. tamadun india je yang betol. yang lain semua aku taram. semua sebab tak baca buku. eh baca, tapi baca main2. ade 5 paper lagi. dan yang paling ditakuti, techno comm n research. dan sekarang kawan2 dah kecoh dekat fb besok keluar carry mark penuh for techno comm. hari ni keluar markah esaimen saja. sampai bersedih2 diorang tengok markah esaimen. kalau diorang yang rajin pon sampai sedeh lepas tengok markah, ape lagi aku punye T_T

aku dah dapat peluang buat degree dua tahun, tapi maen2. kawan2 yang masuk U laen, tak dapat transfer kredit pon. diorang tetap kena buat degree 3 tahun. ee tak bersyukur betol aku. nak kena repeat ke haaaa? ahh mesti laa taknak. jadual untuk dua tahun ni semua aku dah susun, dan jadual sangat padat. semua hampir 20 unit. kalau kena repeat mana2 subjek, memang tak boleh sumbat dah untuk sem lain. jawabnye terus jadi dua tahun setengah dan nanti terus kena grad lagi 3 tahun. nak kawennnn :(

da laa babai. nak jadi budak rajen sekarang jugakk. eh tiba2. eyy study sikit pusing tepi nampak katil. study lagi, pusing tepi nampak katil lagi. macam mane neh?



Sunday, November 7, 2010

happy birthday to me! :)


1 november 1988 :)



(for him, fokus kat jari tuh.haha)


 dah masuk 7 nov baru nak wish happy birthday untuk diri sendiri. kesian.

first of all, thank u very much pada kawan2 yang wish dekat fb non stop start on 12 am 1 nov. im really appreciate it guys ;) n thanks juga pada sape yang call n mesej trough my number :) dan special thanks to member sekolah yang dulu keje kau cari gaduh je ngan aku kan. kalau sehari tak cari pasal dengan aku, tak sah. eyy rasa nak patah2 kan je kaki kau. haa tu la dia, khusyamonyet. eh salah, khusyamil akmar. call tepat 12am, n nyanyi lagu birthday. habis sweet la tu yang kau dapat buat? yela2 kau sweet la macam monyet. heheh. siap jadi dr.love lagi walaupon aku rasa ade beberapa pendapat kau boleh tolak tepi. haha. sempena birthday kau tak lama lagi, 24 nov, aku wish in advance la takut lupa. haa macam harem tak? haha. semoga panjang umur, murah rezeki, n bahagia bersama gf kesayangan :)) dah bau2 nasi minyak neh. hehe.


ok dah2 sambung wish untuk diri sendiri pulak. alhamdulillah, bertambah lagi usia aku setahun n Allah masih panjangkan umur aku :") ade yang tanya dekat fb umur aku berapa. haih dah letak kot dekat profile tahun berapa aku lahir. sebab birthday punya pasal je aku letak tahun aku lahir taw. ok lepas ni aku private balik dekat fb tu. huehue. disebabkan birthday, aku umumkan jugak la kat sini, i'm 22 now. oh em jiiii! dah tua rupanya. baru je lagi rasanye jadi budak sekolah, pakai baju sekolah kain hijau, kena denda ketuk ketampi hari2 sebab lambat pergi sekolah,lambat pergi surau, prep, n senang cite mana2 aku pegi tak pernah tak lambat. berebut2 makanan dekat kantin, malas masuk kelas math n lari duduk dalam toilet dua jam  T_T  n banyak lagi perangai macam harem aku buat dekat sekolah. kelakar bila ingat balik semua tu. rasa nak lempang je diri sendiri sebab tak berjaya menjadikan diri pelajar yang skema ketika itu, dan juga tak berjaya nak merangkul anugerah pelajar cemerlang. sekarang dah tua, bila umur meningkat, ucapan2 yang diterima pon macam neh, 

"happy birthday ieda, semoga panjang umur murah rezeki, bhgia slalu dgn si dia n cepat2 la kahwen"

 

"epi lahir mek!!makin tua da ko!!hahahaha~murah rezki ko,cepat kawin n pnjang jodoh...hehehe~"

 

haa ni baru dua contoh wish yang cakap pasal kawen. weh apasal sume suruh aku cepat kawen neh? malu la i taw x, malu malu? ahh gedik la malu. padahal aku suka. 

 

ok mari lihat wish untuk diri sendiri :

 

1) semoga umur aku sentiasa dipanjangkan oleh Allah, sihat tubuh badan, berjaya dunia akhirat dan menjadi anak yang solehah :")

 

2) semoga mak cepat sembuh dan kembali seperti dulu. aminnnn..kesian aku tengok mak sakit kena hadap kimo tah berapa kali. tapi tak boleh menanges depan dia, kena tunjuk kuat supaya mak pon kuat jugak. 

 

3) semoga keluarga aku sentiasa dilimpahkan rezeki, bahagia sampai bila2, dan adek beradek aku pon berjaya dunia akhirat.

 

4) last wishes, semoga aku dapat jodoh yang baik2 dan cepat kawen. hahaha. ceh nak jugak rupanya wish kat diri sendiri suruh cepat kawen. mesti la nak. kawen kot sape taknak? heee. nak cari calon suami je sekarang. taknak boipren2 dah. i penat laa bercinta. eceh nak muntah. haha. 

 

5) eh tadi cakap last, ni ade lagi. ok laa yang ni last. semoga dia laa jodoh aku satu ari nanti. teeheee :D tak jadi takpe, kena terima laa..itu kerja tuhan kan. but hopefully jadi. InsyaAllah..:)

 

 

 

tahun ni dapat hadiah dari father n mother. hadiah berupa seutas jam tangan emas! eh tak aku tipu je.

 

 

 


 kotak first

 

kotak kedua dalam kotak first. 

haaa cuba teka apa isi dalam ni? sape betol i belanja u ollss nini cokolat celup. hihi

 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


ini buat saya gembira dan terlompat2 macam monyettt :D
lompat lompat!
 



 

purse dari polo pun dapat jugak. eh banyak cekadak dapat purse. hehe


harga jam dirahsiakan. yang penting jam ni antara salah satu barang yang berharga aku dapat :) terima kaseh father n mother bagi saya jam ini. saya sebenarnya terasa juga bila father suruh saya beli jam. adakah ini bermaksud father nak suruh saya berhenti jadi orang yang terhegeh2 dan belajar menepati masa? (-,-)

 

 

dah sekarang cakap pasal birthday tiba2 teringin kek birthday secret recipe. 

 

 

 

chocolate banana. gulp! telan ayaq lioq. 

 

 

black forest cheese.

 

dah dua tu je favourite aku. wajib pergi beli dalam masa terdekat. sob sob :(

 

 

besok aku start exam. wish me luck! :) n untuk anak didik WANG yang lain (haha), good luck untuk korang. aku taw kita duduk dekat2 je kot time exam. ni formula untuk korang, kalau A letak jari kat dahi, B letak jari kat hidung, C letak jari kat dagu n D? kat pipi laa. ikut la pipi mana2 pon. hihi. nanti aku panggil time tengah jawab exam, jangan buat2 tak pandang pulak. hahaha 


ok laaa bubye! love u ombuuu :)

 


 

Friday, November 5, 2010

memori.

tiba2 hari ni teringat balik semua memori 3 tahun lebih bersama dia. ni lah benda yang paling aku benci, bila teringat balik semua kenangan tu. itu yang akan buat aku termenung berjam2 dan mula pikir siapa salah, kenapa jadi macam tu, apa patut buat. memang kalau terus pikir sampai bila pon takkan abes. but i cant stop to think about this. aku ke yang salah? aku terlalu pentingkan kesempurnaan ke? aku rasa tak. tapi mungkin jugak. tapi ya, setiap orang ade kelebihan dan kekurangannya. tapi kalau aku terlalu pentingkan kesempurnaan, aku takkan bertahan dengan dia hampir 4 tahun. ingat sekejap? macam2 benda dah dilalui bersama. 


ye aku terlalu dimanjakan bila dengan dia. cakap je apa nak, seboleh2nya dia tunaikan dan cuba untuk tak menghampakan aku. aku jadi orang yang terlalu bergantung pada dia. semua hal nak harapkan dia. pegi balik keje dijemput dihantar, balik dari penang dia amek, mana nak pergi cakap je aku tak perlu susah payah tunggu ktm berjam2. duit takde masalah bagi aku bila dengan dia. sampai member2 cakap, ape lagi aku nak? semua dah lengkap. ade keje, ade duet, ape aku nak aku boleh dapat. segalanya dia sanggup buat untuk aku. makan minum, sakit aku semua dijaga. ye betol, tapi bukan tu yang aku cari. aku pandangkan kesempurnaan pada masa depan, bukan kesempurnaan dan kemewahan sekarang.


sekarang aku kena belajar hidup berdikari. dah tak boleh mengadu semua benda macam dulu, dah tak boleh nak harapkan dia amek n anta aku kat station bus, dah tak boleh mintak dia teman aku pergi shopping. ok yang ni paling sedih :( selalu teman aku shopping dari pagi sampai petang bulan puasa pulak tuh. kalau orang lain mesti tak tahan. walaupon aku tau dia terpaksa, tapi dia cuba sebab taknak aku marah. sob sob :( segalanya aku kena buat sendiri sekarang. dan benda tu susah untuk aku hadapi. but i will try. sebenarnye aku boleh, tapi bila ade sesorang yang kita boleh harapkan, mula la semua benda pon aku nak bergantung pada dia. ok lepas ni dah tak boleh lagi. kena berdikari! berdiri di atas kaki sendiri! eh tak perlu kot aku bagi maksud penuh.


dulu pernah janji nak bela guinea pig sama2. dan tu buat aku sedih sebab tak sempat nak bela sama2 :( weh bukan bela babi ye. sape tak tau sila tanya encik google. dan dia ada beli kan aku sekor kucing parsi n nak bagi tunggu aku balik dari penang. tak sempat aku balik lagi, kucing dah terlepas dari rumah. atoiyaii memang choi kan dia? jaga kucing pon tak reti. tapi itu lah dia. dia sanggup buat apa saja. beli sekor kucing semata2 nak bagi aku walaupon lastly kucing tu lari. 


yang paling penting dalam hubungan, pasangan kita dapat terima kita luar dan dalam. buruk mana pon muka kita dia boleh terima, dan buruk mana pon perangai kita dia boleh terima jugak. ye macam tu la aku dengan dia. ingat senang nak cari seseorang yang kau betol2 tak malu untuk buat perangai hodoh depan dia? kentut, menguap tanpa tutup mulut, sendawa, korek idong dan sebagainya. hahaha. ingat senang ke dah putus cinta, dan bercinta dengan orang baru balik n dengan slumber nak buat perangai ni? dah tentu tidakk. dah tentu punya nak maintain cun, jangan sesuka hati korek idong dengan slumber. kejap lagi kena reject pulak jadi gf kan. penat taw nak tercover2 neh. n dia pon layankan aje bila perangai hodoh aku keluar. itu la penatnye bercinta balik. bukan senang nak bagi orang terima diri kita seadanya. 


hmm aku rindukan kenangan dulu. sob sob srettt (lap hingus) ingat nak buat entry pasal birthday, dah keluar entry pasal benda lain pulak. besok la cerita pasal birthday. 


malam ni aku sakit hati sangat. bukak fb someone, jeng jeng jeng pemandangan indah yang i nampak. ok la tuh, padan muka aku kan. aku datang kemudian, aku kena terima laa. ok la bubye!



Wednesday, October 27, 2010

disappointed with you.



aku sangat kecewa.

tak, aku tak marah. tapi aku sedeh. kecewa.




OFF everythings tonight. esok mungkin akan kembali ok. 



 

Tuesday, October 26, 2010

bi-oo-di-oo-hesh


kau pergi manaaaa? mana kau menghilang? senyap buat tak tahu, takde usaha langsung pon kan? usaha setakat sehari dua kau dah giveup. aku sayang kau lagi laa tahu tak tahu tak?! kau pergi mana budusss. haaa kan dah tercarot dalam belog sendiri :(


dah laa, aku tak sabar nak balik dan jumpa emak.





Saturday, October 23, 2010

hajat, tolonglah tercapai.



tolong laaaa. aku teringin sangat nak pergi tempat ini dan buat itu :

1) ZOO

ye aku nak pegi zoo. jangan gelak ye. aku memang nak sangat pegi zoo sebab aku dah lama tak pergi sana. sejak akhir2 ni aku rasa jiwa aku sangat la mencintai haiwan. eh wak lu. celah mana pulak cintakan haiwan. hahaha. aku nak sangat pegi tengok haiwan2 tu. terutamanya orang utan dan singa -__-' betol ni aku tak tipu. aku nak amek gambar sambil dukung orang utan. dulu aku pernah tengok dekat zoo, dia bagi kalau kita amek gambar dengan orang utan tu. dan orang utan tu tersangat la comel dan manja. sampai ada sorang pelancong mat saleh ni, dia dukung orang utan tu, dan orang utan tu cium dia. hee comel kan. kau sanggup tak kena macam tuh? hahaha. dan singa pulak, aku nak pegi tengok dia sambil bagi dia makan. tapi bukan bagi makan dekat2. aku panggil2 dia pastu campak makanan kat dia, haa pastu lari laju2. pastu patah balik n buat benda yang sama lagi sekali.

tapi orang yang jaga dekat kandang singa dulu cakap, singa ni tido 22 jam. sebab tu susah nak nampak singa. tak tau la betol ke tak. amboi singa, over kau tido ye. zirafah pun aku nak tengok, nak naik atas dia. buaya pun sama, singa laut, gajah, haa semua la. tapi aku cukup takut dengan spesies cicak. i mean yang seangkatan dengannya la. biawak ke, sesumpah ke. eee aku tak paham kenapa ada orang suka bela benda2 tu. eh ular pon aku teringin nak pegang. tapi aku takut tengah2 pegang tiba2 dia jerut badan aku. takpe, sebelom apa2 berlaku, aku dah pikirkan cara selamat. bawak ridsect dalam bag sebagai protection. takut ada haiwan mengganas secara tiba2, aku sembur je kat muka dia banyak2. nak lagi super protection, aku bawak dua botol, ridsect dan shieldtox. baru semua binatang respect kat aku. hahaha.

eh tapi kan, baru aku perasan yang aku takut dengan spesies burung. maksudnya burung ke, ayam ke. mungkin kalau dari jauh, aku tak takut. kalau lalu sebelah pon takpe, ape ade hal. haha. tapi cuba angkat bagi kat aku, satu malaysia dengar aku jerit. last december aku pegi genting ngan kawan2 aku, then ada satu tempat ni kita boleh amek gambar dengan burung. aku teringin, tapi bila orang tu letak je burung atas bahu aku, meleleh2 aku menanges. haishh mengada2 betol. rasa nak lempang diri sendiri. hahaha. aku tak tau kenapa aku takut. aku takut dengan kaki n mulut dia.



olololo comelnye. come to mummy sayang. kehkeh


haa tengok2. siti pon teringin dukung orang utan. hajat dia dah tercapai. hajat aku belom lagi.


ish i tergoda la tengok u pose manja macam ni sayang.


waaa sumpah seram. bila tengok yang ni, aku pikir dua kali nak dukung ke tak. gatal kepala tiba2 tengok dahi dia.



 bagi aku dalam banyak2 binatang, singa kategori binatang yang hensem. kan?




dua spesies ni memang menakutkan.


ish geram. picit bagi mati. comel sangat, tapi aku takut dengan kau. 


ouh leopard! i love leopard! weh aku nak jugak la pegang macam neh.


sekali dia gigit macam neh. waa aku taknak la jadi muka depan n tajuk utama berita hairan dan utusan meloya.


ala comelnye. nape comel sangat neh. meh sini nak lempang2 muka tu. bukan abang tu. tapi yang itam legam tu.


ok cukup la tu gambar menatang banyak sangat. dah macam blog cuti2 ke zoo pulak. haa sekarang dah tau kan betapa teringinnya aku nak pergi zoo?

mari kita tengok next pulak, hehe


2)  SAWAH PADI

seumur hidup aku, aku belom pernah pijak sawah. ceh cakap macam la dia orang bandar sangat. hahaha. yela betol la, aku membesar di kl dan selangor, ingat ade sawah ke kat situ. memang bila balik kampung belah mak dan ayah aku, ade lalu kawasan sawah. tapi cuma tengok sambil telan air liur jelaa. tak pernah turun dan singgah. rumah arwah nenek dan opah pun bukannye keliling sawah. aku n kakak aku memang batak sikit bila jumpa kampung. mula la kitorang sibuk keluarkan kamera, dan cakap "eh cepat amek gambar suasana kampung". see? jakun sungguh kami.

aku nak jalan kat lorong2 sawah. eh lorong2? haha. aku baru taw orang panggil lorong tu 'ban'. betol ke? member aku yang ajar. haa aku teringin nak jalan atas ban, main selut, cari ikan. eh ade ikan ke dalam sawah? ke ade padi je? =,=
ye aku teringin sangat nak buat apa yang budak kampung buat. dan yang paling aku selalu berangan, main layang2 dan basikal kat atas ban tu. ohh ala2 drama gitu. hahaha. tapi kan, boleh ke main basikal atas ban tu?bukan ban tu kecik ke lorong nye?

harap2 plan aku untuk pergi rumah fana bulan 12 ni masa cuti sem tercapai. aku dah tengok gambar rumah dia. ouh sebuah rumah kampung yang sangat cantik! dan aku teruja sangat nak pergi. kesat air liur dah ni. macam rumah kampung dalam drama or filem. cantik bangat. belakang rumah dia ade sawah dan sungai. betol2 belakang rumah je ye. bangun pagi, bukak pintu..haa cak! sawah! itu yang kita nak tu. hehe. pastu dia cakap rumah dia dekat dengan gunung jerai. aku tak pernah pergi situ. tapi aku dengar orang cakap tempat tu cantik. ok la nak pergi jugak. pastu lagi, dekat dengan pulau dayang bunting. eh semua laa aku nak pergi. kenapa la rumah kau best sangat. ade semua tu. ish!

eh jap, tapi main basikal n layang2 kat tepi pantai pon best jugak kan?lagi2 dengan boipren. kasi can aku berangan bole? haha. sape sanggup bawak aku main basikal n layang2, lulus ujian 1 untuk jadi laki aku. baru ujian 1 ye. kehkeh. gatal sangat aku ni kenapa. dah2 layan gambar,



 cantiknya ciptaan Allah. dating kat sini lagi best dari dating kat Pavi. haha.
eh tengok lorong ni, besar je.


ok maknanye, boleh la main basikal atas lorong kan?yeay!


waa bestnye tolak kerbau. kalau aku ade kerbau, aku nak bagi nama dia danial. petang2 bole jalan2 dengan danial dekat sawah. kehkeh


haa tengok. nubhan pun mancing kat sawah. tapi ape yang dia pancing tu?
 

 kan banyak tu aktiviti bole buat atas sawah. bukan tanam padi je.

eh kejap, sebenarnya panggilan yang betul apa? sawah or bendang? tolong jawab untuk saya :)


ok jum tengok next lagi. yek la berangan tak salah kan. hihi


3) BUKIT BROGA

yang ni aku malas nak bebel panjang. yang pasti aku nak pergi. sebab aku tengok tempat dia cantik gila n aku teringin nak mendaki hingga ke puncak kejayaan. tak kisah la ketiak berkuah pun kalau naik sampai atas tu, aku nak pegi. haha. oh ye, bukit broga dekat semenyih kan? ehem2 orang tu, jangan bangga sangat ye.



  
 
 cantiknyaaa  >.<


maju jugak semenyih ni rupanya. hahaha. orang semenyih jangan marah. hihi


waa naik kat bukit broga terus dapat kuasa superman ek? boleh terbang2.


fulamakk kak. caya la lu posing. err jangan marah ek akak n abang. saya cilok gambar kat google. ini kerana saya teruja tengok abang n akak posing macam ni. eh tak tak. bukan teruja. saya jeles sebenarnya. saya pon nak bergambar macam ni. sambil melompat kegirangan dan bergambar termenung menghadap matahari. hehehehe.


ok dah itu je tempat2 yang aku nak sangat pergi n buat benda2 yang aku cakap tu. sape2 tolong tunaikan hajat aku, aku tunai kan hajat korang pulak. kita saling melengkapi hajat masing2. kehkehkeh.


so impian korang nak pergi mana? :)



Thursday, October 21, 2010

tiada tajuk.


kadang-kadang saya teringin nak cakap, 'i love you' kat facebook awak.
kadang-kadang saya teringin nak cakap 'i miss you' kat facebook awak.
kadang-kadang saya teringin nak panggil awak 'sayang' kat facebook awak.


weh bape banyak teringin daa. gatal jugak aku neh.


yelaa tapi saya tahu saya tak boleh buat macam tu.
saya cuma boleh tengok dari jauh je. dan berangan saya buat macam tu.
bila ye awak baru saya boleh buat macam tu?
emm takpela, dalam chat kat facebook pon jadi laaa. hahaha.