Wednesday, November 10, 2010

selamat hari lahir abah.

sempena birthday father kesayangan hari ini, saya mengucapkan selamat hari lahir abah, semoga dirimu sentiasa diberkati Allah, panjang umur dan murah rezeki selalu. bile murah rezeki selalu, belanja anak2 pon mesti laa selalu. hihi. abah saya sudah genap 55 tahun! ohh sudah tua rupanya abah. tapi masih hensem dan ada yang ingin mengorat. berani laa sape2 yang cuba mengorat dan berangan nak jadi mak tiri aku. meh bagi kaki nak? nak kat muka ke kat muka? takde pilihan. memang kat muka je. amboi kasar sungguh i. hilang kesopanan. hikhikhik (gelak kambing gurun)



ni la pakcik zakaria ye. ada macam shah rukh khan tak? hahaha shah rukh khan celah mana pulak kan. eyy ayat aku tak abes lagi laa. ade macam shah rukh khan punya idong tak? haa tu ayat yang sepatotnye. mintak maaf abah (--") hehe. 

idong tu trademark family ye. turun temurun, dari nenek moyang hingga adek beradek aku. sume idong sepesen. haha. kepada encik ombu, kita serupa. tapi awak lebih sikit. eh lebih banyak. hahaha




err perot abah memang macam ibu mengandung. macam 6 bulan. tapi beliau tak pernah berazam untuk mengempiskan perot beliau T_T


abah kalau bab posing memang taknak kalah. lepas tu yang paling tension, lepas snap je satu gambar, beliau nak tengok. snap je gambar lain, beliau nak tengok lagi gambar beliau ok ke tak. kalau tak ok, beliau suruh delete terus. tak boleh tunggu gambar banyak sikit lepas tu tengok la. eyy macam budak2. -__-" 




haa tengok. kan dah cakap, beliau posing memang taknak kalah. ingat gambar ni candid ke? tidak sama sekali. encik abah yang bergaya begitu dan suruh aku tangkap.beliau memang suka bergambar. sekarang dah taw kan, bakat photogedik aku datangnye dari siapa. hehe



walaupun beliau nampak cool dan suka bergambar, tapi beliau adalah seorang ayah yang garang dan prongah bak kata emak. prongah ni aku pon tak taw bahasa negeri mana. tapi maksudnya panas baran. ye encik abah memang panas baran. kadang2 marah tak tentu pasal. tapi aku dah biasa jadi buat tak taw jela. layan kan ajeee. besok2 dapat cucu ok la tu nanti. hahahahahahaa.

ok tamat sudah cerita hari lahir abah. rasa nak bagi hadiah pada beliau. tapi saya kan student, maka duet tak ade. kalau beli hadiah pon, kena mintak duet pada beliau sendiri dan cakap nak bagi hadiah pada beliau. eh boleh ke macam tu?


ok cerita lain pulak.

kelmarin dah lepas exam titas. tah apa2 yang aku jawab. tamadun india je yang betol. yang lain semua aku taram. semua sebab tak baca buku. eh baca, tapi baca main2. ade 5 paper lagi. dan yang paling ditakuti, techno comm n research. dan sekarang kawan2 dah kecoh dekat fb besok keluar carry mark penuh for techno comm. hari ni keluar markah esaimen saja. sampai bersedih2 diorang tengok markah esaimen. kalau diorang yang rajin pon sampai sedeh lepas tengok markah, ape lagi aku punye T_T

aku dah dapat peluang buat degree dua tahun, tapi maen2. kawan2 yang masuk U laen, tak dapat transfer kredit pon. diorang tetap kena buat degree 3 tahun. ee tak bersyukur betol aku. nak kena repeat ke haaaa? ahh mesti laa taknak. jadual untuk dua tahun ni semua aku dah susun, dan jadual sangat padat. semua hampir 20 unit. kalau kena repeat mana2 subjek, memang tak boleh sumbat dah untuk sem lain. jawabnye terus jadi dua tahun setengah dan nanti terus kena grad lagi 3 tahun. nak kawennnn :(

da laa babai. nak jadi budak rajen sekarang jugakk. eh tiba2. eyy study sikit pusing tepi nampak katil. study lagi, pusing tepi nampak katil lagi. macam mane neh?



No comments:

Post a Comment