Friday, November 5, 2010

memori.

tiba2 hari ni teringat balik semua memori 3 tahun lebih bersama dia. ni lah benda yang paling aku benci, bila teringat balik semua kenangan tu. itu yang akan buat aku termenung berjam2 dan mula pikir siapa salah, kenapa jadi macam tu, apa patut buat. memang kalau terus pikir sampai bila pon takkan abes. but i cant stop to think about this. aku ke yang salah? aku terlalu pentingkan kesempurnaan ke? aku rasa tak. tapi mungkin jugak. tapi ya, setiap orang ade kelebihan dan kekurangannya. tapi kalau aku terlalu pentingkan kesempurnaan, aku takkan bertahan dengan dia hampir 4 tahun. ingat sekejap? macam2 benda dah dilalui bersama. 


ye aku terlalu dimanjakan bila dengan dia. cakap je apa nak, seboleh2nya dia tunaikan dan cuba untuk tak menghampakan aku. aku jadi orang yang terlalu bergantung pada dia. semua hal nak harapkan dia. pegi balik keje dijemput dihantar, balik dari penang dia amek, mana nak pergi cakap je aku tak perlu susah payah tunggu ktm berjam2. duit takde masalah bagi aku bila dengan dia. sampai member2 cakap, ape lagi aku nak? semua dah lengkap. ade keje, ade duet, ape aku nak aku boleh dapat. segalanya dia sanggup buat untuk aku. makan minum, sakit aku semua dijaga. ye betol, tapi bukan tu yang aku cari. aku pandangkan kesempurnaan pada masa depan, bukan kesempurnaan dan kemewahan sekarang.


sekarang aku kena belajar hidup berdikari. dah tak boleh mengadu semua benda macam dulu, dah tak boleh nak harapkan dia amek n anta aku kat station bus, dah tak boleh mintak dia teman aku pergi shopping. ok yang ni paling sedih :( selalu teman aku shopping dari pagi sampai petang bulan puasa pulak tuh. kalau orang lain mesti tak tahan. walaupon aku tau dia terpaksa, tapi dia cuba sebab taknak aku marah. sob sob :( segalanya aku kena buat sendiri sekarang. dan benda tu susah untuk aku hadapi. but i will try. sebenarnye aku boleh, tapi bila ade sesorang yang kita boleh harapkan, mula la semua benda pon aku nak bergantung pada dia. ok lepas ni dah tak boleh lagi. kena berdikari! berdiri di atas kaki sendiri! eh tak perlu kot aku bagi maksud penuh.


dulu pernah janji nak bela guinea pig sama2. dan tu buat aku sedih sebab tak sempat nak bela sama2 :( weh bukan bela babi ye. sape tak tau sila tanya encik google. dan dia ada beli kan aku sekor kucing parsi n nak bagi tunggu aku balik dari penang. tak sempat aku balik lagi, kucing dah terlepas dari rumah. atoiyaii memang choi kan dia? jaga kucing pon tak reti. tapi itu lah dia. dia sanggup buat apa saja. beli sekor kucing semata2 nak bagi aku walaupon lastly kucing tu lari. 


yang paling penting dalam hubungan, pasangan kita dapat terima kita luar dan dalam. buruk mana pon muka kita dia boleh terima, dan buruk mana pon perangai kita dia boleh terima jugak. ye macam tu la aku dengan dia. ingat senang nak cari seseorang yang kau betol2 tak malu untuk buat perangai hodoh depan dia? kentut, menguap tanpa tutup mulut, sendawa, korek idong dan sebagainya. hahaha. ingat senang ke dah putus cinta, dan bercinta dengan orang baru balik n dengan slumber nak buat perangai ni? dah tentu tidakk. dah tentu punya nak maintain cun, jangan sesuka hati korek idong dengan slumber. kejap lagi kena reject pulak jadi gf kan. penat taw nak tercover2 neh. n dia pon layankan aje bila perangai hodoh aku keluar. itu la penatnye bercinta balik. bukan senang nak bagi orang terima diri kita seadanya. 


hmm aku rindukan kenangan dulu. sob sob srettt (lap hingus) ingat nak buat entry pasal birthday, dah keluar entry pasal benda lain pulak. besok la cerita pasal birthday. 


malam ni aku sakit hati sangat. bukak fb someone, jeng jeng jeng pemandangan indah yang i nampak. ok la tuh, padan muka aku kan. aku datang kemudian, aku kena terima laa. ok la bubye!



No comments:

Post a Comment